Posts

Showing posts from October, 2009

kepala pari badan yu ... Subhanallah !!!

Image
Sumber : Muka 2 Harian Metro 31 Oktober,2009

nostalgia ketuanan melayu

Image

muhammad taha al-junayd

cd cetak rompak bacaan Al Quran ???

Image
Pagi tadi aku ke Pekan Nat Kilang Kecil.Tujuan utama ialah nak window shopping jerr.Isteri dan anak-anak dah ditugaskan untuk beli apa-apa yang patut untuk dimasak makan hari ni. Bersama ku ialah sibongsu,Muhammad Nabil Farhaan.Selepas membeli apam balik sebagai makanan jajannya,aku pun merayau-rayau disekitar pekan nat tersebut.Tersentuh hanti mendengar kelunakan suara membaca Ayat-Ayat Suci AL-Quran menarik aku untuk singgah di sebuah gerai yang menjual buku-buku dan cd ugama. Selepas bertanya mengenai cd yang sedang dipasangsiarnya itu,aku ditunjukkan sekeping cd bacaan Al-Quran oleh Qari Kecil Muhammad Taha Al-Junayd.Cuma RM5.00 saja sekeping. Sambil menunggu isteri dan anak-anak yang masih belum selesai shoppingnya,aku memasang cd tersebut - menikmati kelunakan suara si pembaca sambil membelek-belek cover cd tersebut. Terbetik persoalan di hati kecil ku - apakah hukumnya menjual cd cetak rompak bacan ayat-ayat sucii Al-Quran sebegitu.Perniagaan adalah bidang atau sumber ekonomi a

catatan di jalan tunku abdul rahman 2

Image
Jalan-jalan bersama Nikon Coolpix merakamkan slot-slot alam Bandaraya Kuala Lumpur yang menarik.Korang agak kat mana aku ambik pic2 ni semua ??? Melangkah masuk ke Mydin,orang ramai betul walau pun baru sekitar jam 10.00 pagi Ahad.Tak ada rancangan nak beli apa-apa, sekadar nak window shopping jerr.Time nak melangkah naik escalator,terasa bahu ku di cuit seseorang.Terkejut laa juga aku - rupanya pekerja Myden tu (macam Bangla jerr)ngan karung plastik kat tangannya terus menyarung membungkus kamera yang aku sandang tu."No picture aaaa" katanya. Aku senyum jerr.Tak dak pekdah nyerr aku nak ambik gambar kat dalam tu.Kalau nak ambik pun masih ada peluang lagi - dalam poket ada henpon yang ada kemudahan kamera.Aku rasa 90% orang lain kat dalam Mydin tu ada henpon berkamera so larangan tak bagi ambik gambar tu dah tak sesuai lagi. Kat bahagian peralatan jemaah haji aku tengok orang ramai - rupanya Mydin buat offer untuk barangan keperluan jemaah.Sambil sembang-sembang ngan beberapa

catatan di jalan tunku abdul rahman 1

Image
Sekitar jam 10.30 malam 23.10.2009 bermulalah perjalanan ku ngan isteri dan si bungsu Farhaan ke Kuala Lumpur.Isteri dengan urusannya kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu sementara aku lebih kepada nak bercuti - nak rehatkan minda dan menjamu mata ngan pemandangan alam sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seperti biasa dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan oleh Farhaan,diaminkan dek aku dan isteri,Innova hitam tu pun bergerak laaa.Berhenti tidur kat R&R Bukit Merah dan R&R Tapah.Keluar ke Bandar Tanjung Malim untuk sarapan pagi. Kali pertama aku sampai dan meronda-ronda kat Bandar Tanjung Malim tu - tak sangka betul yang bandar tu kecil jerr dan macam tersisih dari pembangunan masakini sedangkan kalau diambil kira dengan sejarah dan lagenda MPSI yang kini UPSI tak sewajarnya status bandar Tanjong Malim ditahap itu. Seperti biasa,port kami sekarang ni kalau ke KL ialah menginap di hotel ni.Pic ni aku ambil pagi ahad sebab tu sunyi jerr.Syok nyerr kat hotel ni ialah Penyambut Tetam

Nikon Coolpix P90 : hasil lebih jelas

Image
P90 membolehkan rakaman video dibuat manakala skrin LCD sudut berbilang memudahkan gambar dirakam pada saat-saat mencabar. P90 hadir dengan pemproses imej Expeed yang memastikan kualiti imej adalah jelas dan terserlah warnanya NIKON Coolpix P90 ini hadir dengan zoom optikal 24 kali ganda, yang mampu merakam imej pada jarak sedekat satu sentimeter. Menawarkan ciri-ciri seperti kebanyakan kamera Nikon, P90 hadir dengan resolusi 12.1 mega piksel. Resolusi yang tinggi ini menjanjikan rakaman gambar terperinci dengan potongan yang kreatif. Antara ciri-ciri yang ditawarkan termasuk mega piksel, empat teknologi antikabur, pilihan pemandangan secara auto dan face priority AF yang mampu membuat pengecaman sehingga 12 wajah. Ciri terbaru lain termasuklah mod senyuman, blink warning, quick retouch dan d-Lighting. Selain itu, P90 juga membolehkan rakaman video dibuat manakala skrin LCD sudut berbilang seluas tiga inci itu pula memudahkan gambar dirakam pada saat-saat mencabar. Tidak terkecuali a

my awaiting letter @ 2010

Image
Hari ni penerbangan yg pertama tetamu-tetamu Allah ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah.Tak sabar rasanya untuk menanti giliran ku pula di musim haji tahun depan. Semoga nama ku dan isteri akan tersenarai sebagai tetamu Mu.Aku mohon dan aku berdoa!Sesungguhnya aku hanya mampu berusaha untuk ke sana,namun takdir Mu mengatasi segala tadbir ku

alahaiii ... tension nyerr di mahkamah

Seawal jam 8.30 pagi aku sudah pun bergerak keluar dari pejabat ke Mahkamah Majistret Alor Setar kerana mengadiri perbicaraan kes saman jabatan.Sebagai Pegawai Penyiasat kes aku tidak dapat mengelakkan diri dari dipaggil sebagai saksi bicara. jam demi jam menunggu di bilik saksi dan kes tidak dipanggil juga.Letih lesunya mental bila `terikat' dengan satu tugasan yang tak ketentuan begini.Menunggu dan terus menunggu membuang masa dan akhirnya di maklumkan bahawa kes cuma akan disebut pada jam 2.30 petang nanti. Aduhai tersiksanya jiwa.Inilah part yang cukup menjemukan dalam bidang tugas ku.Tak mampu untuk melatih mental ini supaya tidak stress kerana alah bisa tegal biasa.Badan rasa letih lesu walau pun hanya `duduk-duduk saja' tak buat kerja apa pun! Hanya sekitar 30 minit sahaja aku berada di kandang saksi. Disoalsiasat oleh prosiding mahkamah sedangkan separuh hari telah masa terbuang begitu saja menanti menunggu kes disebut.Bilik saksi bukanlah suatu tempat yang `nyaman'

what do you think ???

Image
Ayat Al Quran pada bayi 9 bulan MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan. Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah. Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul,

hari keluarga smk syed ibrahim

Image
Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim,Padang Pusing,Pendang di Dusun Minda Resort,Kuala Nerang.Sambutan tahunan pada tahun ini hanya dapat dihadiri oleh aku,isteri,Farah dan Farhaan saja.Cuma itu saja yang ada kat rumah time tu. Sambutan dari warga SMKSI amat memberansangkan.Juadah jamuan juga menyelerakan. Ketika anak-anak sibuk melayan rasa di kolam mandi dan ibu bapa yang mengawas anak-anak sedang mandi manda sibuk melayan isu-isu semasa untuk dibualkan,aku lebih banyak menghabiskan masa menapak ke sana-sini di kawasan DMR itu menikmati keindahan fauna dan flora.Indahnya alam ciptaan Mu,Ya Rabbi! Inilah antara sudut pandangan alam maya ini menerusi lensa kamera ku kolam memancing ikan di alam kanak-kanak dulu,daun duit-duit inilah yang digunakan sebagai duit (wang) semasa main pondok-pondok @ masak-masak. Aku selalunya jadi ayah laa sebab badan besar sikit dari yang lain.....hmmmm saper ek yang jadi mak masa tu....lupa la plak! nak balik dahhh!!!

pekan nat kilang kecik

Image
Bagi aku pekan nat yang paling meriah di Daerah Pendang ni ialah Pekan Nat Kilang Kecik.On the way dari Pekan Pendang nak ke Pekan Jenun tu.Macam macam ada juai kat sini.Banyak pilihan.Ada makanan siap masak dan makanan mentah,buah-buahan dan pakaian dsbnya.Tapi sekeru ngan nat tak dak laa walau pun nama dia pekan nat.Ada orang yang panggil pekan sehari atau pekan sari.Tapi kat sini tak sampai sari @ sehari pun.Start dari awal pagi around jam 7.00 pagi sampai time solat jumaat abis laaa. Cam biasa laa aku kalau ke sana ngan isteri dan anak-anak,biasanya aku ngan sikecil tu kat dalam keta jerr.Tunggu isteri ngan anak-anak yang lain tu shopping.Dah ready baru la aku drive pi ambik depa.Sebabnya kat dekat-dekat tu tak dak ruang nak parking. Terpaksa pi parking tang lain.Jauh...tak larat nak jalan so aku tunggu dalam keta jerr. Aku snap pic ni around jam 9.00 pagi.Belum waktu puncak lagi sebab tu la tak ramai orang mai.Cuba kalau mai tengok around jam 10.00 - 11.30 satni .... boleh challen

3 hari 2 malam outstation

Image
Pagi 13 Oktober 2009 bermulalah perjalanan Toyota Innova jabatan menghala ke arah selatan tanah air.Dipandu oleh Asri,disebelahnya aku dah dibelakang plak ialah Bang Di dan Fizi.Destinasi kami ialah tugasan resmi di Jinjang Utara,Kepong,Selangor.Outstation laa tu! Oleh kerana area yang kami nak pi tu agak asing - tak pernah sampai lagi kat situ sebelum ini,kami memilih untuk mencari penginapan di mana-mana hotel sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman @ Jalan Masjid India saja. Hampir jam 6.30 petang kami pun sampai di Jalan Masjid India.Alamak....jamm giler! Tak sangka plak kat situ dah didirikan gerai-gerai sementara untuk jualan bahan-bahan keperluan menyambut Deepavali.Orang ramai betul.Hampir setengah jam berdenyut-denyut bergerak kat situ barulah dapat tempat parking di hadapan Restoren Yassin tu. Hotel plak fully booked kerana esok akan ada perhimpunan UMNO.Menapak dari satu hotel ke hotel mencari penginapan, akhirnya dapat juga kat Hotel Jackt.Itu pun setelah Receptionist hotel tu mem

lagu mana tu ???

Time ni hujan sedang mencurah-curah turun.Ntah laa pukul berapa start mula turun tadi tak tau laa sebab bila terjaga jam 4.30 tadi dah pun hujan.Sejak dari belum bulan puasa lagi musim hujan ni berterusan hingga hari ni.Kalau tak hujan pun selang sari dua saja pas tu hujan balik.Bezanya cuma antara lebat ngan tidak jerr Ayaq Sungai Pendang pun dah mula naik.Bah lagi laa kalau dua tiga hari lagi dok lagu ni juga.Atau pun kalau sini tak hujan tapi area Baling nu hujan pun ghisau jugak pasai Sungai Pendang ni mai dari area sana.Ada connection laa kata omputih! Cakap bab bah ni teringat pepatah ada mengatakan `sekali ayaq bah sekali pantai berubah'`Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai' - lagu mana ceghita kalau masa buat ghumah dulu tu pantai tu nun jauh lagi tapi la ni pantai tu dah pun kat laman ghumah.Belakang rumah tu dah tanah oghang lain pulak.Lagu mana tu??? Nak beli tanah lain...nak kira berapa ekaq berapa relung tak mampu...kalau kira berapa lori tu b

anak kecil main api

Warisan Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Airmata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesama kita Cita lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintih sendiri Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutup hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri Kita sudah tiada masa Majulah dengan gagah perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di Nusantara teringat ..... betapa bersemangatnya ketika menyanyikan lagu itu beramai-ramai di Kem Bina Negara kat Melaka suatu ketika dulu. harapan kini dan selamanya ..... agar Melayu akan tetap gagah di Nusantara dan gagah melangkah sebagai ummah yang berkualiti mengadap ke pengadilan Illahi.Apalah gunanya di dunia ini,di nusantara ini kita g
Beginning today I will no longer worry about yesterday. It is in the past and the past will never change. Only I can change by choosing to do so. Beginning today I will no longer worry about tomorrow. Tomorrow will always be there, Waiting for me to make the most of it. But I cannot make the most of tomorrow without first Making the most of today. Beginning today I will look in the mirror And I will see a person worthy of my respect and admiration. This capable person looking back at me Is someone I enjoy spending time with And someone I would like to get to know better. Beginning today I will cherish each moment of my life. I value this gift bestowed upon me in this world And I will unselfishly share this gift with others. I will use this gift to enhance the lives of others. Beginning today I will take a moment to step off The beaten path and to revel in the mysteries I encounter. I will face challenges with courage and determination. I will overcome what barriers there may be Which h

rintihan hati seorang aku

ku pandang kiri ku pandang kanan kiranya kehidupan ini semakin kalut Semakin melalut Urusan seharian seakan tiada perancangan lagi Seakan semuanya adhoc sahaja Teringat nak buat ..... terus dibuat .... atau arahkan supaya dibuat Lalu berantakanlah perancangan individu lain. Maafkan aku teman-teman Di usia lanjut ini ... aku inginkan emosi yang stabil Aku inginkan kehidupan yang tenang dan santai Damai melaksanakan tuntutan kewajipan seharian, menunaikan tanggungjawab perjawatan jabatan

bala nih!

