Saturday, October 27, 2012

Ilmu,Iman,Amal & Takwa

Petang tadi disepanjang perjalan dari Pendang ke Alor Binjal,Alor Setar untuk menghadiri kenduri korban dan majlis pertunangan sepupu isteri ku sambil memandu minda ini ligat berfikir.Fokus pemikiran adalah hakikat 4 perkataan iaitu ILMU,IMAN,AMAL dan TAKWA - mana yang perlu didahulukan? Mana yang lebih utama? Dimana pula letak diriku dengan 4 perkataan itu.

Semua orang tahu malah terdapat ayat Al-Quran dan hadis yang mengutamakan menuntut ilmu malah menggambarkan bagaimana kelebihan amalan orang yang berilmu dengan amalan orang yang tidak berilmu.Dalam perlaksanaan ibaah seharian pun kita dituntut untuk beribadah mengikut ilmu yang kita ada dan bukannya mengikut sahaja apa yang orang lain buat.Perlakuan kita dalam solat misalnya hendaklah dilakukan dengan ilmu yang kita ada berkaitan solat dan bukannya sekadar ikut-ikutan sahaja apa yang orang lain buat.

Nyatalah ILMU mendahului susunan 4 perkataan ini.

Muenuntut ilmu adalah wajib dalam Islam malah jika meninggal dunia semasa menuntut ilmu pun dikategorikan mati syahid.Namun persoalannya adakah ilmu yang kita tuntut atau pelajari itu bermanfaat untuk kita?

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang kita miliki dan dengan ilmu itu menjadikan kita semakin dekat jaraknya dengan Allah swt.

Biarpun sedikit sahaja ilmu yang ada namun kita mengamalkannya secara istiqamah - itu lebih bermanfaat dari kita tahu banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya.

Ilmu yang diamalkan akan mengundang hidayah Allah swt lalu akan dilapangkan lagi hati kita untuk memperoleh ilmu yang releven berikutnya untuk memantapkan lagi limu yan sedia ada tetapi ilmu yang tidak diamalkan akan menjerat diri sendiri dengan murka Allah swt.

Alasan tak buat kerana tak tahu masih diterima Allah swt sekiranya ada niat nak ambil tahu tetapi tahu tapi tak buat - tiada maaf bagi mu!

Pesan Luqman alHakim kepada anaknya ibarat mencari dan menambah ilmu tetapi tak mengamalkannya adalah seperti orang yang terus menambah kayu api di dalam berkas kayu api sedangkan berkas kayu api yang sedia ada itu pun sudah tak mampu dipikulnya.

Bermanfaatkah ilmu yang ada pada ku kini (walau pun sedikit) atau tidak? Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diberkati - berolehkah aku `keberkatan' itu?

Aduhaiii takutnya aku ... apakah aku semakin hampir dengan Allah swt atau pun aku semakin menjauhi Nya kerana ditipu oleh ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak diberkati!

Astaqhafirullah!

No comments:

Post a Comment