Posts

Showing posts with the label Santapan Minda

Hidup Beribadat Ustaz Hj. Fadzil Hj Ahmad

Image
Selaras dengan syuran dari pengarang kitab Mulianya Jumaat,Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad supaya menyambung bacaan dengan kitab Hidup Beribadat pula,makanya selepas usai urusan di mahkamah pagi tadi,semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat aku singgah sekejap di toko buku di tingkat bawah Bangunan Souq AlBukhari untuk membelinya. Alhamdulillah dapatlah aku memilikinya.Sempat juga aku bertanyakan khabar Ustaz Haji Fadzil kepada penjual di toko buku itu kerana dengar khabar beliau sakit.Kata penjual tu camtu la juga berita yang dia dengar tapi tak tahu berita terkininya,mungkin dah sihat kot (Kalau ada pembaca blog ini yang tahu berita terkini,silakanlah respon,terima kasih) Selain itu,satu lagi kitab susunan Ustaz Haji Fadzil yang ada dalam milikan aku iaitu kitab Wirid Yang Ku Kenali. Semoga Allah SWT memberikan Ustaz kesihatan yang terbaik dan meneruskan usaha beliau menyebarkan ilmu Allah SWT kepada masyarakat yang dahagakan ilmu agama.Amin!

Kisah & Nasihat Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu

Image
Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu. Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis...

Surah alHadid (Besi),Ayat 6 - Inilah masanya!

Image
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk kusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka,setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantaranya orang-orang yang fasiq (derhaka). Selasa : Subuh 03.07.2012M / 13 Syaaban 1433H

Di Mana Dia di Hati Ku

Image
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut? Jawab Nabi s.a.w “banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Jika Allah akan membinasakan seseorang maka dihukum dengan 3 macam :   1. diberinya ilmu tanpa amal 2. diberinya bersahabat dengan orang-orang soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka dan tidak beradab terhadap mereka 3. diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas Petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin . Ya Allah Ya Tuhan Ku - aku berlindung kepada Mu dari semua itu.Kau ampunilah dosa-dosa ku zahir dan batin.Hanya kepada Mu Ya Allah tempat aku menyembah memohon pertolongan dan perlindungan. Amin!

Pengurusan Masa Cikgu Yan Shaari Sekolah Menengah Dato' Syed Omar

Image
Setiap kali bila berfikir mengenai PENGURUSAN MASA pasti aku akan teringatkan Cikgu Yan Shaari.Guru Matematik Moden semasa  di Tingkatan 4Sc Sekolah Menengah Dato' Syed Omar,Alor Setar, Kedah (SMDSO tahun 1977) Tak tahulah kat mana beliau berada sekarang,yang pastinya semoga ketika ini beliau sihat walafiat menjalani kehidupan sebagai pesara bersama keluarga beliau. Tahun 1977 adalah tahun pertama percubaan nak dijadikan SMDSO sebagai sekolah untuk pelajar lelaki sahaja dan Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah pula sebagai sekolah untuk pelajar perempuan tetapi hanya bertahan setakat batch aku sahaj.Intake baru tahun 1978 kembali seperti sebelumnya iaitu pelajar perempuan diterima masuk semula.Makanya aku dan kawan-kawan yang seusia menjalani kehidupan tanpa pelajar perempuan selama dua tahun,1977 Tingkatan 4 dan 1988 Tingkatan 5.Alahai.... tak seronok langsung! Tapi result SPM batch kami tu cukup cemerlang.23 orang dapat pangkat 1 (termasuk aku keh! keh! keh! - ramai rama...

Bayu Kerinduan Di Bumi Haramain

Image
BAYU KERINDUAN DI BUMI HARAMAIN - AHMAD HUSNI ABD. RAHMAN Telaga Biru Sdn.Bhd. - RM28.00

Oi Bangunlah Oi Rindu Eropah Tawan Damascus

Image
Akhirnya ku temui juga Rindu Eropah Tawan Damascus nih di Alor Setar Petang kelmarin setelah selesai urusan pendaftaran kes di Komplek Mahkamah Alor Setar,naluri ku mengajak ke kedai buku Popular di tingkat atas Bangunan City Plaza.Baru aku terperasan rupanya dalam misi aku mencari buku travelog Munir Ramli nih aku dah ter`miss' satu kedai iaitu Popular City Plaza. Setelah merayap dari satu rak ke satu rak,untuk menjimatkan masa aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada pekerja di bahagian jualan buku-buku tersebut. "Kat sini ada jual buku-buku Alaf 21 kan" "Ada....buku apa yang encik cari" "Buku Rindu Eropah Tawan Damascus" "Rasanya ada...encik tunggu sat....saya nak check dalam sistem" Sementara menunggu gadis melayu hitam manis itu melaksanakan tugasnya membantu ku,aku terus menjamu mata membelek buku-buku yang dipamerkan di situ.Mata ku tertumpu kepada buku nih! Oi! Bangunkah Oi! - Dr, HM Tuah Iskandar al-H...

Laman baru seliaan ku

Image
Atas hasrat dan tujuan untuk menjalin hubungan antara kerjaya ku dan awam - aku akan berusaha untuk menyelia dan mengemukakan laman ini agar memanfaatkan info berkaitan undang-undang kesihatan awam kepada semua.

Permata Di Pintu Kaabah Munir Ramli

Image
Dah hampir jam 2.35 pagi namun mata ku ini masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu beradu.Masih mahu bersengkang mata meneruskan kehidupan di alam jaga walau pun waktu telah melewati dinihari. Awal malam tadi aku telah menghabiskan bacaan buku travelog ini. PERMATA DI PINTU KAABAH - MUNIR RAMLI Alaf 21 Karangkraf - RM19.90 Menarik dan penuh informasi isi kandungannya.Terutamanya (bagi aku) info berkaitan dengan bermulanya sistem muassasah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mentadbir jemaah haji yang mendadak tiba pada tiap-tiap kali musim haji dan ragam kerenah pak syeikh-pak syeikh haji yang terancam sumber pendapatan mereka dek sistem muassasah ini. Aura suka gaya penceritaan Munir Ramli ini mendorong aku untuk cuba mencari di kedai-kedai buku di sekitar Alor Setar buku terdahulunya iaitu Rindu Eropah Tawan Damascus.Malangnya buku travelog pertama Munir Ramli yang dikeluarkan oleh Alaf 21 pada tahun 2011 ini telah habis di pasaran. Perlu bag...

Kitab Lama Khazanah Takwa

Image
Pastinya ramai diantara kita yang bukan dari aliran pengajian pondok pernah membaca kitab-kitab lama seperti di atas ini.Selain dari lenggok bahasanya yang agak berlainan dengan erakini begitu juga dengan bentuk tulisan jawinya yang masih juga tidak seperti bentuk abjad jawi masakini. Namun usaha gigih sewajarnya dilakukan segera untuk menaiktahap bahasa dan tulisan kitab-kitab ini kepada lenggok bahasa masa kini (dengan syarat diperhatikan teliti agar maksud pengarang asalnya tidak terbabas)supaya dapat dinikmati khasiatnya oleh golongan masa kini yang semakin ramai yang lemah membaca tulisan jawi. Saya pernah bertanya pada seorang penjual kitab,sebab-sebab apa kitab-kitab lama ni orang panggil 'kitab kuning'? Dia kata sebab kualiti kertas kitab-kitab lama nih (macam kertas suratkhbar tu) lama-lama dia akan bertukar kaler putih tu ke kaler kuning.Betul ker tuh ..... agak-agaknya betul la kot! Jadinya kualiti kertas pun wajar diberi peningkatan juga. Sebagaimana usaha yang dil...

Mencari Kitab Imam Nawawi

Image
Siang tadi selepas menghadiri majlis walimatul urus saudara terdekat sebelah ibu ku di Kampong Banggol Enggok,Baling,Kedah aku menghala pula ke Bandar Sungai Petani.Tujuan utama ialah nak ke Hasani Books & Stationery kat situ.Sepanjang cuti sekolah ni Hasani mengadakan karnival jualan buku dengan tawaran istimewa yang menjangkau 25% potongan harga dan dah 2 kali aku ke sana.Boleh dikatakan setiap kali cuti sekolah Hasani mengadakan karnival sebegini dan aku pasti akan ke sana. Fokus utama ku kali ni ialah nak mencari dan membeli beberapa buku/kitab yang dikarang oleh Imam Nawawi (kebelakangan ini minat ku teruja untuk memiliki dan membaca buku-buku karangan beliau.Antara buku/kitab yang mampu dibeli ialah; 1. Terjemahan Riyadus Solihin Jilid Pertama dan Kedua 2. Paksi 40 Iman Nawawi Menegakkan Agama Melalui Hadis Rasulullah 3. Riwayat Hidup Al-Imam Al-Nawawi Tadi pun aku melayari internet mencari-cari artikel yang berkaitan Imam Nawawi untuk santapan minda dan antar...

Kitab Penawar Bagi Hati

Image
Pagi tadi masa ronda-ronda window shopping kat nat Tok Jalai,Kepala Betas aku singgah kat gerai jual kitab-kitab dan CD ceramah ugama. Nampaknya Ustaz Azhar Idrus dah dapat mengalahkan Ustaz Kazim Elias dari segi pasaran CD VCD ceramah ugama.Tak apalah yang penting ialah ilmu yang disampaikan oleh mereka dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.Aku plak kedua-duanya memang aku suka cuma bezanya nak attend ceramah ugama secara live Ustaz Azhar memang susah.Ustaz Kazim plak 2X sebulan dah tentu iaitu kat Masjid AlBukhari dan Masjid Taman Muhibbah,Alor Setar. Dok tinjau-tinjau kitab yang dijual kat gerai tu,aku terjumpa kitab ni.Penerang Bagi Hati.Harganya cuma RM5.00 jerr.Belek-belek sambil lalu isikandungannya rasa menarik gak.Rasa tercabar gak - masih bolehkah aku membaca kitab tulisan jawi loghat Bahasa Melayu Pattani nih ??? Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Gur...

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

Image
Selesai sudah aku membaca dan menghayati dengan penuh kepayahan hingga ke baris akhir ayat di muka surat 190 buku terbaru Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang bertajuk Bersyukur Saat DiUji.Kepayahan maksud ku itu dalam ertikata diganggu rasa sebak,rasa tersentuh hati dengan apa yang dibaca itu dan ada ketikanya aku terpaksa menghentikan pembacaan dan termenung merenung jauh kehadapan mengenangkan aliran kehidupan persekitaran semasa ku. Kejahilan ilmu dan kelemahan iman menjadi perhiasan diri dan berasaskan neraca nilaian yang dangkal itu lalu diguna untuk mencorakkan kehidupan sehinggalah telah lebih separuh abad berlalu tanpa sedar bahawa tuntutan dan tunjukajar Illahi sentiasa ada di mana-mana untuk dibuat pedoman pembetulan dan penambahbaikan agar terbentuk kesempurnaan dan sahsiah diri,memimpin keluarga dan menganggotai masyarakat. Bicara Prof DHMKI melalui buku ini bagaikan satu jentikan halus ditelinga,cukup halus dan tak menyakitkan tetapi telinga jadinya berdesing lal...

Bersyukur Saat Diuji Muhd Kamil Ibrahim

Image
BERSYUKUR SAAT DIUJI -MUHD KAMIL IBRAHIM Galeri Ilmu Sdn. Bhd. - RM22.00

Sumber Ketenangan Jiwa & Kebahagiaan Hidup

Image
عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه ( رواه مالك ) Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda :" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat, selama kamu berpegang dgn kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunah Nabi "

Suami Yang Teruji

Image
SUAMI YANG TERUJI - WAN ZAYUHISYAM WAN YUSOFF Galeri Ilmu Sdn.Bhd. - RM20.00 Pagi ni aku mula menatap mukaddimah buku ni.Nampak menarik intronya.Tambahan pula bila ada sentuhan rasa Ustaz Pahrol Mohamad Juoi melalui kata pengantarnya.Sememangnya buku-buku terbitan Galeri Ilmu nih terutamanya yang di bawah slot Tarbiah Rohani miliki kualiti penyampaian dan pendekatan yang sejajar @ relevan dengan perkembangan persekitaran mental ummah masa kini. Sebenarnya buku nih dah lebih 1 minggu aku membelinya  kat Hasani Bookstore Sungai Petani tetapi kerana kekangan masa @ kelemahan pengurusan masa ku menjadikan ruang masa yang begitu luas ujud sebegitu dan kini baru aku membacanya. Bacalah! Kerana membaca itu adalah 'perintah' Allah swt.

Favourite plant - Tongkat Ali Peria Pantai Kurma Ajwa

Image
semakin subur menghijau ..... ..... antara bukti kekuasaan & kasih sayang Mu,Ilahi!

Bapa Borek Anak Rintik!

Image

Tunjukkan Aku Jalan Ke Syurga

Image
TUNJUKKAN AKU JALAN KE SYURGA - PRODUKSI MASTIKA Utusan Karya Sdn.Bhd. - RM12.90

Aduhai .... meruginya !

Tahu dan sedarkah anda hakikat bahawa jika kita membaca Kitab Suci AlQuran tapi kita tak faham,tak tahu makna apa yang kita baca itu,kita akan tetap beroleh pahala iaitu pahala membaca.Tetapi jika kita berdoa dan berzikir walau pun doa dan zikir itu adalah warisan amalan Rasulullah SAW - kita tak akan beroleh apa-apa pahala jika kita tak memahami makna apa yang kita doakan,zikirkan itu. Bayangkan selama ini kita bersolat - selain bacaan ayat suci di dalam solat juga terdapat bacaan doa-doa dan kita membaca,melafazkannya tanpa kita tahu maknanya - alangkah ruginya kerana kita tak beroleh apa-apa pahala walau pun solat kita itu sah. Bayangkan pula selepas solat kita berzikir,berwirid dan berdoa - tetapi kita tak beroleh apa-apa pun kerana kita tahu makna dan faham apa yang keluar dari bibir kita itu.Selama ini hanya kosong sahaja - aduhai rugi nya ...... Makanya mulai saat ini jom kita cari buku-buku (contohnya seperti di atas) - dan kita telaah sedikit demi sedikit,fahamkan maknan...