Surah Yassin,Al-Waqiah,Al-Mulk,Al-Kahfi & Al-Ikhlas

Umumnya semua surah/juz/ayat-ayat Al-Quran adalah hebat disegi nilaiannya kerana Ianya adalah kalam Allah saw.Kesan pembacaan dan tadabburnya terhadap pembentukan dan perkembangan rohani dan jasmani adalah amat cemerlang sekali sehinggakan Baginda Rasulullah saw sendiri digelar `Al-Quran Berjalan'

Namun dari pesanan @ sabda Rasulullah saw ada beberapa surah yang punyai kelebihan tersendiri dan eloklah kita amalkan pembacaannya semampu yang boleh.Contohnya sekiranya boleh Rasulullah saw suka/mahu Surah Yassin dan Al-Mulk itu berada di dalam hati kita.Ertinya kita dapat menghafal surah-surah itu dan sudah tentulah berserta dengan kita faham tafsiran/maknanya.

Antara surah yang punyai kelebihan itu ialah - Suran Yassin,Al-Ikhlas,Al-Mulk,Al-Waqiah dan Al-Kahfi

Seorang kenalan saya memberitahu amalan seharian beliau (seperti di bawah) dan saya perturunkan di sini untuk meminta pandangan/pendapat/komen dari anda (sebab saya sendiri tak mampu memberi komen kerana kecetekkan ) ilmu.

Surah Yassin - dibaca setiap hari selepas wirid solat subuh.
Surah Al-Kahfi dibaca pada setiap malam jumaat
Surah Al-Ikhlas dibaca pada rakaat ke 2 solat selepas bacaan Al-Fatihah
Surah Al-Mulk dan Surah Al-Waqiah dibaca beserta wirid selepas solat witir (berselang hari contohnya malam ni baca Al-Waqiah malam esok dibaca Al-Mulk plak

Camna?

Apa komen @ pendapat anda ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam