Selamat Kembali Ibu Bapa Mertuaku
Ustaz Haji Abdul Kadir juga mempunyai slot beliau sendiri di Radio Malaysia Kedah.Jam 5.30 petang setiap hari Sabtu iaitu `Ekplorasi Haji'
Tamat kursus sekitar jam 10.30 pagi (tamat awal kerana Ustaz nak ke hospital menziarahi isteri beliau)kami sarapan di gerai makan Souq AlBukhary.Seperti biasa aku pekena pulut kuning dengan gulai ayam.Selepas itu ke SMKAK menjemput Fatin dan Farah kerana mereka juga nak sama-sama meraikan kepulangan atuk dan neneknya dari mengerjakan umrah.
Selepas solat jumaat di Masjid Kepala Batas kami bergegas pula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Kepala Batas.Kapal terbang dijadualkan mendarat pada jam 2.55 petang.
Ramai juga sanak saudara yang berada di tempat menungu lapangan terbang tu.Masing-masing tertinjau-tinjau tak sabar nak menatap wajah insan-insan kesayangan mereka.
Hampir jam 3.30 petang setelah selesai urusan bagasi barulah muncul bapa dan ibu mertua ku - syukurlah kerana kedua-duanya sihat sejahtera dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan selesa dan sempurna.Alhamdulillah!
Meriah suasana di rumah mertua petang tu dangan kehadiran anak-anak menantu dan cucunya.Cuma Along dan Angah saja yang tak ada.Tersentuh juga hati ku bila melihat anak-anak saudara yang ada tetapi anak sendiri tak ada 2 orang.Bapa mertua riuh bercerita mengenai keadaan di sana - pasti info untuk aku dan isteri yang akan ke sana pada muim haji yang akan datang ini,Insha Allah!
Emak mertua pula sibuk mengagih-agihkan buah tangan.Aku dapat sehelai jubah warna kelabu dan ketayap putih ..... ada makna tu !!!
Sekitar jam 6.30 petang hujan turun dengan lebatnya (rasanya di Alor Setar pun hujan lebat juga nih).Aku pun dah keletihan.Fatin pula menunggu masa nak berbuka puasa.Aku mengambil keputusan untuk membatalkan perancangan nak mengikuti kuliah bulanan Ustaz Kazim di Masjid AsSolihin,Taman Muhibbah,Alor Setar.Selepas solat maghrib terus bertolak balik.
Comments
Post a Comment