Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih. Ada Hukum, Kelebihan & Doa!

SOLAT SUNAT TASBIH YANG RINGKAS
Jika rasa panjang sangat, ini versi pendek dari http://apps.islam.gov.my/ka/questions/view/22769

Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang didalamnya dibaca sebanyak 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bagi solat ini:

1) Sekiranya solat pada siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam
2) Sekiranya solat pada malam hari hendaklah ditunaikan tiap-tiap 2 rakat dengan satu salam.

Cara mengerjakan solat sunat tasbih adalah seperti berikut:

Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakkat / dua rakaat kerana Allah Taala”

Bacaan surah selepas membaca surah Al-fatihah iaitu

i) Pada rakaat pertama surah al-Takathur
ii) Pada rakaat kedua surah Al-Asr
iii) Pada rakaat ketiga surah al-kafirun
iv) pada rakaat keempat surah al-ikhlas

Bacaan tasbihnya ialah ” Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar.

Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah:
a) 15 kali selepas membaca surah
b) 10 kali ketika ruku’ selepas tasbih ruku’
c) 10 kali ketika iktidal
d) 10 kali ketika sujud selepas tasbih sujud

Semoga bermanfaat!

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam