ALLAH! JANGAN KAU TARIK NIKMAT HIDAYAH KAMI .....

سم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberi-Nya petunjuk, maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam.” (Al An’am: 125)

Untuk mencapai taqwa ada syarat-syaratnya. Syarat itu berbeza dengan rukun. Syarat itu lain, rukun itu lain pula. Syarat itu di luar tetapi rukun itu di dalam. Seperti juga dalam solat atau sembahyang, tutup aurat itu syarat bagi sembahyang. Ia di luar. Membaca surah Al Fatihah itu pula adalah rukun sembahyang. Ia di dalam sembahyang. Kalau dikatakan rukun, maka ia berada di dalam amalan. Kalau syarat, ia berada di luar amalan.

Kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh dalam hidup ini untuk memiliki sifat taqwa dan untuk menjadi orang yang bertaqwa. Lebih-lebih lagilah bagi mereka yang bercita-cita untuk membangunkan Islam dan memperjuangkan Islam, mereka perlu berusaha menjadikan diri mereka orang yang bertaqwa. Orang Islam yang ada cita-cita perjuangan mesti terlebih dahulu membaiki diri mereka sebelum membaiki orang lain dan masyarakat. Untuk itu mereka mesti faham bagaimana hendak membaiki diri mereka sendiri dan bagaimana mahu membaiki masyarakat. Untuk membaiki diri agar menjadi orang yang soleh atau orang yang bertaqwa, ada lapan syarat yang perlu ditempuhi. Ia dinamakan lapan syarat taqwa.

Sebab-sebab Hidayah dan Taufiq ditaraik Semula

Hidayah dan Taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Pada waktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula; tiada berdisiplin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa jadi menderita dan sengsara, walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba-serbi yang lain ada.

Di antara sebab-sebab Hidayah dan Taufiq ditarik semula:

1. Derhaka kepada guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya.

2. Derhaka kepada kedua-dua ibu-bapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibu-bapa dan tidak mengurus dan menjaga mereka, terutamanya ketika mereka tua dan uzur, lebih-lebih lagi jika mereka marah dan rasa tidak senang dengan kita.

3. Terlalu terpengaruh dengan dunia (dunia telah masuk an bertapak dalam hati). Apabila hari kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok (hilang nikmat ibadah). Telah mula terasa berat mengerjakan kebaikan dan kebajikan, hati mula cenderung kepada maksiat dan dosa. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga perasaan takut dengan Tuhan terhakis dari hati kita, lama kelamaan akan hilang semuanya.

4. Kerana menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit tercabut. Lepas itu, perasaan cuai pun dating ke dalam hati. Mula malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.

5. Mula berani bergaul bebas dengan orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan suasana kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus leka dalam kemungkaran dan maksiat. Perasaan takut kepada Tuhan pun lenyap.

Bagaimana Membina Semula Hidayah dan Taufiq yang Telah Hilang

Antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah:

1. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita sama ada terdapat tanda-tanda kita bersyukur atau tidak dengan perkara-perkara seperti berikut:

(1). Solat awal waktu: Hendaklah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis. Ketika hendak memulai solat, rasakan bahawa solat yang bakal kita kerja itu adalah solat terakhir, oleh itu lakukanlah dengan sebaik-baiknya.


(2). Elakkan diri dari maksiat: Jauhi maksiat termasuk maksiat batin, mendekatkanlah diri kita kepada syukur. Sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur, kalau ini masih ada pada kita? Mkasiat menyebabkan hilang rasa nikmat dalam beribadah, terutama solat.

(3). Tidak menyukai mazmumah (sifat-sifat jahat dan buruk) setelah mengenali mazmumah. Ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu hanya pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina sahaja, tetapi tidak memikirkan mazmumah yang penting (di dalam hati) untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.

2. Sentiasa banyak mengingati Akhirat. Ingatlah bahawa kita akan kembali ke kampung kita yang sebenar, ia Akhirat, dunia ini cuma tempat tinggal sementara sahaja.

3. Ingatlah, bahawa di akhirat tidak ada banyak tempat, cuma dua tempat sahaja, iaitu Syurga dan Neraka.

4. Ingatlah, bahawa di akhirat kelak kita akan dihisab (diperhetungkan) akan segala amalan kita. Yang baik dibalas dengan nikmat dalam Syurga dan yang jahat akan dibalas dengan seksa dalam Neraka.

*moga Allah xtutup hati kita ... amin ya Rab..

sumber : https://inilangkahkita.wordpress.com/2012/12/16/allah-jangan-kau-tarik-nikmat-hidayah-kami/

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam