ORANG BERJAYA CINTAKAN KERJA بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محم by Datuk Dr Maznah Ab. Hamid Sempena Hari Pekerja hari ini, saya ingin berkongsi panduan membina kejayaan dalam kerjaya. (Walaupun agak panjang, anggaplah ‘kuliah santai’ ini gedung ilmu. Rugi sangat kalau kita baca separuh dan kedekut untuk berkongsi dengan rakan-rakan tau!) Kita mesti ingat bahawa anak kunci kecemerlangan kerjaya, kemajuan, kualiti dan produktivi datangnya dari keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja adalah rahsia kejayaan dan kekayaan! PANDUAN 1 - JANGAN STRES!!!! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung! Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita m...