Kertas 2 Matematik Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2012

Jikan anda adalah guru tersebut dan anda ditugaskan untuk memeriksa Kertas 2 Matematik Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 dan di hadapan anda adalah kertas jawaban dari pelajar ini.Bagaimana perasaan anda ???

Klik untuk besarkan.Sekadar 3 soalan sudah mencukupi untuk paparan di sini.
 
Soalan No. 8
Jawapan
Soalan No. 10
Jawapan
Soalan No. 13
Jawapan
 
Soalan saya kepada anda semua - apakah dasar pendidikan kita yang mahu memberi peluang pendidikan percuma kepada pelajar sehingga usia 18 tahun (Tkn. 5) dan tidak ada tapisan semasa usia 15 tahun (Tkn. 3 / PMR) itu tepat dan tidak perlu penambahbaikan atau kajian semula ? 
atau;
sebenarnya kita sedang memaksa pelajar-pelajar yang berkenaan itu supaya membazirkan masa mereka 2 tahun lagi sedangkan jika disalurkan mereka itu ke aliran teknikal atau kemahiran kemungkinan semasa usia yang sama dengan lepasan  Tkn 5 / SPM,mereka itu telah mampu berdikari.
 
Ini bukanlah kes terpencil malah di mana-mana sekolah berdepan dengan masalah yang sama dan seringkali kelompok inilah yang menimbulkan masalah disiplin.
 
Fikir-fikirkan.....renung-renungkan....bertindaklah sewajarnya supaya `anak kecil main api ... terbakar dirinya sendiri ....'  tidak akan kelak membakar bangsa dan negara yang tercinta ini.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam