Posts

Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut: Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung." Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?" Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?" Al...

Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 / 1984

____________ PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 1984 ____________ PERATURAN MENGENAI KELAYAKAN CUTI HAJI DI BAWAH PERINTAH-PERINTAH AM 34 DAN 35, BAB "C" Tujuan Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini ialah bagi melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meminda peraturan mengenai kemudahan Cuti Haji bagi membolehkan seseorang pegawai yang berugama Islam, termasuk guru-guru, yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun perkhidmatan mendapatkan kemudahan Cuti Haji bergaji penuh untuk menunaikan fardhu haji sekali di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kelayakan Cuti Haji 2. Kerajaan telah bersetuju supaya peraturan-peraturan berikut dipakai berhubung dengan Cuti Haji bagi membolehkan pegawai Kerajaan yang berugama Islam, termasuk guru-guru, mengambil cuti bergaji penuh bagi maksud menunaikan fardhu haji di Mekah. Peraturan-peraturan berkenaan adalah seperti berikut: (i) Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am ke...

Meraih Hidayah Ilahi,Alhamdulillah!

Image
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain. Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia ber...

Esok Masih Ada ???

Talqin dibacakan oleh arwah M.Rajoli dalam filem Esok Masih Ada (1982) Andainya,tiada lagi hari esok dan hari ini adalah yang terakhir dalam kehidupan kita Apakah kita telah punyai bekalan yang mencukupi untuk merentasi satu perjalanan yang teramat jauh dan tragis itu nanti ???

macam orang bercinta la plak!

seminggu sebelum raya dan sehingga hari ni pun aku dah jadi macam orang tengah bercinta jerr.Asyik tertunggu-tunggu kedatangan posman....bila la nak mai! Hari ahad start kerja semula setelah bercuti raya,tengahari rasa tak sabar nak balik tengok kotak surat kat rumah ... ada tak lagi surat yang ditunggu-tunggu tu! Bukannya surat dari kekasih hati yang ditunggu nanti tu tapi surat dari Lembaga Tabung Haji.Mengikut kata pegawai kat pejabat tabung haji minggu akhir bulan puasa tu jemaah-jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan ferdhu haji tahun ni akan mula menerima surat pemberitahuan tarikh penerbangan masing-masing. Itu yang suspen tu,yang dok tunggu-tunggu surat Tabung Haji tu sebab tarikh penerbangan pertama ialah 9 Oktober,2010.Tarikh untuk aku dan isteri bila plak??? Suspen! Suspen!

Fikir-fikirkan....Renung-renungkan!

Image
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya ''Jangan berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchangeanda kerana…. pakaian terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus.. '' Jangan berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana…. kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung… '' Jangan berbangga dengan banglo dan condo anda kerana…. tempat istirehat anda yang terakhir adalah Kubur.. '' Jangan berbangga dengan kehenseman atau kecantikan anda kerana….. akhirnya hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga.... "

Puasa Enam Di Bulan Syawal - Jom Segerakan!

Persoalan Agama: Puasa enam seelok-elok disegerakan 2010/09/12 SAYA ingin tahu mengenai puasa enam pada Syawal ini. Apakah ia sebaik-baiknya dilakukan pada awal atau hujung Syawal? Bolehkah ustaz jelaskan pahala yang terkandung di dalam puasa enam ini? Hamba Allah, Serdang, Selangor. ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 48 yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan.” Imam Ibnu Kathir pula menyebut dalam tafsirnya: “Pada ayat itu Allah SWT menganjurkan agar bersegera dan berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.” Ayat itu sudah menjelaskan kita sepatutnya menyegerakan puasa enam kerana melambat-lambatkan boleh membawa pelbagai masalah. Ini adalah pandangan Imam al-Syafie dan Hambali tetapi dibolehkan kita menyempurnakannya sehingga pertengahan atau akhir bulan. Satu hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayyub, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang puasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti puasa sepanj...