BILA BERLAKU KEMATIAN

Assalamualaikum.

Coretan untuk kaum isteri dan juga suami.

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...

1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dan lain-lain.
Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)

Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan. Wang tidak boleh diambil, tanah tak boleh ditukar milik.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan no kad pengenalan anak-anak. Dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta2 yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang telah meninggal akan lebih susah jika hutang dan harta tidak diurus dengan segera”.

Jika kita benar sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bln shj. Kalau lewat, hangusss)

Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. *SOCSO ada pencen bulanan untuk pewaris.

7. Kepada para isteri, belajar mengenai IDDAH dan IHDAD.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. Isteri hanya berhak 1/8 sahaja harta pusaka. Selebihnya milik anak, mak ayah lelaki dan penerima yang lain.

PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan takaful HIBAH untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan hibah boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*.

Wang hibah tidak tertakluk kepada faraid. Waris lain TIDAK BERHAK menuntut wang hibah. Adanya wang hibah, bolehlah isteri selesaikan tuntutan faraid dan menguruskan proses 'mencairkan' harta pusaka suami.

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

Kredit: Solah Hiyah Mohd Idris

-----------------
-----------------
Persoalannya:

1. Buat para suami, apa jaminan orang lain boleh menjaga kebajikan anak isteri anda selepas menerima harta pusaka anda?

2. Buat para isteri, cukupkah anda meneruskan hidup dengan anak² dgn hanya 1/8 sahaja harta tinggalan suami?

Cadangan:

1. Jika masih hidup, hibahkanlah harta² yang ada. Dengan syarat harta itu mutlak milik anda, bukan milik bank.

2. Buat hibah takaful. Letak isteri sebagai penerima wang hibah. Duit hibah sangat membantu isteri yang dalam kesusahan kerana nilai 12.5% sangat sedikit, lagi² selepas ditolak hutang.

Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat. Dipersilakan share.

PEM AG ID120943

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam