AWAS : Pembeli Besi Buruk


Kisah Benar

Anda pasti pernah didatangi pembeli besi buruk.Berbagai-bagai barangan lama asalkan berasaskan besi akan dibelinya.Anda pun memberi kebenaran untuk mereka mengumpul besi-besi buruk yang ada disekitar rumah anda dan anda akan menjual kepadanya.

Pernahkah anda meneliti alat timbangan yang mereka gunakan itu?.Supaya anda tidak ditipu dan anda mendapat imbalan harga yang sewajarnya dengan berat sebenar besi buruk yang dijual itu.

1. Seorang kenalan menceritakan kepada saya dia pernah menjual pintu keretanya yang lama dan telah tidak digunakan.Sebelah pintu beratnya 25K (dia melihat kedudukan jarum penimbang).Sebelah lagi pintu keretanya diletakkan diatas pintu yang tadi dan jarum penimbang menunjukkan kedudukan 38K.Beliau merasa hairan.Mustahil pintu kereta kiri dan kanan tak sama beratnya.Begitu juga bila tambahan besi buruk yang berikutnya dilonggokkan ke atas penimbang itu,tambahan berat yang ditunjukkan oleh jarum penimbang itu tidak setimpal dengan tambahan berat sebenar.

Bila dia mempertikaikan hal tersebut,pembeli besi buruk itu hanya buat bodoh saja.Setelah beliau meninggikan suara sedikit barulah pembeli besi buruk tersebut bersetuju untuk menimbang satu demi satu barangan tersebut dan mencatat beratnya.Barulah jumlah berat yang diperolehi itu adalah lebih menepati berat sebenar.
 
Rupanya alat penimbang itu telah diubahsuai begitu.

2. Perhatikan dan awasi semasa mereka mengumpul besi-besi buruk disekitar rumah anda kerana mungkin yang tak buruk pun akan diambil juga dan anda tidak menyedarinya.

Kejadian-kejadian yang sebegini pernah berlaku dan seeloknya anda mempunyai sedikit sikap buruk sangka semasa menjual besi buruk ini.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam