bertukar - memohon atau diarahkan ???

Hari ini atau esok teman-teman sejawatan di KKM yang terlibat dgn pertukaran tempat kerja samada yang memohon bertukar atau pun diarahkan bertukar akan melapurkan diri di tempat kerja baru.Dari senarai nama pegawai-pegawai yang terlibat dapatlah dianggap pertukaran kali ini seperti rombakan besar-besaran dalam penempatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29.Ada daerah yang seramai 8 orang ditukarkan keluar serentak.

Pertukaran ke tempat baru selain dari berubah tempat kerja juga akan berubah tempat tinggal.Terpaksa menyewa rumah sedangkan mungkin ditempat kerja sebelum ini telah pun ada rumah yang dibeli dan sedang dipotong gaji setiap bulan untuk bayaran. Pertukaran tempat kerja isteri,pertukaran sekolah anak-anak dan pastinya hampir keseluruhan ruang kehidupan terpaksa di`setting' semula.Berbaloikah dengan bayaran tuntutan elaun perpindahan yang diperolehi nanti itu? (Tuntutan elaun perpindahan pun hanya layak kepada pegawai yang diarahkan bertukar sahaja).Pengalaman aku sendiri semasa diarahkan bertukar dari Daerah Langkawi ke Daerah Kota Setar (pertukaran antara daerah = dalam negeri) apa yang aku dapat secara lump sum masa itu hanya cukup untuk bayaran logistik sahaja (melibatkan pengangkutan laut) sedangkan teman-teman lain yang juga bertukar antara daerah tetapi di tanah besar ini mempunyai baki yang agak lumayan.

Esok atau lusa pegawai-pegawai baru tingkatan kanan (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32) pula akan mula melapurkan diri.Polisi kementerian dimana mewajibkan penyandang baru tingkatan kanan bertukar tempat kerja menjadikan pegawai-pegawai yang berkelayakan berfikir dua tiga kali sebelum memohon.Pertambahan kos hidup ditempat baru tak berbaloi dengan amaun pertambahan gaji yang diperolehi bila berubah dari U29 ke U32 terutama bagi pegawai-pegawai yang telah pun gaji mati @ gaji statik.

Meski pun tergolong dalam senarai pegawai yang layak untuk memohon kenaikan pangkat ke tingkatan kanan,aku memilih untuk tidak memohon.Alasannya aku tidak `mahu' bertukar tempat kerja @ tempat tinggal pada tahun ini.Tahun ini bagi ku tahun yang sibuk untuk aku membuat persiapan fizikal dan mental sebagai persediaan untuk ke Tanah Suci pada bulan Oktober 2010 nanti,Insha Allah.Aku dah `setting' persediaan untuk itu seperti tempat kursus dsbnya dan aku tak mahu disibukkan dengan urusan yang lain seperti di atas.

Ada rezeki tahun-tahun depan boleh mohon lagi kalau tak pun tak apa - aku cuma ada 8 tahun saja lagi di dalam perkhidmatan kerajaan - biarlah aku begini begini sahaja sehingga tarikh bersara - aku puas hati dah dengan nikmat hidup yang dikurniakan Allah SWT sehingga masa kini.Cuma yang tak puas hati ialah aku belum dapat upgrade ibadah ku seimbang dengan usia tua ku.Semoga Allah SWT tetap memberikan aku pertunjuk Nya .... Amin!!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam