Posts

Showing posts from January, 2013

AWAS : Pembeli Besi Buruk

Image
Kisah Benar Anda pasti pernah didatangi pembeli besi buruk.Berbagai-bagai barangan lama asalkan berasaskan besi akan dibelinya.Anda pun memberi kebenaran untuk mereka mengumpul besi-besi buruk yang ada disekitar rumah anda dan anda akan menjual kepadanya. Pernahkah anda meneliti alat timbangan yang mereka gunakan itu?.Supaya anda tidak ditipu dan anda mendapat imbalan harga yang sewajarnya dengan berat sebenar besi buruk yang dijual itu. 1. Seorang kenalan menceritakan kepada saya dia pernah menjual pintu keretanya yang lama dan telah tidak digunakan.Sebelah pintu beratnya 25K (dia melihat kedudukan jarum penimbang).Sebelah lagi pintu keretanya diletakkan diatas pintu yang tadi dan jarum penimbang menunjukkan kedudukan 38K.Beliau merasa hairan.Mustahil pintu kereta kiri dan kanan tak sama beratnya. Begitu juga bila tambahan besi buruk yang berikutnya dilonggokkan ke atas penimbang itu,tambahan berat yang ditunjukkan oleh jarum penimbang itu tidak setimpal dengan tambahan berat seb

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung

Image
Isu sebenar yg berlaku di Syiria. Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana.. Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad: 1)Beliau mengatakan keadaan di Syria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dengan kejam.. Banding dengan Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu orang pada tempoh 60 tahun.. Tapi di Syria.. 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kan.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian.. 2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syria itu yang istimewa.. di mana bumi Syria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa a.s. akan turun nanti, Syam Syria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran. 3)

Syeikh Muhammad Ali As-Shobuni

Image
Syeikh Muhammad 'Ali As-Shobuni ialah Ketua Ulama di Syria, Pakar Tafsir Al-Quran, antara 10 Ulama terhebat yang masih hidup di kalangan kita sekarang. Berkata beliau sambil memuji Ustaz Azhar Idrus, "Saya yakin apa yang keluar dari mulut Ustaz Azhar Idrus adalah dari hati dan luahan diri dia sendiri. Dan daripada hati akan sampai juga ke hati-hati para pendengar." "Walaupun dia lebih muda diba nding saya, saya anggap dia sebagai guruku. Saya juga panggil dia "Syeikh". Allahu Robbi. Tawadhuknye sikap para ulamak. Syeikh Muhammad Ali As-Shobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Shobuni, yang digunakan ramai umat Islam di seluruh dunia. Dan UAI membuat pengakuan yang beliau juga ada guna kitab2 karangan Syeikh. Maka UAI berkata, Syeikh juga adalah salah seorang Gurunya juga. Tapi Syeikh dengan rendah diri dan tawaduk berkata yg dia juga adalah anak murib UAI. Tok Guru Nik Aziz mencium tangan menyantuni ul

Bank Islam oh Bank Islam

Image
Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung Harakahdaily,15 Jan 2013 KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara. Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam. Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau. Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan. Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya. Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung

STARTING MY NEW ME @ 01.01.2013

Image