Posts
Suami Yang Teruji
- Get link
- X
- Other Apps
SUAMI YANG TERUJI - WAN ZAYUHISYAM WAN YUSOFF Galeri Ilmu Sdn.Bhd. - RM20.00 Pagi ni aku mula menatap mukaddimah buku ni.Nampak menarik intronya.Tambahan pula bila ada sentuhan rasa Ustaz Pahrol Mohamad Juoi melalui kata pengantarnya.Sememangnya buku-buku terbitan Galeri Ilmu nih terutamanya yang di bawah slot Tarbiah Rohani miliki kualiti penyampaian dan pendekatan yang sejajar @ relevan dengan perkembangan persekitaran mental ummah masa kini. Sebenarnya buku nih dah lebih 1 minggu aku membelinya kat Hasani Bookstore Sungai Petani tetapi kerana kekangan masa @ kelemahan pengurusan masa ku menjadikan ruang masa yang begitu luas ujud sebegitu dan kini baru aku membacanya. Bacalah! Kerana membaca itu adalah 'perintah' Allah swt.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 4
- Get link
- X
- Other Apps
Diberi pahala yang sama dengan pahala orang yang membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al Quran Nota : Inti pati kitab Taurat,Injil dan Zabur terkandung di dalam kitab Al-Quran.Inti pati kitab Al-Quran terkandung di dalam Surah Al-Fatihah dan inti pati Surah Al-Fatihah terkandung di dalam kalimah Basmallah.
Sakit perut la plak!
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ni aku terpaksa EL.Cuti Kecemasan.Perut buat hal la plak! aduhaiiiiii .... Pastinya ada yang tak kena dengan apa yang aku makan selepas balik terawih malam tadi.Juadah berbuka puasa aku tak syak apa-apa sebab aku ringan-ringan jerr time tu. Termenung di meja study mengadap skrin laptop aku melayan fikiran dan memikirkan apa yang berlaku pada ketika ini .... ramadhan hari yang ke 3 hari ni tapi aku dah pun macam-macam jadinya.Apakah ada sesuatu yang mahu aku 'sedar diri' atau muhasabah diri ??? Aku sedar bahawa ketika ini aku sedang diuji.Ujian datang kerana mahu menduga sekebal mana azam dan tekad ku untuk bulan ramadhan kali ini tidak senilai `beroleh lapar dan dahaga sahaja' Aku wajar rearrange @ merombak @ menyusun semula perancangan waktu dan aktiviti sepanjang ramadhan ini terutamanya yang berkaitan dengan jenis makanan diambil dan masa makannya.Kerana apa yang aku rasa sekarang ni masalah berkaitan dengan perut - pastinya itu peringatan atau amaran agar aku ...