Posts

Satu Demi Satu Nikmat Allah SWT

Image
23 Mac, 2010 yang lalu aku telah dianugerahkan Allah SWT satu lagi nikmat Nya yang amat-amat menggembirakan.Ianya kemuncak kegembiraan dalam kehidupan ini.Alhamdulillah - aku telah menerima surat dari Tabung Haji yang memaklumkan telah terpilih bersama-sama isteri untuk menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.Aku bersukur dan memohon rahmat Nya agar aku dan isteri akan turut tersenarai sebagai tetamu Nya di sana dan seterusnya dapat mengerjakan ibadah tersebut dengan sempurna tanpa halangan dan seterusnya dapat menggapai haji yang mabrur,Insha Allah! Bukti kasih sayang Allah SWT yang arRahman dan arRahim membuka dan memberi peluang untuk aku bermunajat kepada Nya di sana untuk koreksi diri dan seterusnya membuat renovasi diri terhadap kerosakan-kerosakan rohani dan jasmani yang telah ku lakukan selama hampir separuh abad menjadi penghuni alam maya ini.Sesungguhnya aku ini insan yang jahil dan lemah lantas hasutan nafsu dan iblis menjadikan aku sering tersasar dalam memandu keh...

Fitnah Lisan - syoknya bergossip!!!

Image
Jom kita hayati 2 insiden ini dan sama-sama kita fahamkan apa yang tersurat dan tersirat. 1. Saidatina Aishah merasa cemburu dan tidak suka bila mengetahui Rasulullah saw telah berkahwin lagi iaitu dengan seorang perempuan berbangsa Yahudi iaitu Sofiyah binti Huyai.Maka apabila dia melihat Sofiyah,dia mencemik dan berkata "dah la gemuk,pendek pula tu ...." Rasulullah saw yang mendengar kata-kata Aisyah itu lantas menjawab "Wahai Aisyah,kata-kata mu yang menghina orang itu,jika dilontarkan ke dalam lautan,akan busuklah seluruh air lautan itu" 2. Suatu ketika sedang Rasulullah saw memberi ceramah ugama,seorang sahabat telah bangun dan bergerak keluar meninggalkan majlis.Melihat keadaan itu seorang sahabat mengomel "apalah dia ni,Rasulullah sedang bercakap pun,dia boleh keluar..." Rasulullah saw yang mendengar kata-kata itu lantas menegur sahabat tadi "sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara mu sendiri" Cubalah kita ambil ikhtibar dengan 2 ka...

Ceramah Ustaz Kazim 23/04/2010

Malam ini,aku,isteri dan sibongsu Farhaan ke Masjid AlBukhary,Jln. Langgar,Alor Setar.Ada kuliah bulanan Ustaz Mohd Kazim Elias AlHafiz kat situ.Selesai wirid solat maghrib kuliah pun bermula.Seperti biasa,Farhaan amat teruja bila melihat Ustaz Kazim - mungkin kenangan manisnya semasa menghadiri Kem Tahsin di Pusat Pendidikan AlBarakah tak lama dulu tu. Skop kuliah ialah terjemahan dan huraian ayat-ayat suci Al Quran.Kalau kuliah bulanan beliau di Masjid AsSolihin,Taman Muhibbah,Alor Setar menghuraikan kitab Fiqhul Aulawiyyat karangan Dr. Yusuf AlQardhawi. Huraian ayat suci AlQuran malam ini ialah Surah Muhammad,ayat 10,11 & 12.Antara kesimpulan yang dapat aku catat ialah - janganlah kita sekadar menjadi orang Islam tetapi jadilah orang yang beriman kerana janji Allah swt pertolongan dan perlindungan Nya hanyalah kepada orang-orang yang beriman sahaja.Allh swt tidak pernah menyebut mengenai pertolongan dan perlindungan Nya kepada orang-orang Islam.Sebab itulah jika kita lihat real...

Pengurusan Masa = Pengurusan Usia

00.30 - 04.45 : at bed 04.45 - 05.15 : sahur/reading 05.15 - 06.30 : tahajjud/hajat/witir/subuh 06.30 - 07.00 : free/light sleep 07.00 - 07.30 : ready for office 07.30 - 13.00 : to/at office 13.00 - 14.00 : lunch/zohor 14.00 - 16.40 : at office 16.40 - 17.00 : asar 17.30 - 19.00 : jogging/gardening 19.00 - 19.45 : free/bath 19.45 - 21.00 : maghrib/reading Quran/Isya 21.00 - 21.30 : light dinner 21.30 - 22.30 : reading with family 22.30 - 24.00 : internet marketing 00.00 - 00.30 : ready to bed

doa dan pinta seorang anak

Image
Waktu dah semakin menghampiri 3.00 pagi.Ketika ini aku masih lagi termangu-mangu di meja study.Membilang hari-hari yang akan mendatang (jika usia ini masih ada) dan mengenang hari-hari yang telah berlalu.Kenangan yang menjadi sejarah kehidupan yang telah menghuni mayapada ini hampir separuh abad. Anak-anak yang dulu kecil hingusan kini telah pun membesar dan tak lama lagi akan punyai kehidupan sendiri bersama pasangan hidup masing-masing.Akan membawa haluan masing-masing di luar lingkungan kediaman ibubapa.Lalu ibubapa yang bermula dengan hanya berdua kemudiannnya menjadi bertiga,berempat,berlima, berenam,bertujuh dengan anak-anak akan kembali berdua seperti mulanya.Realiti kehidupan yang pasti akan ditempuhi bersama dengan persiapan mental yang ampuh untuk melawan kesepian dan kesunyian kehidupan. Ketika itu telah bersara,punyai banyak masa untuk keluarga tetapi ahli keluarga yang berada di depan mata adalah minima.Tiada lagi keriuhan untuk mengisi kehidupan hari tua. Pasti itulah yan...

MIQAT ZAMANI HAJI 1431H

Kira pi kira mai ....... alamak! Cuma tinggai 144 hari saja lagi untuk tarikh 1 Syawal,1431.Hari Raya Aidil Fitri yang juga bermakna bermulalah bulan haji iaitu dari 1 Syawal 1431 hingga 10 Zulhijjah 1431.1 Syawal 1431 juga bermakna bermula Miqat Zamani Haji 1431. Macam mana niiii ... 144 hari tu bukannya lama sangat.Pejam celik pejam celik tak sedaq 144 hari tu pun akan luput.Kemudiannya hanya berbaki beberapa hari saja lagi untuk menunggu tarikh penerbangan ke sana.Baki beberapa hari tu macam `masa kecederaan' dalam permainan bola sepak. Sekadar sempat untuk touch-up serba sedikit dimana-mana yang perlu.Mungkin 10 hari atau 15 hari saja.Dan lagi ker aku nak buat persiapan nih??? Mula rasa gelabah.Target haji mabrur bukannya mudah nak dicapai.Mentelah aku yang serba serbi masih tak tahu ni.Apa rukun haji,apa syarat wajib haji,apa tawaf wajib,tawaf qudum,tawaf wada ohhhhhhhh macam-macam lagi yang aku masih blurrr.Dan ker nih aku nak catch-up semua nih dalam jangkamasa 144 hari nihh...

Zina Punca Gempa Bumi : Ulama Iran

TAHERAN : Seorang ulama kanan Iran berkata,kekerapan gempa bumi melanda negara itu berlaku antara lain disebabkan amalan seks luar nikah. Ayatollah Kazem Sedighi berkata,ketika ini semakin ramai wanita negara itu tidak menjaga adab berpakaian sehingga mencemar maruah generasi muda. "Semua bencana yang berlaku di dalam dunia adalah kesan daripada amalan manusia",katanya yang dipetik akhbar Aftab-e Yazd, semalam. Menurut Kazem,penduduk Iran tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali meningkatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam - AFB Punca : Harian Metro Ahad 18.04.2010 Nota : kat Malaysia ni hari-hari ada berita kejadian buang bayi. Bagaimana bayi ini dihasilkan sehingga dibuang ??? Nak tunggu gempa bumi juga kerr baru nak sedar diri ???