Friday, January 29, 2016

MUJAHADAH ITU BERAT,KAU RINGANKANLAH BUAT KU!

Mujahadah itu berat, Kau ringankanlah buat ku Ya Rabb
Bismillahirahmanirrahim..

Firman Allah swt:

وَرَٲوَدَتۡهُ ٱلَّتِى هُوَ فِى بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٲبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَ‌ۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ رَبِّىٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَاىَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

[Surah Yusuf:23]

Maksudnya: "Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".


Saya rasa sungguh terkesan sekali apabila membaca ayat ini. sesungguhnya benarlah bahawa pelindung bagi seseorang mukmin itu daripada melakukan maksiat dan kejahatan hanyalah iman kepada Allah. jika iman goyah, nescaya berjaya lah syaitan dalam misinya menyesatkan manusia.

Entah mengapa, 2-3 minggu kebelakangan ini saya sangat suka dengan perkataan 'MUJAHADAH' itu. ia seperti membakar semangat saya dalam melakukan apa sahaja aktiviti kehidupan seharian saya. dari bangun tidur, saya merasakan perkara pertama yang saya kena buat ialah memulakan segala aktiviti untuk hari ini dengan sikap mujahadah. mujahadah bekerja, mujahadah makan, mujahadah pergaulan dengan rakan2 dan mujahadah2 lainnya.... apa itu mujahadah ya? selama ini saya hanya tahu sebut perkataan itu tetapi tidak memahaminya dengan sepenuh hati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian saya.

ok, kalau ikut maksud yang skema, mujahadah ini bermaksud berjuang bersungguh-sungguh. berjuang pula ada banyak maksud. berjuang menentang kezaliman, berjuang memerdekakan negara dan diri serta banyak lagi definisi berjuang. tetapi maksud terbesar erti mujahadah ialah berjuang bersungguh-sungguh dalam memerangi hawa nafsu. haa...inilah mujahadah sebenar yang jarang manusia ambil berat, termasuk juga diri saya...huhu..

sebenarnya musuh terbesar manusia itu ada 2, satu syaitan dan satu lagi hawa nafsu. Musuh yang pertama tu saya rasa semua dah tahu kan..dan memang telah termaktub dalam al-quran bahawa syaitan itu merupakan musuh manusia yang nyata. firman Allah swt yang bermaksud:

"...dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Dia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya)".
[Surah Al-Baqarah:168-169]

tetapi ada satu lagi musuh dalam selimut yang terlindung daripada pandangan zahir manusia, iaitu hawa nafsu. memang payah nak nampak musuh ni. hanya mukmin yang bertaqwa sahaja yang mampu melihat dengan mata hati dan berusaha bermujahadah melawan hawa nafsu.

saya sendiri bukanlah insan yang terbaik untuk menerangkan tentang mujahadah melawan hawa nafsu ini. tetapi saya hanya mampu berdoa memohon kepada Allah sekiranya ramai manusia yang berada dalam keadaan lalai dan leka menurut hawa nafsu, mudah-mudahan Allah lorongkan saya untuk kembali sedar dan timbulkan perasaan takut kepadaNYA dan menjadi insan yang menyedarkan orang lain. sesungguhnya hanya Allah sahaja penolong saya dan penolong setiap manusia..

Saya rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah, kerana ditengah-tengah diri merasa lalai, Allah tarik saya untuk kembali pada titik sedar. bermula dengan teguran daripada ibu dan ayah yang melihat saya semakin 'pelik', kemudian, menerima teguran pula daripada abang sendiri yang juga memperingatkan saya tentang mujahadah. sesudah itu, diri turut terpukul dan tersedar apabila mendengar pengisian dan tazkirah daripada beberapa ustaz di surau dan di masjid. Yang menakjubkan, semua tazkirah yang saya pergi itu seolah-olah seperti dirancang isi pengisiannya..memperingatkan diri tentang mujahadah melawan hawa nafsu terutamanya berkenaan menjaga ikhtilat sesama muslimin-muslimat kerana ibadah yang baik itu datangnya daripada penjagaan hati yang baik..Subhanallah.. dan lebih menakjubkan lagi, Allah tunjukkan pula kepada saya contoh di depan mata apabila melihat perbuatan sahabat sendiri yang hanyut apabila diuji dengan ikhtilat sesama muslimin dan muslimat. "Ya Allah, besar sungguh Rahmat dan KasihMu buat hamba yang kerdil ini..ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah..dan permudahkanlah urusanku dalam menuju redhaMu.."

Saya ingin menasihati diri saya dan diri semua untuk kita sama-sama belajar memahami apa itu erti mujahadah dan cuba menerapkannya dalam kehidupan kita seharian..memang sesungguhnya mujahadah itu terasa amat berat, akan tetapi bila mengingatkan kita tidak mahu di akhirat kelak dosa yang akan banyak memberatkan neraca timbangan amal kita, maka berusahalah mencari kekuatan untuk bermujahadah...anda mampu mengubahnya..

selamat bermujahadah

No comments:

Post a Comment