Cabaran Untuk Berubah

Seperti mana sukarnya mengurus masa begitu jugalah susahnya untuk berubah.Beredar dari satu titik kepada satu titik baru di hadapan.Tidak statik dititik yang sama.Itu dikatakan berubah dan pastinya titik yang dihadapan itu adalah lebih baik dari titik yang sebelumnya kerana apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini ialah "hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini".Kita tak mahu menyebut langsung mengenai perubahan negetif kerana itu namanya kegagalan atau kemunduran sedangkan yang mahu kita lakukan ialah perubahan positf yang namanya kemajuan dan kejayaan.Kejayaan meningkatkan kualiti diri sendiri dan kualiti kehidupan.

Sukarnya untuk berubah ialah kerana kita keberatan untuk meninggalkan `comfort zone' yang kita sedia diami sekarang ini.Tak mahu bergerak keluar dari kepompong persekitaran yang kita ada sekarang ini walau pun kita tahu ada yang lebih berkualiti di luar sana.Kita telah selesa dengan apa yang kita ada sekarang ni walau pun sering mengeluh bila melihat orang lain lebih maju dari kita.Di dalam sentung kain di muka pintu mengayam angan-angan hebatnya kalau miliki kemewahan seperti orang lain yang telah berjaya dalam kehidupan mereka.


Sedangkan sebenarnya bila kita keluar dari comfort zone yang sedia ada,kita pasti akan mencipta kejayaan (paling minima pun kita dah berjaya upgrade kualiti hidup kita).Sukarnya hanya seketika sahaja sebagai ujian hidup kerana apa yang diperolehi secara mudah tidak akan bernilai atau pun kita lupa untuk menilainya.Selepas itu corak cara kehidupan baru kita itu akan menjadi comfort zone yang baru untuk kita.Comfort zone yang lebih baik dari comfort zone yang terdahulu.Begitulah seterusnya kita MESTI bergerak ke hadapan mencipta satu demi satu comfort zone baru sehinggalah kita mencapai apa yang kita mahukan dalam kehidupan di dunia yang fana ini.


Selain dari dugaan kehidupan yang menjadikan kita leka untuk melakukan perubahan dalam kehidupan ini,kita juga akan diduga dan digoda oleh iblis dan syaitan yang tentunya tak mahu kehilangan kita dari list name kelompok mereka atau pendokong perjuangan mereka.Ketika kita hanya baru nak berubah itu,mungkin yang datang menganggu kita itu hanya iblis yang berpangkat `konstabel' sahaja tetapi jika semakin lama kita berjaya berubah,mungkin yang datang menentang kita tu dah berpangkat `pegawai kanan atau pun dah `ketua mereka'.Kalau semasa serangan dari konstabel iblis kita menggunakan kepingan kadbod (cardboard) sebagai perisai diri,takkanlah bila serangan ketua iblis pun kita nak guna kepingan kadbod juga? Tentulah kena gunakan perisai yang lebih utuh dan ampuh.Tak mustahil kalau rakan-rakan yang sekeliling kita itu merupakan wakil atau utusan dari iblis dan syaitan.


Berhati-hati dan waspadalah.Sentiasa muhasabah diri.Kerana musuh kita yang paling besar ada dalam diri kita iaitu `hawa nafsu'.Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat selepas berjaya dalam satu peperangan `apakah akan ada lagi peperangan selepas ini?.Baginda menjawab,"Ya! peperangan yang lebih besar iaitu melawan hawa nafsu".


Itulah peringatan Baginda kepada kita semua dan kiranya iblis dan syaitan mengambil kesempatan yang sepenuhnya mengguna hawa nafsu itu sebagai `madu' dan `senjata' untuk menunaikan janji mereka di hadapan AlKhalik iaitu akan merosakkan semua anak cucu Adam (AS)


Tepuk dada tanyalah iman.IMAN bersandarkan ILMU.Ilmu pasaknya AMAL


Sesungguhnya kita tak akan dapat merubah masa silam kita.Kita tak mampu merubah perjalanan yang telah kita lakukan semalam.Leave it to Allah SWT.Yang ada pada kita hanyalah hari ini untuk kita berTAUBAT NASUHA,berdoa memohon keampunan dan menanam azam untuk memulakan hidup baru sebagai `hamba yang beriman'.Semoga esok andai nafas ini belum diberhentikan kita akan diberi pertunjuk dan keupayaan untuk istiqamah beribadat sebagai `bakal calon pilihan Allah di SYURGA FIRDAUSI,Insha Allah!


Tak ada yang mustahil kerana cuma KUN FAYA KUN sahaja.So ITTAQULLAH!


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam