Menggamit Bala Allah SWT

Ketika ini membuka lembaran demi lembaran akhbar perdana sudah seperti membuka sebuah buku daftar jenayah.Ada-ada saja yang berlaku - rompakan,samun yang berakhir dengan pembunuhan tidak lagi mengira usia.Tiada lagi belas kasihan samada ianya warga emas atau pun anak kecil yang masih hingusan.Jenayah dan kebejatan sosial berlaku dimana-mana dan oleh sesiapa saja dan masing-masing membuat tafsiran untuk memenangkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukannya adalah wajar walau pun jelas dalam Islam tidak ada `matlamat menghalalkan cara'.

Tahap `sakit mental' manusia di Malaysia semakin parah.

Hidup sudah semakin sukar.Samada dari segi keselamatan mahu pun menyediakan keperluan seharian.Harga barang sentiasa naik dan semakin sukar diperolehi.Bahan mentah yang semakin sedikit terpaksa dikongsi dengan jutaan pendatang asing yang melimpah ruah bersaing hidup di Malaysia.Samada PATI atau PADI hidup mesti diteruskan.

Masih adakah jaminan keselamatan untuk kita rakyat marhein yang tak punya apa-apa kekebalan ini ???

Cuaca pula semakin panas dan kering.Panas dan kering di luar.Panas dan kering di dalam.

Perbuatan segelintir manusia menggamit bala Allah SWT tetapi landaannya menimpa semua manusia.

Itulah hakikatnya kini dan sama-sama kita merasakannya.Fikir-fikirkanlah .....

Semasa Isra' & Mikraj Baginda Rasulullah SAW berkesempatan melihat Malaikat Israfil dan gambaran dari Rasulullah keadaan Malaikat Israfil ketika itu ialah `seperti telah meletakkan sangkakala itu di bibir dan menanti arahan dari Allah SWT sahaja untuk meniupnya'

Sudah berapa ratus tahunkah beza masa antara Isra' Mikraj Rasulullah SAW itu dengan tarikh 2 Mac,2010 ini ????

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam