Posts
Showing posts from May, 2011
Sejarah Solat Jumaat
- Get link
- X
- Other Apps
Rasulullah SAW pertama kali mengerjakan solat jumaat semasa berada di Madinah.Dalam episod perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah,Rasulullah SAW telah singgah di kampung Amr Ibn 'Auf dan menetap di situ dari hari Isnin hingga Khamis.Selama 4 hari itu Rasulullah SAW bersma-sama dengan kaum Muslimin telah membina Masjid Quba. Pada pagi Jumaat Rasulullah SAW pun meneruskan perjalanan menuju kota Madinah.Ketika masuk waktu solat Jumaat Rasulullah SAW telah sampai di kampung Bani Salim Ibn 'Auf.Baginda pun mengerjakan solat Jumaat di situ bersama dengan 40 orang jemaah dan di tapak itu di bina masjid yang dinamakan Masjid Jumaat. bersama isteri dan rakan-rakan jemaah haji 2010 di hadapan Masjid Jumaat Masjid ini hanya dibuka apabila masuk waktu solat sahaja dan akan ditutup selepas selesai solat berjemaah.Jika ingin masuk ke dalam masjid ini,kenalah suaikan masa lawatan supaya berada di sini semasa waktu solat ferdhu.