MERENGKUH KEJAYAAN DENGAN BIJAK : IMAM IBNUL JAUZIYAH


Harapan ku bukan tahun 2020,tapi setiap hari dan sampai akhir hayat, semoga amal ibadah kita diterima dan dimudahkan segala urusan dunia dan akhrat.

Intropeksi diri itu suatu keindahan bila kita mampu mengambil sisi baik apa yg kita ada dan juga pengalmaman sesama kita di mna kita boleh mengukur jarak kesalahan pada diri sendri, tanpa menyalahkan org lain juga menyalahkan takdir Ilahi.

Bersyukur diuji baik dalam harta juga dalam hal apa pun kerana Allah sedang mengajarkan diri kita agar kita senantiasa redha akan apa pun kehendak Nya.

Syukurlah hidup suka maupun duka kerana dengan kita pandai bersyukur maka segala kurnia dan juga anugerah Nya akan kita rasakan dalam jiwa keikhlasan atas rahmatnya.

Sahabat kaum muslimin yg banyak mengeluh juga merajuk kikislah keluhan dengan dzikirullah agar diri kita mampu bersyukur dan tawakal, sekalipun kita dalam kesulitan yang panjang, jangan merasa sendrian kerana Allah SWT  senantiasa bersemayam dalam hati di setiap insan kita yang beriman.

Saudara ku kaum muslimin yang di rahmati Allah SWT, pada hakikatnya sumber fitnah juga sumber kelalaian dimana kita cenderung melihat tanpa mahu menasihati diri juga tanpa mau belajar dri pengalaman , hal ini lah yg membuat kehidupan di ambang kacau bilau juga kehancuran baik jasmaniah maupun rohaniah.

Mohon maaf bukan saya merasa diri ini suci, karna kesucian hanya milik Ilahi, juga bukan merasa orang yang baik daripada kalian, kerana Alah SWT senantiasa memuliakan juga mengutamakan kaum wanita, marilah kita bersama belajar, juga mengajar diri sendiri agar kita senantiasa mampu tampil berdikari ,kerana wanita muslimah tak akan sedih juga mengeluh pada apa yang tidak dia miliki, juga pada apa yang tidak di peruntukan untukya.

Wanita muslimah dpt hidup tenang di dunia ini, tanpa rasa takut dan juga khuatir sebab wanita yg beriman, atau apa yg sudah di takdirkan oleh Allah SWT untuknya pasti akan terjadi, hal itu tak boleh di sangkal juga tidak boleh di hindari, maka atas kasih sayang Allah SWT yang selalu mendidik diri kita dari segala cara agar kita senantiasa ada dalam kolidor iman dan takwa.Terdidiknya wanita akan terdidiklah keturunannya dilahirkannya dan generasi bangsa seterusnya kerana wanitalah guru pertama kepada anak-anak zuriatnya.

Semoga diri kita semua akan sentiasa setiap masa menjadi lebih baik dari masa sebelumnya.Jom kita terus melangkah dengan janji padu pada diri sendiri langkah baru ini akan lebih baik dari langkah kita yang terdahulu.Pastikan perubahan diri ini zahir dan batin,rohani dan jasmani bukan setakat zahir atau jasmani kerana itu hanyalah cuma 'casing' sahaja.

Jom baca kitab ini :
MERENGKUH KEJAYAAN DENGAN BIJAK : IMAM IBNUL JAUZIYAH
PENERBITAN JAHABERSA (2014) : RM85.00 (571 HALAMAN)

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam