Pengurusan Masa Cikgu Yan Shaari Sekolah Menengah Dato' Syed Omar

Setiap kali bila berfikir mengenai PENGURUSAN MASA pasti aku akan teringatkan Cikgu Yan Shaari.Guru Matematik Moden semasa  di Tingkatan 4Sc Sekolah Menengah Dato' Syed Omar,Alor Setar, Kedah (SMDSO tahun 1977)

Tak tahulah kat mana beliau berada sekarang,yang pastinya semoga ketika ini beliau sihat walafiat menjalani kehidupan sebagai pesara bersama keluarga beliau.

Tahun 1977 adalah tahun pertama percubaan nak dijadikan SMDSO sebagai sekolah untuk pelajar lelaki sahaja dan Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah pula sebagai sekolah untuk pelajar perempuan tetapi hanya bertahan setakat batch aku sahaj.Intake baru tahun 1978 kembali seperti sebelumnya iaitu pelajar perempuan diterima masuk semula.Makanya aku dan kawan-kawan yang seusia menjalani kehidupan tanpa pelajar perempuan selama dua tahun,1977 Tingkatan 4 dan 1988 Tingkatan 5.Alahai.... tak seronok langsung! Tapi result SPM batch kami tu cukup cemerlang.23 orang dapat pangkat 1 (termasuk aku keh! keh! keh! - ramai ramai kami pakat lari keliling padang sekolah sebab hepi giler.Khabarnya rancangan nak dijadikan sekolah lelaki itu dibatalkan kerana didapati kualiti disiplin merosot - memang la sedikit sebanyak ada kesan saikologinya sebab selama ni dari Darjah 1 lagi ada campur-campur tetiba time remaja tak ada plak - semuanya cas postif tak da plak cas negetif mesti ada problem kannnn ... kalau tak caya tanya la kat Mr Chan (Guru Fizik)  hehehehe!

Opsss melalut cerita nostalgia plak tapi memang aku mengaku banyak kenangan semasa 2 tahun di SMDSO tu.Warden asrama time tu pun khabarnya dah meninggal dunia (Arwah Pak Chod).Pengetua plak (kami panggil Pak Tuan) tak tau la camna la ni.Cikgu pompuan plak yang paling sweet bagi aku ialah Cikgu Salmah (mengajar subjek Geografi).

Berbalik cerita Cikgu Yan nih,suatu ketika sedang kami tiga empat kat dalam kelas sedang berbincang nak buat time table perancangan masa nak studi sebab tahun depan dah nak exam SPM (mesti kena study betul-betul kerana mengikut hiraki kelas kami tu adalah terbaik dari segi kelulusan akedamik dalam SRP (la ni PMR) yang diterima masuk ke aliran sains di sekolah itu so mana boleh kalah ngan kelas lain.

Sepatah kata dari Cikgu Yan Shaari yang menyampuk bersuara dalam kumpulan perbincangan kami tu (tak perasan plak masa mana dia masuk ke dalam bilik kelas)

"You all tok sah la dok cakap pasai pengurusan masa kalau masa solat pun tak terurus.Buat yang tu dulu.Urus masa solat tu bagi tepat.In time awal waktu pastu baru layak nak bercakap pasai pengurusan masa perkara-perkara yang lain"

Kata-kata tu laa yang aku ingat sampai la ni .... selagi masa solat berterabur tak terurus selagi itulah perkara-perkara lain pun tak akan terurus.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam