Friday, October 12, 2012

Di Mana Dia di Hati Ku


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut? Jawab Nabi s.a.w “banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Jika Allah akan membinasakan seseorang maka dihukum dengan 3 macam :
 
1. diberinya ilmu tanpa amal
2. diberinya bersahabat dengan orang-orang soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka dan tidak beradab terhadap mereka
3. diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas

Petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin.

Ya Allah Ya Tuhan Ku - aku berlindung kepada Mu dari semua itu.Kau ampunilah dosa-dosa ku zahir dan batin.Hanya kepada Mu Ya Allah tempat aku menyembah memohon pertolongan dan perlindungan.

Amin!

No comments:

Post a Comment