Posts

Showing posts from November, 2012

Kehancuran Israel Laknatullah Petanda Kiamat Semakin Hampir

Image
Dunia Islam saat ini tengah berduka, zionis Israel dengan membabi buta lagi-lagi melakukan aksi kekejamannya terhadap warga Palestina. Zionis itu sama sekali tak peduli jeritan, ratapan juga raungan dari mereka yang tertindas. Wanita hamil dan anak-anak ikut menjadi korban, bahkan menjadi target utama dalam aksi brutal mereka, anak-anak yang harusnya berbah... agia menikmati usia kanak-kanaknya, dihadapkan pada kenyataan serbuan roket dan rudal dari Bangsa biadab itu… Akankah Israel berhenti menyiksa saudara kita disana??? Berapa banyak lagi korban yang melayang dan terluka dari serbuan rudal-rudal penghancur syuhada??? Allah Ta’ala berfirman: “Dan telah Kami tetapkan bagi Israil dalam al-Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. (QS. Al-Isra: 4) Ayat diatas cukup jelas bagi kita, kekejaman zionis Israel terhadap warga Palestina adalah bukti nyata dari ayat diatas, kebrutalan da

Bubur Assyura - Jangan Fitnah Nabi Nuh as.

Image
Menjadi tradisi masyarakat kita pada sekitar tarikh 10 Muharram tahun hijrah akan mengadakan majlis gotong royong memasak bubur assyura.Sememangnya aktiviti sebegini amatlah baik dalam usaha memupuk semangat ukhuwah sesama jiran tetangga.   Masing-masing menyumbang bahan-bahan yang berbagai-bagai mengikut resepi yang tersendiri bubur assyura ini dan hasilnya nanti setelah masak diagih sesama sendiri atau pun dihidang makan beramai-ramai.   Seiring dengan aktiviti ini akan ada cerita hikayat kononnya bubur assyura ini ada sangkut pautnya dengan peristiwa Nabi Nuh as. setelah bahtera Baginda mendarat (apabila banjir besar surut).Untuk memasak makanan bagi semua penghuni bahtera yang kelaparan itu,Nabi Nuh as mengarahkan supaya apa saja benda yang boleh dimakan dibawa kepada Baginda dikumpulkan untuk dimasak dan dimakan beramai-ramai.Sebab itulah bahan-bahan yang terdapat dalam bubur assyura itu berbagai-bagai.   Tahukah kita semua bahawa cerita hikayat ini adalah fitnah kita kepada Nabi

Kembara Seorang Hamba Dato' Shahnon Ahmad

Image
KEMBARA SEORANG HAMBA - DATO' SHAHNON AHMAD KARYA BESTARI SDN.BHD. (2010) - RM15.00 Sementera menunggu isteri selesai tugasannya membelek,memilih dan kain-kain yang menarik hatinya untuk dijual,aku bersama sibongsu Mohammad Nabil Farhaan meredah hujan gerimis dari satu kedai buku ke kedai buku yang lain juga untuk membelek dan meninjau kalau-kalau ada buku-buku baru yang wajar untuk dibeli dan dibaca. Sedang aku membelek isi kandungan sebuah buku di Pustaka Mukmin Jalan Tunku Abdul Rahman,aku terdengar perbualan seorang wanita (agak ku dalam lingkungan umur 60an) dengan saudaranya melalui henpon.Tadinya wanita ini meminta pekerja kedai buku tu mengambil Kitab Tafsir Ibnu Abbas.Harganya RM250 per jilid.Ditolak harga potongan 10% dapatlah RM225 Apa yang menarik hatiku ialah kata-katanya "Aku ni kalau ikutkan harga tu 250 tu no hal ler - kalau dengan duit banyak tu aku beli baju pun dapat lah dalam 2 helai tapi berapa hari sangat nak pakai - yang ni dapat pakai sampai mati tau

AWAS : Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah berselawat ke atas penghulu kami s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Allah, barang siapa yang aku ketahui dari apa yang Engkau larangi (melakukannya tetapi aku telah melakukan) dan aku belum lagi bertaubat darinya dan Engkau pula tidak meredhainya dan Engkau tidak melupainya. Dan aku telah melakukan di dalam keadaan dimana Engkau berupaya menghukumku (tetapi) Engkau mengilhamkan dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-doasa itu semuanya. Maka sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku dengan taubat di mana aku mengetahui engkau meredhainya dan Engkau menjanjikan akan pahala di atas perbuatan taubat itu. Dan aku meminta kepadaMu ya Allah , yang Maha Pemurah, Maha Agung dan Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan k

Bila tak sihat .... macam-macam teringat!

Perjalanan dari Pendang ke KL seterusnya menginap di sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman kerana isteri tersayang nak shopping - entah kenapa kesihatan ku terganggu.Mungkin faktur usia yang semakin menghampiri penghujungnya ini. Ketika sebegini,bila tak sihat .... macam-macam teringat.Teringatkan rakan kenalan yang sama-sama di bangku sekolah,Sekolah Kebangsaan Pendang,Sekolah Menengah Pendang,Sekolah Menengah Dato' Syed Omar dan Sekolah Menengah Jitra yang telah pun bergelar arwah.Terkenangkan rakan-rakan yang sama selatihan di Institut Kesihatan Umum,Jalan Bangsar,Kuala Lumpur yang telah pergi dahulu menyahut seruan Ilahi seorang rakan dari Kuala Selangor malah tak sempat pun merasa gaji pertama bekerja) Innalillahhi wainna ialaihirajiun.Sesungguhnya kita ini milik Allah swt,darinya kita datang dan kepadanya kita akan kembali. Akhir hidup mereka itu telah pun terjadi.Akhir hidup ku kini yang masih belum pasti antara husnul khatimah atau soul khatimah (semoga dijauhkan Allah