Tahniah,Ummi Faridatul Akmar

Tahniah Kak Long,

Abah amat berbangga dan bersyukur dengan kejayaan cemerlang Kak Long.Setelah memerah tenaga dan minda dengan berbagai dugaan dan cabaran samada di segi akedamik mau pun kehidupan seharian di alam UTHM akhirnya Kak Long berjaya dengan gemilang.

Berjaya menggapai cita-cita peribadi dan berjaya sebagai anak sulung di dalam keluarga memahat teladan agar menjadi inspirasi dan cabaran kepada adik-adik di masa mendatang untuk mengikut jejak langkah yang sama di menara gading.

Abah dan mama juga amat bersyukur kerana dimasa yang begitu dekat Kak Long juga berjaya memasuki alam pekerjaan berbekalkan ijazah yang ada.Doa dan harapan abah dan mama agar Kak Long akan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada adik-adik dan sentiasa berada di landasan keredhaan Allah SWT.


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam