Posts

Apa Kata Bob Lokman .....

Image
Sunday, February 20, 2011 FI SABILILLAH ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia. Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS. Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyan...

Selamat (?) Tahun Baru 2011

Image
Detik 12.00 tengah malam tadi bermulalah tahun baru masihi 2011.Selamat Tahun Baru 20011 hmmmm masih tertanya-tanya selamat ker ??? dengan suasana masyarakat dan politik negara terkini.Ketika nilai nyawa manusia semakin murah dan nilai kemanusiaan semakin merendah ditokok oleh suasana politik yang semakin hilang arah mengikut rentak micheavelli. Sewajarnya kita bergembirakah dengan tibanya tahun baru ini??? atau kita merasa sedih kerana satu lagi isyarat hakikat baki usia kita semakin berkurang.Setahun lagi jatah usia kita memendek.Setahun lagi jarak masa kiamat semakin mendekat! Berdentum dentam bunyi bunga api ....meriahnya! masing-masing mendongak ke angkasa kagum dengan percikan bunga api.Tergambar tak disanubari masing-masing bagaimana agaknya keindahan percikan api neraka ??? Ketika Baginda Rasulullullah saw dilahirkan ke dunia ini unggun api majusi yang tak pernah padam itu tiba-tiba terpadam namun kini umat Baginda kembali memuja api (secara tak disedari) - kesian Rasulullah sa...

Ceramah Tahun Baru Ustaz Kazim AlHafiz

Image
Malam tadi aku dan famili bersolah jemaah maghrib di Masjid ArRahmah,Taman Wira,Alor Setar,Kedah kerana selepas solat maghrib ada program ilmu iaitu ceramah sempena tahun baru masihi 2011.Penceramahnya tak asing lagi iaitu Ustaz Kazim Elias AlHafiz,Pengetua Pusat Pendidikan AlBarakah,Manjoi,Perak. Sedikit catatan untuk tatapan kita bersama; 1. Azam untuk berubah meninggalkan yang tidak baik kepada yang baik selagi masih bernyawa kerana sebelum mati kita tetap tidak akan terlambat untuk bertaubat. 2. Pentingnya perpaduan kerana umat Islam akan tertindas dan terhina apabila berlaku peperangan seperti mana yang dialami oleh dibeberapa negara Islam yang huru hara kini. 3. Umat Islam di Malaysia ini ramai tetapi tak ramai yang datang ke masjid tetapi dalam yang tak ramai datang ke masjid itu pun tak semuanya sekata sepakat. Bagaimanakah masjid akan diimarahkan jika perpaduan ini tidak terjalin erat. 4. Pentingnya kaedah yang berhemat,bijak mencuri hati,menarik hati,dan memikat hati umat Isl...

Karnival Buku Hasani Bookstore

Seperti biasa musim cuti sekolah ini Hasani Bookstore mengadakan Karnival Buku dengan potongan harga yang cukup istimewa.Lokasi kedai-kedai buku Hasani terdapat di Sungai Petani,Gurun dan Kulim.Karnival ini bermula 10 Disember 2010 dan berakhir pada 17 Januari,2011. Istimewa bagi aku kerana kadar 25% diskaun adalah besar dan memberi peluang untuk aku membeli dan memiliki buku / kitab-kitab yang harga asalnya mahal.Bertambah lagi koleksi buku di mini library ku.Setakat ini pun jumlah harga buku-buku yang sedia ada tu pun dah hampir 5K. Masa kat Mekah dan Madinah hari tu pun aku membelanjakan hampir SR200 untuk membeli kitab dan bulan Disember ini pun dengan 3 kali bertandang ke Hasani Bookstore Sungai Petani tu dah hampir RM400 aku belanjakan untuk membeli bahan bacaan kat situ. Sibongsu ku,Muhammad Nabil Farhaan pernah bertanya - ni banyak buku abah beli bila nak baca? Bila ek nak baca? Semakin hari semakin tua - aku perlu lebihkan banyak masa lagi untuk membaca kerana jatah usia ku s...

The Great 90/10 Principles vs Kun Fayakun

Image
tepuk dada tanyalah iman!

Hari Assyura - What to do ???

Image
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran . Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 11.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 12.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 13.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 14.H...

Selamat Melayari Bahtera 1432H

Image
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda, mafhumnya: “Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka.” Walaubagaimanapun, pada penulis, untuk menjadi lebih hebat, tidak perlu menjadi orang lain, cukuplah untuk menjadi diri kita sendiri. Namun, orang lain juga merupakan pelengkap hidup yang akan membantu kita untuk menjadi hebat. Marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk terus melakukan penghijrahan! Hijrah merupakan perpindahan. Adakah kita mahu pindah rumah atau apa?huh. Hakikat, bukan itu semata apa yang dimaksudkan dengan berhijrah. Persoalkan diri anda tanpa anda terleka dibuai persoalan-persoalan tersebut. Siapakah kita? Apakah tujuan hidup kita? Apa yang harus kita lakukan? Apa yang harus kita laksanakan? Apa yang kita mahukan? Mengapa kita buat begini, b...