Image
Aida De Leon grieves in Pasig City , east of Manila People are stranded in Cainta, province of Rizal , eastern Manila An aerial view aboard a Philippine Air Force chopper shows devastation brought by Tropical Storm Ketsana in Cainta, province of Rizal , eastern Manila A Philippine Air Force aerial shot shows damaged houses in Marikina City , Metro Manila. More than 70 people were killed, Manila was blacked out and airline flights were suspended as a powerful tropical storm battered the main Philippines island of Luzon Residents wait to be evacuated from a partially submerged house during flooding in Bocaue, north of Manila . Residents clamber on electric wires to stay out of floodwaters while others wade neck-deep in Cainta Rizal, east of Manila . Menung aku bila menatap photo-photo dari negara jiran kita nih.Aku copy paste sebahagian sahaja kat sini untuk sama-sama kita ingat memperingati bahawa hakikatnya ini juga adalah peringatan dari Allah SWT. Pada masa yang sama umat manusi

gempa di Padang - ingatan dari Al Quran ???

30 September 2009 berlaku gempa di Padang pada jam 17.16, gempa susulan jam 17.58, dan esoknya, 1 Oktober 2009 gempa di Jambi jam 8.52. Cuba teliti surah Al-Quran! demikian bunyi pesanan ringkas (SMS) yang beredar sekarang. Siapapun yang membuka Al-Quran akan merasa kecil di hadapan Allah s.w.t. Perhatikan ayat-ayat Allah s.w.t tersebut: 17.16 (QS. Al Israa; ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (QS. Al Israa; ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52 (QS. Al Anfaal; 52): (Keadaan mereka) ser

kawan ku kawin lagi

- hang tau tak? + laaa hang tak cakap lagi macam mana aku nak tau! - ni aku nak ceghita kat hang la ni...ceghita menarik sangat + hmmm ceghita apa tu??? - kawan kita tu kawin lagi laaaa + hmmm ceghita kawin lagi tu menarik ke? Atau ceghita orang nak bercerai lagi menarik? (Selalunya kalau kita tanyakan kepada pasangan yang ingin berkahwin,jawapan yang diberikan akan sama atau hampir sama saja tetapi kalau kita tanyakan kepada pasangan yang ingin bercerai,jawapan yang diberikan akan berbagai-bagai mengikut version masing-masing) + haaa apa yang menarik tu! - kawan kita tu minta permission dari wife dia kata nak kawin satu lagi.Wife dia cakap boleh tapi dengan syarat buat rumah dulu untuk dia ngan anak-anak dia nak duduk + ok lah tu sebab depa kan belum ada rumah sendiri lagi.... - tang tu laa yang menariknya tu.... + syarat buat rumah pun menarik sangat ka? - menarik laaa tu sebab wife dia tak sebut pun kata buat rumah tu sampai siap baru kawin.... + so ..... - baru pacak tiang mula bua

sekolah kebangsaan pendang

Image
Hari ni Sekolah Kebangsaan Pendang beraya sakan.Di bulan Syawal ini dimeriahkan dengan program-program kesyukuran sempena selesainya pembinaan bangunan baru sekolah dan mula digunakan.Bangunan baru yang mampu untuk menampung bilangan pelajar yang ramai untuk satu sesi sahaja.Tamatlah sudah persekolahan 2 sesi di sekolah ini. Sayangnya kerana hambatan tugasan pejabat aku tak dapat meluangkan masa untuk turut sama memeriahkan program-program yang dianjurkan pada hari ini.Terutamanya pada majlis bacaan Yassin. Aku cuma berkesempatan untuk turut serta hanya pada program sebelah malamnya sahaja.Iaitu ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias Al Hafiz,Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah,Manjoi,Perak. Fokus utama ceramah beliau berkisar mengenai `tahap' kita menjaga Allah SWT supaya Allah SWT juga akan menjaga kita.Sejauh manakah kita menyayangi Allah SWT supaya Allah SWT juga akan menyayangi kita dan menjauhkan kita dari segala bala bencana. Bagaimana kita masa kini berdep