Posts

Showing posts from July, 2012

Renungan Ramadhan 13,1433H Ustaz Dr. Abdul Basit

Image

Suami Yang Teruji

Image
SUAMI YANG TERUJI - WAN ZAYUHISYAM WAN YUSOFF Galeri Ilmu Sdn.Bhd. - RM20.00 Pagi ni aku mula menatap mukaddimah buku ni.Nampak menarik intronya.Tambahan pula bila ada sentuhan rasa Ustaz Pahrol Mohamad Juoi melalui kata pengantarnya.Sememangnya buku-buku terbitan Galeri Ilmu nih terutamanya yang di bawah slot Tarbiah Rohani miliki kualiti penyampaian dan pendekatan yang sejajar @ relevan dengan perkembangan persekitaran mental ummah masa kini. Sebenarnya buku nih dah lebih 1 minggu aku membelinya  kat Hasani Bookstore Sungai Petani tetapi kerana kekangan masa @ kelemahan pengurusan masa ku menjadikan ruang masa yang begitu luas ujud sebegitu dan kini baru aku membacanya. Bacalah! Kerana membaca itu adalah 'perintah' Allah swt.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 7

Seperi orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Firaun dan Haman

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 6

Diberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah,batu-batu serta pasir turut  sama memohonkan ampun baginya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 5

Diberi pahala seperti orang yang melakukan solat di Masjidil Haram di Mekah,di Masjid anNabawi di Madinah dan di Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 4

Diberi pahala yang sama dengan pahala orang yang membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al Quran Nota : Inti pati kitab Taurat,Injil dan Zabur terkandung di dalam kitab Al-Quran.Inti pati kitab Al-Quran terkandung di dalam Surah Al-Fatihah dan inti pati Surah Al-Fatihah terkandung di dalam kalimah Basmallah.

Sakit perut la plak!

Image
Hari ni aku terpaksa EL.Cuti Kecemasan.Perut buat hal la plak! aduhaiiiiii .... Pastinya ada yang tak kena dengan apa yang aku makan selepas balik terawih malam tadi.Juadah berbuka puasa aku tak syak apa-apa sebab aku ringan-ringan jerr time tu. Termenung di meja study mengadap skrin laptop aku melayan fikiran dan memikirkan apa yang berlaku pada ketika ini .... ramadhan hari yang ke 3 hari ni tapi aku dah pun macam-macam jadinya.Apakah ada sesuatu yang mahu aku 'sedar diri' atau muhasabah diri ??? Aku sedar bahawa ketika ini aku sedang diuji.Ujian datang kerana mahu menduga sekebal mana azam dan tekad ku untuk bulan ramadhan kali ini tidak senilai `beroleh lapar dan dahaga sahaja' Aku wajar rearrange @ merombak @ menyusun semula perancangan waktu dan aktiviti sepanjang ramadhan ini terutamanya yang berkaitan dengan jenis makanan diambil dan masa makannya.Kerana apa yang aku rasa sekarang ni masalah berkaitan dengan perut - pastinya itu peringatan atau amaran agar aku

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 3

Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosa-dosa mu yang telah lalu"

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke 2

Dosanya diampuni,begitu pula dosa kedua ibubapanya jika kedua-duanya itu orang mukmin

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Nota : Ada yang mengatakan bahawa hadis ini adalah lemah namun jika pun begitu adalah tidak salah jika kita mengambil hadis ini sebagai sumber motivasi @ ransangan untuk menunaikan solat tarawih ini.Cumanya hadis ini tidak boleh dijadikan berhujah jika ianya lemah. Usah peningkan kepala untuk memikirkan ianya lemah atau kuat selagi ianya dikategorikan sebagai hadis ianya tetap ada nilainya tersendiri yang hanya Allah swt yang tahu integriti sebenarnya.Yang utamanya kita sentiasa yakin bahawa Allah swt itu Maha Kaya,Maha Pengasih dan MahaPenyayang.Kun Faya Kun - berkat motivasi dari hadis ini makanya kita jadi `rajin' bertarawih lalu Allah swt benar-benar mengurniakan kepada kita apa yang kita mahu itu (kelebihan-kelebihan tarawih mengikut malam).Pastinya nilaian ganjaran pahala itu akan merujuk juga kepada 8 @ 20 rakaat yang kita lakukan dan juga kategori seperti mana ibadah puasa yang kita lakukan itu samada puasa umum,puasa khusus atau pun puasa khusus yang khusus. Diriw

Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Image

Marhaban Ya Ramadhan al Mubarak

Image
Soalan pertama : dah ready nak puasa? Soalan kedua : dah ready nak sambut bulan puasa? Soalan ketiga : dah ready nak mengimarahkan bulan puasa? Tiga soalan yang bunyinya hampir sama tetapi menagih jawaban yang berbeza mengikut nilaian iman individu.Agar tidak hanya sekadar beroleh lapar dan dahaga sahaja tetapi kita mampu untuk meraih semaksimanya grand offer dari Allah swt di sepanjang bulan puasa @ Ramadhan al Mubarak ini. Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233) Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban) Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdap

Rehlah Haji Rasulullah saw bhg. 1

Rasulullah saw berada di Madinah selama 9 tahun tetapi tidak mengerjakan haji.Cuma beberapa kali mengerjakan umrah iaitu pada tahun ke 6 Hijrah tapi tak siap.Umrah tahun ke 7 Hijrah siap dan tahun ke 8 Hijrah iaitu selepas Mekah di kuasai semula oleh umat Islam. Bila diperintah mengerjakan haji pada tahun ke 9 Hijrah Rasullah saw tak pergi kerana pada masa itu masih ada berhala di sekitar Kaabah,orang-orang kafir masih di benarkan masuk ke Mekah dan masih ada amalan haji secara jahiliah pada masa itu.Rasulullah saw mengutuskan Saidina Abu Bakar asSiddiq untuk mengetuai rombongan haji pada tahun itu.Semasa di Mekah itu Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali ra pun mewar-warkan bahawa pada tahun depan orang kafir tak dibenarkan lagi masuk ke Mekah dan orang-orang Islam yang masuk untuk mengerjakan haji mestilah berpakaian dan beretika mengikut kaedah Islam. Pada tahun ke 10 Hijrah Rasulullah saw pun mewar-warkan bahawa Baginda akan mengerjakan haji pada tahun ini.Bila diketahui ole

Rehlah Haji Rasulullah saw

Image
Ustaz Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman Download Audio MP3: Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/?37nk9krpwd5f3nn Download Video MP4: Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dmdrmgnqmx217fz Sebagai permulaan aku berhasrat untuk memaparkan catatan perjalanan (rehlah) ibadah haji yang telah dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw - catatan ini adalah dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Abu Basit bin Haji Abdul Rahman.Jika anda mahu mahukan audio dan visualnya anda bolehlah download dari link yang tertera itu.Jika terdapat kesilapan ejaan dsbnya dalam catatan saya ini,pohon ditegur dan diperbetulkan,terima kasih. Utama sekali ucapan terima kasih kepada Ustaz Dr. Abu Basit bin Haji Abdul Rahman dan juga halaman mymaktabaty.com .

Istiqamah Selepas Haji

Image
ISTIQAMAH SELEPAS HAJI Al-Haqir Ila Allah swt, Abu Fatih Al-Mubaraki Ahmad Husni Abd Rahman Pembimbing Jemaah Ash-Har Travel, Makkah Mukarramah, Haji 1432H / 2011M. TAKRIF ISTIQAMAH Kalimah Istiqamah dan arahan untuk beristiqamah terdapat dalam surah Hud ayat 112: فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ “Maka tetaplah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan barangsiapa yang bertaubat bersamamu dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan.” [Khutbah Istiqamah Selepas Haji di: http://youtu.be/J29vIj2oHVk ] Begitu juga dalam hadis riwayat Imam Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, khabarkan padaku sesuatu dalam Islam ini suatu perkataan yang aku tidak perlu bertanya tentangnya selain darimu? Jawab Nabi s.a.w: قل آمنت بالله ثم استقم “Katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan

Pesanan Buat Para Hujjaj

Pesanan Buat Para Hujjaj; Wahai Haji / Hajjah, Mulakan Amalan Baik Kamu. Dr. Abdul Wahhab Bin Nasir Al-Turairi. بسم الله الرحمن الرحيم Ketika matahari hampir ghurub (terbenam) pada petang hari Arafah, Rasulullah saw sedang mengangkat dan menadah luas kedua tangannya yang mulia. Baginda berdoa dalam keadaan penuh khusyu’, khudhu’ dan merendah diri. Kemudian dilepaskan tangannya turun dan berpaling ke arah Bilal seraya berkata: “Wahai Bilal, arahkan manusia semuanya agar diam!” Bilal pun menyeru sekelian manusia agar diam. Maka semua hati pun memerhatikan, telinga menajamkan pendengaran, dan mata memandang ke arah Rasulullah saw yang menyeru mereka; “Sesungguhnya Jibrail telah datang kepadaku, memberi khabar gembira; bahawa Allah swt telah menerima golongan yang baik dari kamu dan memaafkan golongan yang tidak baik dari kalangan kamu serta menghapuskan dari kamu kesalahan”. Ketika mendengar berita gembira tersebut, Sayyidina Umar bin al-Khattab lantas bertanya: “Wahai Rasul

Kisah-Kisah Dari Makkah Dan Madinah

Image
Nota : Bila membaca artikel ini saya merasakan sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis ini tersentuh pada hati dan diri saya.Merasakan apa yang dinyatakan itu dan wajar saya serta kita semua turut berkongsi rasa makanya saya copy paste di blog saya ini dengan niat untuk melebarkan lagi jaringan pembacaan.Terima Kasih Ustaz Pahrol Mohd Juoi (koleksi buku-buku tuan semuanya saya miliki). Setiap kali musim haji, hati menjadi sayu. Usia hampir separuh abad, tetapi saya belum berkesempatan untuk menunai kannya. Namun tidak putus asa, saya bersama-sama lain umat Islam yang senasib akan terus berusaha, berazam dan berdoa. Berdikit-dikit dalam berbelanja, menyim pan tenaga, membina kesihatan, menyubur kan cinta, memperhaluskan adab dan akhlak sebagai bekal ke sana suatu hari nanti. Pasti. Insya-Allah. Semoga saat kematian datang setelah kita sempat menunaikan Haji atau mati semasa kita sedang berusaha untuk menunaikannya di sana. Saya yakin, cinta Allah itu bukan hanya di akhir tuj

Allahhu Akbar !!!

Image
Diriwayatkan bahawa Imam Syafie semasa melakukan tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah telah mengkhatam Al-Quran 7 kali ertinya setiap pusingan tawaf itu beliau telah tamat @ khatam Al-Quran. Allahu akbar! Diketika itu satu pusingan tawaf mengambil masa lebih kurang 3 minit dan dalam jangka masa 3 minit itu beliau boleh membaca 30 juz Al-Quran. Bagaimana dengan kita ??? 30 minit ? 30 jam ? 30 hari ? 30 bulan ? malah ada yang lebih 30 tahun pun hanya sekali saja khatam Al-Quran iaitu ketika kecil dahulu di suruh mak bapa mengaji Quran dengan tok guru kampung ..... lepas tu dah tak ada sebab tak sempat,tak ada masa @ banyak kerja,sibuk memanjangggggggggg! Itulah sebenarnya neraca nilaian masa kepada kita bila susur galur perjalanan hidup seharian kita tidak meletakkan yang hakiki pada haknya sebagaimana yang digariskan oleh panduan Islam as a way of life,maka Allah swt mencabut `keberkatan masa' dari kita. 2 @ 3jam di supermarket kita rasa sekejap saja tapi nak menghabiskan satu

Masa yang ditinggalkan sudah panjang, masa yang tinggal makin sedikit..

Image
Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari Bahjat Al-Nufus Seorang penyair berkata, “Kalau dua puluh hari dari bulan Sya’aban telah lewat, teruskan minum malammu sampai siang. Jangan kamu minum dengan gelas kecil sebab waktu yang ada sudah semakin sempit..” Makna syair tadi adalah apabila dua puluh hari dari bulan Sya’aban telah berlalu bererti Ramadan telah dekat, sebuah bulan yang di dalamnya manusia di larang makan dan minum. Kerana itu, sebelum bulan Ramadan datang, ia hendaknya makan dan minum dari tempat besar agar kenyang selama kesempatan masih ada. Menurut para ulama, maksud dari petikan syair di atas adalah, kalau dirimu sudah berusia empat puluh tahun sadarlah dan bergegaslah melakukan amal-amal soleh baik di waktu siang mahupun malam. Jangan buang waktu sedikit pun sebab usia sudah tua, waktu semakin sempit, dan saat perjumpaan dengan Allah bertambah dekat. Amal di usia senja berbeza dengan amal orang yang masih muda. Orang yang masih muda biasanya takkan menyia-nyiakan masa muda, s