Posts

Showing posts from February, 2013

Selamat Ulang Tahun Ke 25 Kelahiran,Kak Long

Image
Ya Allah Ya Tuhanku, telah 25 tahun Kau takdirkan aku bergelar seorang abah semoga aku mampu untuk memikul amanah dari Mu itu dengan ikhlas dan bertanggungjawab menepati syariat Mu, Amin!

Selamat Pengantin Baru Aizat - Ummi

Image

my house 85% siap ... my home ??%

Image
Syukurlah 85% projek renovate / ubahsuai rumah siap 85% menjelang tarikh majlis walimatul urus Along.Bakinya 15% akan diteruskan selepas ni.Namun menguruskan perlaksanaan ubahsuai rumah dan persiapan kenduri kendara serta sambutannya berdepan dengan kerenah tukang rumah dan saudara mara membuatkan aku semakin masak menelan hakikat bahawa sanya `semakin besar kita menggantung harapan kepada orang lain,semakin besarlah kemungkinan untuk kita dikecewakan'  

02.02.2013 Walimatul urus Ummi - Aizat

Image
Abah Pengantin : melalui ruangan ini saya merakamkan rasa syukur ke hadrat Illahi,terima kasih kepada semua hadirin & hadirat kerana sudi hadir memeriahkan majlis.Pohon maaf seandainya jika ada yang terkurang keraian @ terkhilaf bicara semasa majlis berlangsung.

01.02.2013 @ 10.50 am - Akad Nikah Along

Image
Masjid Pekan Pendang,Rumah Allah yang menjadi saksi akad nikah Along saksi sedang mendengar pengakuan persetujuan nikah pengantin perempuan   Tuan Imam (tak kelihatan dalam gambar)sedang memberi nasihat alam rumahtangga kepada pengantin lelaki   sebagai wali,aku sedang menikahkan pengantin   Alhamdulillah,selamat!   pengantin sedang membaca nota taklid   pengantin bersama Pak Njang Abdul Razak,Tuan Imam Masjid Pekan Pendang

Aku Jadi Wali

WALI bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada waris lelaki terdekat kepada pengantin perempuan. Wali menjadi salah satu rukun dalam perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Daripada Abi Musa, Rasulullah bersabda: Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali.” (Hadis riwayat al-Khamsah dan an-Nasa’i) Para Ahli Fiqih telah menetapkan beberapa syarat menjadi wali nikah untuk perempuan. ada beberapa syarat yang telah disepakati oleh Fuqoha' dan sebagian masih diperselisihkan. Adapun 4 syarat yang disepakati adalah sebagai berikut : 1. Laki-laki Maka tidaklah sah jika perempuan menikahkan perempuan yang lain. karena Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- bersabda : لا تزوج المرأة ُ المرأةَ ، ولا تزوج المرأة نفسها ، فإن الزانية هي التي تزوج نفسها Artinya : "Tidaklah seorang perempuan menikahkan perempuan yang lain, dan tidaklah perempuan menikahkan dirinya sendiri. sesungguhnya wanita pezina adalah yang menikahkan dirinya send