Posts

Showing posts from May, 2012
Image
bait-bait lirik lagu ini mengundang sayu di hati ku...telatah manusia & kehidupan! co-pilot ku bila perjalanan jauh.Terima kasih isteriku!

Rintihan Seorang Aku Yang Tak Punya Apa-Apa !!!

Kemelut politik di Malaysia kini semakin haru biru dan kacau bilau.Yang belum berkuasa berusaha berbagai cara untuk berkuasa.Yang dah berkuasa pula mengamalkan berbagai kaedah untuk mengekalkan kuasa.Rasionaliti semakin dipinggirkan.Hukum hakam pun semakin berani dipermainkan.Instrumen yang sepatutnya berkecuali pun dah leluasanya dilacurkan. Mujurlah di Malaysia ni masih ada alim ulama yang sejati mendoakan keselamatan dan doa mereka di perkenan Allah swt makanya azab bencana masih terhindar.Dari hari ke sehari kelompok ini semakin mengecil makanya satu demi satu mala petaka menjelma dan telah bersediakah kita untuk menghadapi semua ini dengan doa dan munajat sedangkan sedangkan garisan perbezaan amal perbuatan antara rohani dan jasmani setiap individu kita semakin jelas. Antara 2 amaran Allah swt ini,dimanakah kita ??? ...... sekiranya kamu bersyukur,akan Aku tambahkan nikmat ...... sesungguhnya azab Ku amat pedih cukup-cukuplah dengan kezaliman dan ketidakadilan yang

Pesanan Awal Rejab 1433 - Mengingati Kubur & Kematian

Image
Masuknya waktu solat maghrib malam nanti bermakna bermulalah bulan Rejab bagi tahun 1433 Hijrah.Kemudian akan menyusul bulan Syaaban dan diikuti oleh bulan Ramadhan al-Mubarak.Jom sama-sama kita pahatkan tekad dan fokus uantuk menjadikan bulan Rejab dan Syaaban ini sebagai bulan mempersiapkan diri untuk menyambut Ramdhan dan meraih semaksima mungkin segala `tawaran istimewa dan hebat' dari Allah swt ketika itu. Berikut ini adalah sedutan dari teks khutbah yang disediakan oleh JAKIM dan disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel. Antara syarat kemenangan dan kejayaan kehidupan seseorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari nahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur.Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini.Jika pun kita mengingati kematian,itu pun hanya dilakukan sambil lewa. mengapa berlaku begini? Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan ha

Gambar Palsu Makam Nabi SAW

Image
Artikel ini - aku copy paste dari blog Islam Is Peace untuk sama-sama kita renung fikir-fikirkan. PENDEDAHAN : GAMBAR PALSU MAKAM NABI Sila lihat gambar di bawah. Gambar ini dikatakan sebagai gambar makam Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam dari bahagian dalam. Di bahagian bawah gambar tertulis kononnya umat Islam tidak pernah berpeluang untuk melihat pemandangan ini kecuali bilangan yg sangat sedikit. Bahkan disarankan pula untuk mengedarkan gambar ini kepada orang lain. Klik untuk lihat lebih jelas. Sila lihat pula gambar ini. Gambar ini ialah gambar makam Maulana Jalaluddin Ar-Rumi yg terletak di Konya, Turki Baiklah, sekarang sila lihat pula gambar di bawah. Sila lihat bahagian yg dibulatkan dan juga persekitarannya. Serban, khat yg terdapat pada dinding, tiang dan tingkapnya. Bukankah ia tempat yg sama? Klik untuk lihat lebih jelas. Saya temui maklumat ini ketika merayau-rayau mencari gambar barang-barang peninggalan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Lal

Mayat Di Atas Kubah Masjid Nabi

Image
SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu. Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi: Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut! Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan! Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana

Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

Image
1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “ 2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “ 3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “ semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah. Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w.. Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Ra

Nilai SATU dinar…

Image
Satu HADIS dan peringatan yang sangat baik dari Rasulullah SAW kepada kita semua yang ada sifat sedikit kedekut dan berkira JIKA dengan keluarga sendiri. Segala perbelanjaan untuk KELUARGA juga termasuk sedeqah. Allah akan kira sebagai pahala. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu” -Riwayat Muslim sumber : http://almakki.com.my/?p=1675

Andai begini .... iman kita dalam bahaya !!!

01 - Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al-Quran atau Jihad adalah melalui bahan bacaan, CNN atau hanya di kaca TV. 02 - Bila semua perbualan anda dengan kawan-kawan hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/wanita anda atau filem, atau lelaki/wanita dalam filem sahaja atau banyak tentang artis dan juga perbualan-perbualan hal ehwal dunia yang tidak menguntungkan. 03 - Anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/kelab malam/pusat membeli-belah pada bulan Ramadhan dari berada di masjid. 04 - Anda mempunyai masa untuk menonton tiga filem seminggu, tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya. 05 - Terjemahan Al-Quran anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas. 06 - Anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda. 07 - Anda tidak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam tentang sesuatu yang anda tidak faham tentang Islam.

Sibuk Mencari Keredhaan Manusia

Satu pernyataan yang rasanya tepat untuk aku ketika ini dan selama ini.Sibuk dengan urusan kerja semata-mata kerana tidak mahu dianggap negatif oleh pegawai atasan sehinggakan adakalanya aku tergelincir hingga ke akhir waktu solat. Sewaktu malam sewajarnya di usia lewat 50 tahun ini aku menggunakan masa untuk membaca hal-hal akhirat tetapi telah aku gunakan untuk menghabiskan kerja-kerja pejabat yang tertangguh tak dapat diselesaikan siang tadi. Sedangkan semua itu adalah semata-mata urusan dunia dan aku gagal mengadakan sempadan masa untuk memisahkan antara yang dunia dan akhirat.Seperti mana kata Saiyid Abdullah Alwi Al-Haddad di dalam bukunya Risalatul Mu'awanah - ada ketikanya kita merasa sibuk sangat menyelesaikan sesuatu urusan sedangkan yang sebenarnya kita sedang dipermain-mainkan oleh dunia. Itulah aku dan kehidupan pekerjaan ku seharian sedangkan aku lupa kalimah peringatan`carilah keredhaan Allah swt walau pun ianya akan mengundang kemarahan manusia na

Aduhai .... meruginya !

Tahu dan sedarkah anda hakikat bahawa jika kita membaca Kitab Suci AlQuran tapi kita tak faham,tak tahu makna apa yang kita baca itu,kita akan tetap beroleh pahala iaitu pahala membaca.Tetapi jika kita berdoa dan berzikir walau pun doa dan zikir itu adalah warisan amalan Rasulullah SAW - kita tak akan beroleh apa-apa pahala jika kita tak memahami makna apa yang kita doakan,zikirkan itu. Bayangkan selama ini kita bersolat - selain bacaan ayat suci di dalam solat juga terdapat bacaan doa-doa dan kita membaca,melafazkannya tanpa kita tahu maknanya - alangkah ruginya kerana kita tak beroleh apa-apa pahala walau pun solat kita itu sah. Bayangkan pula selepas solat kita berzikir,berwirid dan berdoa - tetapi kita tak beroleh apa-apa pun kerana kita tahu makna dan faham apa yang keluar dari bibir kita itu.Selama ini hanya kosong sahaja - aduhai rugi nya ...... Makanya mulai saat ini jom kita cari buku-buku (contohnya seperti di atas) - dan kita telaah sedikit demi sedikit,fahamkan maknan

Alhamdulillah,syukur!

Image
Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat Nya siang tadi majlis pertunangan Kak Long berjalan lancar.Risau juga pada mulanya kerana kelmarin boleh dikatakan sepanjang hari cuaca mendung dan hujan turun lebat.Pasti sukar juga nak mengendalikan majlis dalam suasana sebegitu.Sebaliknya siang hari tadi `the weather is clear! Salam bersahut.Kata bersambut.Janji diikat bersama muafakat.Semoga yang dirancang diperkenankan Allah swt dan perlaksanannya kelak diizinkan Nya dengan penuh keberkatan, Amin! Selesai majlis pertunangan,diadakan jamuan makan tengahari secara ringkas untuk meraikan tetamu (bakal ahli keluarga) yang datang dari jauh (Pekan,Pahang) Tarikh 5 May 2012 ini juga bererti aku telah memasuki fasa baru dalam takah kehidupan ku.Telah bersediakah aku untuk bergelar `bapa mertua'  selaras dengan bekalan ilmu dan iman yang ada...??? Sesungguhnya arus kehidupan akan mengalir terus,andai yang ada cuma kolek kecil maka hebatlah di landa ombak,andai

Selamat Bertunang Kak Long

Image
Rombongan dari Pekan,Pahang sampai dah! Sireh junjong pembuka bicara.Lamaran diterima . Sanak saudara meriah menjamu selera bakal besan Doa bersama - semoga anak-anak berbahagia! Semoga selamat perjalanan pulang