Rumah Yakin Al Wadi
Kali ni saya berkesempatan bersua muka dan berbual-bual dengan Ustaz Daud.Bercerita mengenai impian dan harapan beliau untuk melihat masa depan Al Wadi yang lebih berketerampilan dan mencapai matlamat memberi khidmat yang terbaik kepada anak-anak miskin dan anak-anak yatim penghuni Al Wadi.Namun saya gagal juga bertemu dengan anak-anak Al Wadi kerana semuanya bersekolah sesi pagi.Cuma yang ada ialah Adik Ain yang baru balik dari kelas tadikanya dan sibuk menyiapkan homeworknya.

Ustaz Daud : abah kepada semua anak-anak Al Wadi

Kak Aliya : petugas di Bahagian Pentadbiran - sedia menyambut kedatangan anda ke Al-Wadi

http://yakinalwadi.tripod.com Syukurlah kerana mendapat kerjasama cukup baik dan mesra dari Cik Jamilah (Kak Aliya) iaitu petugas di bahagian pentadbiran memberikan input untuk laman web tersebut di atas.
Terima Kasih semuanya.Menu ringkas makan tengahari begitu enak tetapi mengenangkan saya sedang dalam usaha nak kawal berat badan - terpaksalah kontrol skit kuantiti makanan tu!

Comments
Post a Comment