Hai anakku : ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya.Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.Orang-orang yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat,maka dirinya akan sentiasa mendapat penjagaan dari Allah.Orang-orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga. Hai anakku : orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah,maka dia akan tawaduk kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah. Hai anakku : jika ibu bapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya ibu bapa mu itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman. Hai anakku : jauhkan darimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu si...