Posts

Showing posts from February, 2010

Program Mai Imarah Masjid 2010

Image
Bermula hari Jumaat 26 Februari,2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431 sempena memperingati tarikh keramat kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW,Masjid Sultanah Bahiyah Jalan Sultanah Alor Setar telah menganjurkan Program Mai Imarah Masjid (MIM) sehingga hari Selasa 2 Mac,2010 di perkarangan masjid tersebut. Berbagai-bagai program menarik telah disusun atur untuk menggamit ummah datang mengimarahkan masjid selari dengan motto : Masjid Jantung Hati Ummah. Sekitar jam 7.00 petang tadi aku,isteri dan anak-anak (kecuali Along & Angah) telah berada di perkarangan masjid meninjau-ninjau gerai-gerai jualan yang ada di sekitar bangunan masjid.Sememangnya aku tak berhasrat nak membeli apa-apa makanan kerana tak mahu ada `gangguan dalam perut' semasa solat nanti. Selepas solat maghrib di adakan Kuliah Maghrib dengan tajuk `Betulkah Solat Kita' yang disampaikan oleh Dato Syeikh Abdul Hamid Tahir (bekas Pengetua Sekolah Menengah Agama Kedah - 2 orang putri ku kini adalah pelajar Sekolah

Salam Maulidur Rasul 1430

Image
Rumah Rasulullah SAW di Mekah. Selama 28 tahun Baginda tinggal di sini Tempat sujud Rasulullah SAW.Sehingga kini tempat ini berbau harum ********************************* Maulid Nabi merupakan sebuah “Rumah Kelahiran” kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas’a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah” Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam

Hospital Daerah Pendang ???

Image
Antara kandungan menarik dan mendebarkan dalam akhbar harian tersebut ialah perihal tapak cadangan Hospital Daerah Pendang.Dah baca Harian Sinar 10 Februari,2010??? klik untuk imej yang lebih besar Menariknya kerana Pendanglah satu-satunya daerah di dalam Negeri Kedah Darul Aman ini yang masih belum mempunyai kemudahan hospital.... Mendebarkan kerana kehadiran makhluk spisis `harimau akar ' (Panthera pardus) di kawasan ini yang sekali sekala keluar mencari makanan di tong sampah awam Taman Melor dan Taman Seroja yang letaknya berhampiran kawasan tapak hospital tersebut. Selain dari keselamatan penduduk-penduduk kampung dan taman perumahan yang berhampiran,pelajar-pelajar sekolah yang cerah-cerah tanah dah melalui jalan di pinggir kawasan ini untuk ke sekolah juga terancam keselamatannya. Bertindaklah segera untuk kebajikan semua,1 Malaysia.Jangan dah terantuk baru nak tengadah! Ini contoh harimau akar tu.....jenis ni la yang ada kat situ tu
Image
KURSUS HAJI BERSIRI DAERAH PENDANG 2010 ANJURAN LEMBAGA TABUNG HAJI Setiap Jumaat 19.02.2010 - 11.06.2010 Jam 9.00 - 11.00 pagi Masjid Sultanah Bahiyyah,Jalan Sultanah,Alor Setar Penceramah : Ustaz Haji Abdul Kadir Haji Yahya ************************************** Setiap Sabtu 20.02.2010 - 12.06.2010 Jam 9.00 - 11.00 pagi di Masjid Sultanah Haminah,Pendang Penceramah : Ustaz Haji Abdul Razak bin Haji Saad

Professor Di raja Ungku Aziz bila ditanya tentang minda orang Melayu

Image
Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar. Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua memb

ahlan wasahlan ya rabiul awal 1431

Image
RABIULAWAL Pengertian Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah; 1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiu

kenapa yahudi pintar.

Artikel ini aku copy paste untuk sama-sama kita renungi dan supaya diteladani segala apa yang positif demi untuk kemaslahatan ummah.Paling menarik bagi aku masa membacanya ialah isu yang berkaitan dengan ROKOK. Seorang penceramah pernah berkata .... setiap kali lepas solat kita berdoa minta dijauhkan dari api neraka tetapi sesudah solat api rokok itu semakin hampir dengan bibir kita.Api rokok dan api neraka tetap `api' juga lalu persoalannya dimanakah sensitiviti kita - ikhlas @ jujurkah doa kita itu ??? Jom kita mulakan membaca artikel ini - pastu tepuk dada tanya iman.Yang kuat merokok tu jangan tepuk dada kuat-kuat sangat satgi patah plak tulang rangka kat dada tu.... ....................................................... Artikel DR Stephen Carr Leon patut menjadi renungan bersama. Stephen menulis dari pengamatan langsung. Setelah berada tiga tahun di Israel karena menjalani housemanship di beberapa rumah sakit disana. Dirinya melihat ada beberapa hal yang menarik yang dapat di

bengkel berjalan lancar ... aku happy sangat!

Image

ke AlWadi lagi (ii)

Image
Pandangan depan Rumah Anak Yatim/Miskin AlWadi Ubahsuai bangunan satu tingkat menjadi dua tingkat.Disinilah akan dijadikan pejabat pentadbiran,kelas tahfiz dan perpustakaan Bangunan yang menempatkan dewan makan yang belum siap sepenuhnya Surau juga masih banyak keperluan yang perlu diadakan di sini sesuai dengan fungsinya sebagai rumah ibadah Di sinilah akan dibina 2 blok bangunan asrama untuk anak-anak lelaki dan perempuan mengantikan tempat tinggal sediada yang banyak kekurangan kemudahan dan keselesaan. Inilah bangunan sediada untuk anak-anak perempuan. Nota : Konsep kerja-kerja pembinaan di sini - Ada duit buat,tak ada duit berhenti sekejap. Maksudnya dana untuk kerja-kerja pembinaan ini bukanlah telah ada sepenuhnya.Semuanya bergantung kepada sumbangan yang berterusan dari orang ramai yang ingin `membina kehidupan selesa' di akhirat nanti. Bayangkan suatu ketika nanti di sini tersergam sebuah maktab tahfiz dan sebuah institusi anak-anak yatim/miskin yang selesa dihuni - dan
Image

ke AlWadi lagi (i)

Image
Aku lalui masa petang ini bersama dengan anak-anak AlWadi.Kali Ini adalah yang ketiga aku kesana.Tetapi dua kali yang sebelumnya aku gagal untuk bersua muka dengan mereka kerana pada sebelah pagi masing-masing ada program yang disediakan oleh Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin AlWadi. Jadinya pada kali ini aku merancang untuk ke sana pada sebelah petang pula.Selepas selesai menunaikan solat zohor,aku,isteri dan Farhaan pun bertolak ke sana.Singgah makan tengahari di kedai makan rakan sekolah ku di Bukit Murai.Cuaca petang redup dan aku memandu santai-santai saja.lebihkurang jam 4.00 petang sampailah di sana. Hasrat ku tercapai.Bersemuka dengan anak-anak AlWadi.Sebak rasa dihati bila seorang demi seorang datang bersalaman dengan ku.Yang membezakan antara mereka-mereka ini dengan Farhaan hanyalah kerana aku masih bernafas.Andai suatu ketika nanti jantung ini tidak berdegup lagi,Farhaan dan lain-lain anakku akan sama seperti mereka.Namun AlWadi bertuah mempunyai kehidupan yang teratur dan tera

2 hari yang sibuk

Image
Betul-betul sibuk.Itulah dapat aku kategorikan kemarin dan hari ni dalam kehidupan ku.Bermula dengan satu panggilan talipon dari Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah yang memaklumkan 2 orang pegawai akan datang untuk memasang talian networking sementara di bilik seminar pejabat untuk kursus online anjuran Bahagian Kejuruteraan Kesihatan pada 3 & 4 Februari, 2010.Sebagai Penyelaras IT pejabat,aku diminta untuk turut berada dilokasi semasa pemasangan tersebut dilakukan. Terbetik difikiran ku untuk mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan bengkel online mengenai MOH-CUBE iaitu perisian rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.Setelah berbincang dengan ketua jabatan dan juga Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di pejabat pengarah - kelulusan diberi untuk mengadakan bengkel tersebut pada hari Isnin 8 Februari,2010. Persiapan perlu dimulakan segera.Mencari peserta yang releven dan + mampu membawa laptop sendiri bukanlah suatu yang dapat dilakukan dengan mudah.Jabatan tidak mampu unt
Image
akukah ini ??? @ 2020 nasib bangsa ku di tanah air sendiri ??? @ 2020

Diari Akhir Zaman - Munculnya Dajjal

Masa Apa itu masa ? Mulanya masa apabila Allah menjadikan alam semesta yang asalnya satu.Tamatnya masa apabila berlakunya Kiamat Kubra : pemusnahan alam semesta dan seisi makhluk. Masa di dalam lipatan ilmu Allah sejak dari bermulanya masa. Jika dahulunya Jumaat, dimasa yang sama sekarang tetap hari Jumaat. Tiada manusia yang mampu mengubah masa kerana ia haq Allah. Takrif Masa Dengan mengumpamakan kejadian manusia untuk kefahaman Terjemahan Mula Masa terjadinya alam semesta Peringkat Kandungan terciptanya malaikat dan jin dan kehidupan di bumi. Peringkat Bayi Adam dan Hawa diciptakan – permulaan manusia Peringkat Kanak2 Kejadian Banjir Nabi Nuh a.s Peringkat Muda Era Kenabian Nabi Ibrahim Ketika Matang (40an) Era Kenabian Nabi Musa Waktu Tua Era Kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan turunnya Nabi Isa Mati Kiamat Kubra Masa tua dinyatakan sebagai akhir zaman atau di akhir umur masa. Tamatnya masa adalah Kiamat Kubra atau Hari Kiamat Peristiwa Period Akhir Zaman Mengikut Turutan 1. Nabi Muha

alam mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan Nya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.. 4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia u

subhanallah!!!

Image
Perjalanan panjang sperma menuju sel telur Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur Pembuahan Dinding rahim yang baru siap dibuahi Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala Sudah mulai berbentuk Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup