Rumah Yakin Al Wadi
Lebih kurang jam 10.30 pagi sampailah kami ke lot 4185,Kupang yang menempatkan bangunan Rumah Yakin Al Wadi.Ketika kami di dapati beberapa orang sedang berkerjasama melapah daging korban lembu yang disembelih berdekatan asrama anak-anak perempuan Rumah Yakin ini.Aku tidak dapat angle yang baik untuk ambik gambar dari depan Rumah Yakin ini kerana terdapat deretan kenderaan yang diparking di situ.
di atas : ini adalah bangunan asrama anak-anak lelaki.
di bawah : ini adalah bangunan asrama anak-anak perempuan

makan anak-anak ini.Inilah dewan makan mereka masakini)
Hampir 2 jam aku berada di situ.Sepertinya aku ingin berlama lagi di sini,menunggu anak-anak penghuni Rumah Yakin ini pulang dari majlis bacaan Yassin yang dihadiri oleh mereka.Namun perjalanan masa yang tidak berhenti itu memaksa aku untuk melangkah keluar kerana ada destinasi lain lagi yang akan ditujui.Harapan ku agar 5 orang anak-anak ku yang turut berada sama di situ akan mendapat sedikit sebanyak iktibar untuk pedoman hidup bahawa tak semua yang kita nak akan kita miliki.

Dari penerangan yang diberikan oleh penyelia berkenaan - minima perbelanjaan untuk makan minum 81 orang anak-anak ini ialah RM1K sehari.Ertinya RM30K sebulan.Ini belum lagi dicampur dengan duit saku anak-anak nak ke sekolah,bil air dan bil letrik.Sedangkan wang sumbangan orang ramai sukar nak mencecah RM30K sebulan.Makan minum anak-anak wajib disediakan meski pun dengan kepayahan.
Dari siapakah lagi sumbangan ditagih ???
Pastinya adalah kita,anda dan juga saya.Maka marilah sama-sama kita bersedekah,berwakaf seikhlas hati demi kebajikan anak-anak ini.Moga-moga sedekah kita ini akan menjadi pedinding kita dari api neraka.Begitulah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim.
Selain itu pihak pentadbiran Rumah Yakin juga sedang berusaha mengumpul dana untuk membina sebuah dewan makan yang lebih sempurna dan juga Surau An Nur yang memerlukan kemaskini kesempurnaannya agar lebih tepat dapat berfungsi sebagai sebuah pusat ibadah.

Ini adalah rangka bangunan dewan makan yang disambung bina bila ada dana dan akan berhenti seketika bila tiada.

Ini adalah Surau An Nur yang perlu dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian sebagai sebuah rumah ibadah.Bangunan kayu yang usang di bahagian depan itu adalah bangunan asal asrama anak-anak ini semas ianya mula di asaskan pada tahun 2001 (sebelum berpindah ke bangunan baru seperti gambar di atas)
Jika anda ingin bersedekah jariah,berwakaf atau menyumbang wang ringgit,silakan berkunjung ke alamat ini :
Rumah Yakin Al-Wadi
Lot 4185, 09200 Kupang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4724895 Faks: 04-4707728
HP: 013-4001001 (Ustaz Daud - Ketua Penyelia)
atau bank in :
Akaun Bank Islam: 02048 010013676
RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI
Akaun BSN: 02100 4100000162 2
RUMAH YAKIN AL-WADI
Comments
Post a Comment