Wednesday, June 13, 2018

AYAT RUQYAH

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa pening-pening kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk dan berdebar-debar. Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya


Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

Untuk pengalaman aku sendiri, aku pun ada jugak terkena. Mungkin kita tak sedar dan tak perasan. Yea lah, aku ni kan kerja shif, kekadang akan balik tengah malam jam satu atau dua pagi lebih. Dalam kita mengantuk, kita balik rumah sampai nak dijadikan cerita, aku terlupa bagi salam untuk masuk ke rumah. Dah mandi bersihkan diri, tidur kejap.

Lepas tu terjaga sebab my ilham merengek. Lepas tu menangis, bagi susu takmo. Sapu minyak kat perut, takmo gak.. takut perut kembung ke kan.. Nak kata berak, tak jugak. Masa tu belum tumbuh gigi. Dekat sejam!! aku dengan my sha buntu dah. Baca ayat kursi pun tak effect gak. ermmm.. pastu aku kuarkan henpon aku yang ada ayat ruqyah ini. Masa ni aku tengok my sha dah nak bebel “Apesal time ni nak main henpon lak?” (padahal aku nak pasang ayat ruqyah)

Then aku pasang ayat ruqyah nih. mp3 ni korang boleh download kat SINI tau. Free je. Ayat ni selama 54 minit, 12.4MB, dah dalam 15 minit, my ilham tidur kat bahu aku dalam aku berdiri dukung dia. Lepas tu nyenyak terus sampai ke subuh. Pheww, syukur alhamdulillah. selesai masalah. Then aku kuar rumah balik, pastu masuk balik bagi salam.

Ayat ruqyah ni sebagai medium usaha kita aje. Kalau ada masalah selanjutnya korang hubungilah mereka yang arif dalam hal berkenaan. Satu lagi petua yang ayah aku bagitau, kalau anak kecik menangis dan menangisnya tak keluar air mata, maka ada ‘something’ lah tu. Cuba pi bawak berubat. Kalau menangis berjurai airmata, maka ia normal.. Perut kembung tu.. hangpa pi sapu minyak. hehehee

sumber  http://shakiddo.com/download-ayat-ruqyah/

No comments:

Post a Comment