🌸 SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1440H 🌸


KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD MENGATASI UMAT LAIN

🌸 Berkata Musa as: "Ya Tuhanku! Engkau telah anugerahkan segala kebaikan untuk Muhammad dan umatnya, maka jadikanlah aku daripada umatnya!" Berfirman Allah Taala, sebagaimana yang tersebut di dalam Al Quran :
"Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau dari antara manusia untuk menyampaikan perutusan Ku dan percakapan Ku, maka terimalah apa yang Aku berikan kepada mu, dan hendaklah engkau menjadi orang - orang yang bersyukur. " (al-A'raf: 144).

🌸 Daripada Ibnu Abbas ra. bahawa Rasulullah saw pernah bertanya kepada para sahabatnya suatu hari:" Apa akan kamu katakan mengenai firman berikut ini:
"Dan tiadalah engkau (Muhammad) di penghujung gunung Thur Sina, ketika kami memanggil (Musa)."(al-Qasas:46).
Mereka lalu menjawab :"Allah dan Rasul nya sajalah yang lebih mengetahui. "Maka bersabda Baginda :

" Apabila Allah Taala berkata - kata dengan Musa as, maka Musa berkata :"Ya Tuhanku! Adakah Engkau telah mencipta seorang makhluk yang lebih mulia di sisiMu daripada ku. Engkau telah memilih ku dari antara banyak manusia, dan Engkau berkata - kata kepada ku di gunung Thur Sina."

🌸 Berfirman Tuhan : "Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Muhammad itu lebih mulia di sisi Ku dari sekalian makhluk Ku, dan sudah Ku teliti semua qalbu hamba-hamba Ku, maka tiadalah Aku dapati suatu qalbu pun yang lebih merendah diri dari qalbu mu. Sebab itulah Aku memilih mu dari antara sekalian manusia untuk engkau menyampaikan perutusan Ku dan percakapan Ku. Maka hendaklah engkau mati dalam keadaan mengesakan Aku(tauhid), dan juga dalam mencintai Muhammad saw. "

🌸 Berkata Musa as:" Ya Tuhanku! Adakah di atas muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia di sisi Mu daripada umat ku. Engkau telah melindunginya dengan awan gemawan. Engkau turunkan dari langit makanan man dan salwa untuk mereka. "
Berfirman Tuhan:" Wahai Musa tidakkah engkau mengetahui bahawasanya, kelebihan umat Muhammad atas sekalian umat yang lain laksanakan kelebihan Ku atas sekalian makhluk Ku. "
Berkata Musa as, " Ya Tuhanku! Berilah aku melihat mereka (umat Muhammad)! "
Berfirman Tuhan :" Engkau tidak akan dapat melihat mereka. "
" Tetapi jika engkau mahu mendengar suara mereka, bolehlah Aku dengarkan. "
Berkata Musa:" Baiklah, aku setuju. "

🌸 Berfirman Allah Taala:" Wahai umat Muhammad!".Maka sekalian umat Muhammad menyahut dengan suatu suara yang keras : "Labbaikallahumma Labbaika!". (Kami menyahut, wahai Tuhan, kami menyahut), padahal ketika itu mereka sekalian masih berada di dalam tulang - tulang sulbi bapa - bapa mereka (masih belum dilahirkan lagi). 

🌸Maka berfirman Allah Taala: "Rahmat Ku dan salam sejahtera Ku atas kamu. Rahmat Ku mendahului kemurkaan Ku, dan keampunan Ku mendahului penyeksaan Ku."

"Ketahuilah bahawa Aku telah mengampuni kamu sekalian sebelum kamu memohon ampun kepada Ku. Aku telah mengabuli kamu sebelum kamu memohon kepada Ku. Aku telah memberi kamu sebelum kamu meminta kepada Ku".

🌸" Lantaran itu, barangsiapa di antara kamu yang menemui Ku sedang dia menyaksikan La ilaha illallah wa anna Muhammadar Rasulullah (tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad pesuruh Allah) nescaya Aku mengampuni segala dosanya. Berkata Rasulullah saw :" Allah swt ingin memberi kurniaNya kepada ku dengan memfirmankan ayat berikut :

"Dan tiadalah engkau (Muhammad) di penghujung gunung Thur Sina, ketika Kami menyeru yakni umat mu,sehingga Musa as dapat mendengar percakapan mereka. "

🌸 Tulisan : Syeikh Arif-billah Abdul Aziz ad-Dirini dalam kitabnya Taharatul-Qulub.

❤️ NABI SAW TIDAK MENGAJAR KITA MENJADI BAIK TETAPI MENGAJAR KITA MENJADI YANG TERBAIK ❤️


sumber : FB Chempaka Putih

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam