Friday, May 01, 2009

cerita untuk hari pekerja 2009

Amat bekerja sebagai pemandu kepada YB Amin iaitu seorang ahli politik dan juga ahli perniagaan yang berjaya.Kerjaya politik YB Amin juga cemerlang sehinggalah beliau terpilih memegang jawatan dalam parti dan menjadi wakil rakyat.

Satu hari dalam perjalanan untuk melawat kawasannya,jalan masuk hanyalah sebuah mini tar dan di kiri kanan jalan adalah sawah pagi yang sedang menguning masak.Amat terpaksa memperlahan kenderaan kerana kualiti jalan kurang elok.YB Amin hanya mendiamkan diri memandang keluar melihat pemandangan sawah padi yang saujana menguning tu.


Tiba-tiba dia ternampak di tepi jalan tu,kelompok pokok-pokok padi tu bergoyang-goyang.


"kau nampak tak Mat pokok padi yang bergoyang tu?"

"Nampak Tuan"

Mesti ada kambing kat dalam tu nak makan padi tu

"Tak lah tuan,mesti ada burung kat situ tu"

"Saya ni kan BOSS awak,saya tahulah.Mesti ada kambing tu ..... kalau tak puas hati gak.Awak pergi tengok sekarang juga.Stop kereta tu".Suara YB Amin dah mula meninggi.


Amat pun memberhentikan kereta dan turun melihat tempat kejadian tu.Terfikir dalam hatinya takkanlah kambing plak.Mesti dah nampak kambing tu kalau dari tempat aku berdiri nih.Yang ada hanyalah beberapa ekor burung yang bertempiaran terbang apabila dia datang tadi.


Amat pun berpatah balik ke kereta.Malas dia nak bertegang leher ngan YB Amin,karang terpelanting plak jawatan pemandu nih.Miss plak soru.


"Betul Tuan.Memang kambing pun.Tuan memang bijak"

"Memanglah...kalau tak camna saya nak jadi BOSS awak.Jadi WAKIL RAKYAT lagi!"


Dalam masyarakat kita hari ni watak seperti Amat dan Amin ni memang ada dan berada disekitar kita.Hanya JATI DIRI sahaja yang mampu menjadi neraca untuk kita memilih samada ianya adalah SEMPADAN atau TAULADAN.Fikir-fikirkan ..... tepuk dada tanyalah iman!

No comments:

Post a Comment