bala nih!







Menung aku bila menatap photo-photo dari negara jiran kita nih.Aku copy paste sebahagian sahaja kat sini untuk sama-sama kita ingat memperingati bahawa hakikatnya ini juga adalah peringatan dari Allah SWT.
Pada masa yang sama umat manusia di Padang,Indonesia juga diberi peringatan dengan bala gempa bumi yang mengorbankan ratusan nyawa.Musibah yang sewajarnya membawa arus perubahan mentaliti kepada mereka-mereka yang mahu berfikir.
Bagaimanakah pula dengan kita di Malaysia ini??? Bala tetap ada melanda kita cuma toleransi terhadap definisi `bala' itu sahaja yang mengikis tanggapan kita terhadap apa yang kita hadapi masa kini adalah `bala' dari Allah SWT.
Sekadar mengutip berita dari media perdana - kisah jenayah dan kaedah pembunuhan yang semakin tragis menjadikan rasa tidak aman untuk berada di mana-mana saja.Nilai nyawa manusia semakin hari semakin murah.Kualiti moral remaja kini semakin merudum sedangkan merekalah pewaris kepimpinan negara suatu hari nanti.
Bukankah bila pemerintah sesuatu negara itu tidak mengamalkan nilai-nilai Islamik dalam pemerintahannya juga merupakan satu bala kepada ummah Islam di negara tersebut!!!
Comments
Post a Comment