Selamat Hari Raya Aidil Adha - Kenangan Aidil Adha 2010 di Mina

Hampir Subuh barulah aku dan isteri sampai di Mina dari Muzdalifah.Selepas saja menunaikan solat Subuh di dalam khemah,aku bercadang nak melelapkan mata sebentar kerana sepanjang malam di Muzdalifah aku tak tidur (nak tidur tapi tak terlelap plak mata nih),lagi pun mengikut jadual Tabung Haji kumpulan aku & isteri akan melontar di Jumratul Aqabah selepas maghrib malam nanti.

Isteri ku mencadangkan untuk bergabung dengan kumpulan lain yang akan keluar melontar pada ketika itu (selepas Subuh).Memikirkan kemudahan kerana selepas melontar,bertahallul akan terlepaslah dari 10 pantang larang ihram,aku pun bersetuju untuk ikut serta.

Kumpulan jemaah yang akan pergi ke jamrah untuk melontar hanya di pisahkan oleh jaringan besi sebagai pagar dengan kumpulan jemaah yang pulang dari jamrah setelah selesai melontar.

Ketika inilah syahdunya suasana kerana jemaah yang akan ke jamrah melaungkan talbiah sementara jemaah yang pulang dari jamrah pula mendendangkan takbir raya.Campur aduk talbiah dan takbir ini di pendengaran mengundang rasa sayu dan hiba.Terkenangkan anak-anak,sanak saudara,rakan-rakan dan suasana hari raya di Malaysia.

...... aku mahu ke sana lagi,tapi bila ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam