Posts

Showing posts from January, 2009

Reminder at 23 January,2009

Image
Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata dan seluruh isi alam samaada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat,IA pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin meli

Pagi 23 Januari ...... 48 tahun yang lalu

Image
Syukur Alhamdulillah.... Pagi ini,ketika dinihari yang semakin menganjak ke subuh.Ketika rata-rata penduduk kampong masih lagi berlengkar di dalam selimut.Masih diulit mimpi-mimpi sendiri. Namun dipenghujung Kampong Suka Mari,sebuah rumah terang benderang disuluh cahaya lampu gasolin.Seorang ibu tua becok memberi arahan tegas supaya anaknya cepat bertindak untuk menangani keadaan. Seorang lelaki muda bernama Salleh bin Ahmad yang berusia lingkungan 30an bergegas menyongsong basikal tua dari bawah rumah ke halaman rumah.Terus melompat naik dan berkayuh meredah kepekatan malam.Hanya dibantu oleh sinaran cahaya bulan dinihari,destinasi yang dituju ialah kampong yang berdekatan,kerumah mak bidan. Hasil perkongsian hidup sepasang suami isteri,tidak lama selepas selamat melahirkan azan Subuh pun bergema.Syukur kerana selamat melahirkan walau pun ketika itu proses kelahiran hanya dikendalikan oleh seorang bidan tradisional. Lahirlah anak ke 3 kepada pasangan suami isteri ini.Betapa gembiranya

3 Hari 2 Malam di Kota Bharu.

Image
28.01.2009 / Rabu : Jam 9.00 pagi setelah bersarapan di Pekan Pendang,Innova hitam yang membawa kami sekeluarga (kecuali UFA - kerana bersekolah) mula bergerak menghala ke Kampong Baru - Jeniang - Parit Panjang - Kuala Pegang dan memasuki Lebuh Raya Timur Barat ke Grik,Perak Darul Ridwan. Beginilah keadaan jalan yang berselekoh menghubungkan Grik di Perak Darul Ridwan dengan Jeli di Kelantan Darul Iman. Sampai dah sempadan ! Setelah melalui hampir 50 selekoh - akhirnya sampailah ke pintu masuk Kota Bharu,Bandar Raya Islam. Alhamdulillah - selamat perjalanan kami sekeluarga!

Syukur Nikmat Mu,Ya Allah!

Image
Hampir jam 1230 petang ketika sedang menyemak fail-fail kes yang akan dirujuk ke UIP Negeri henpon ku berdering."A'kum ini bapa Ummi Farah Aqilah ke? Harap dapat datang ke sekolah hari ni juga ambik surat tawaran masuk ke sekolah menengah ugama.Hari Ahad dah kena daftar masuk" Sukar nak aku gambarkan perasaan ku ketika itu. "Ya Allah Ya Tuhan ku,Kau mendengar rayuan ku.Kau mendengar permintaan ku.Kau makbulkan doa ku,Ya Allah! Sememangnya aku amat amat berharap Farah akan dapat melanjutkan pelajarannya di Tingkatan 1 di mana-mana sekolah menengah agama dan Farah pun nampaknya memang berminat ke arah itu.Syukurlah kerana hasrat dan impian ku terlaksana.Syukur sangat-sangat. "Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan" (Surah Al-Rahman,ayat 36) Inilah nikmat yang ku terima dari Nya atas limpah Rahman dan Rahim Nya,Alhamdulillah! Meski pun masa untuk menyediakan keperluan sekolah dan asrama akan singkat namun itu bukan perkara yang memberatkan fikiran l

Hari Assyura 1430

Image
Insyaallah hari Rabu 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam. PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah : عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه . (متفق عليه) Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya. Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9

Hari Assyura 1430

Image
Catatan Muhasabah Diri Merenung jauh ke hadapan,melihat keadaan diri pada ketika ini dan juga mengenang semalam yang telah ditinggalkan,kiranya kepuasan masih jauh untuk digapai tangan.Meski pun masih di awal tahun,hanya beberapa hari saja yang dah berlalu namun jika asas permulaan perjalanan kurang memberansangkan bagaimanakah kelancaran perjalanan seterusnya akan dilakukan.Jika permukaan jalan masih berbatu kerikil,bagaimanakah sebuah kenderaan mahu memecut ketika membuat perjalanan menerpa ke puncak kejayaan yang diidamkan. Seminggu dah berlalu dan seminggu itu terlalu memalukan kalau mahu dianggap `berjaya'.Terlalu jauh merosot kualiti kehidupan seharian jika dibandingkan dengan proposal yang diidamkan.Penggunaan masa secara berkualiti masih boleh dipertikaikan.Sedangkan tempoh masa semakin pendek dan semakin mendikit.Hanya ada 294 hari saja lagi.Mampukah pengurusan rohani,jasmani dan impian dapat dikotakan ketika itu jika kini pengurusan masa masih tunggang langgang. Check it

Wirid Yang Ku Kenali

Image
Sedikit sedutan dari kitab Wirid Yang Ku Kenali hasil susunan Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad ms. 51 Dari segi ekonomi jika seseorang itu menghisap rokok satu hari sebungkus yang barangkali berharga RM3.00 (nota blogger : kita ni diterbitkan tahun 1996.Sekarang ni sebungkus dah RM8.++),kalau sebulan dah RM90.00 dan kalau setahun pula 12 x RM90.00 sudah jadi RM1080.00 kali pula dengan sepuluh tahun,maka jadilah RM10,800.00 Bagaimanakah hendak menjawab di hadapan Allah Taala,jika ditanya mengapa kamu tidak menunaikan ferdhu haji? Jika kita menjawab TIDAK MAMPU,maka apa hal dengan sepuluh tahun menghisap rokok yang berbelanja sampai RM10,800.00 adakah boleh dikira sebagai orang yang tidak mampu? Bagi mereka yang menghisap rokok bolehlah membuat kira-kira sendiri kemudian merenung jauh ke dalam diri sendiri memikirkan bagaimanakah hendak menjawab soalan kepada Allah nanti! Nota Zul Salleh : Bila fikirkan hal diatas,terfikir pula bagaimana dengan duit ringgit yang kita gunakan untuk ubahsuai k

Rumah Yakin Al Wadi

Image
Aidil Adha hari ke 2 - perancangan ku bersama famili dan parent akan ke Kampong Banggol Berangan,Labu Besar,Kulim.Menziarahi nenek dan bapa-bapa saudara di sebelah emak.Tetapi bukan itu sahaja destinasi ku hari ni.Dah siap tersusun aku nak ke Kupang melawat rumah anak-anak yatim/miskin Al Wadi dan kemudiannya ke Masjid Rizwaniah Baling nak tengok pokok kurma yang khabarnya telah pun berputik.Selepas itu barulah aku akan ke Labu Besar. Lebih kurang jam 10.30 pagi sampailah kami ke lot 4185,Kupang yang menempatkan bangunan Rumah Yakin Al Wadi.Ketika kami di dapati beberapa orang sedang berkerjasama melapah daging korban lembu yang disembelih berdekatan asrama anak-anak perempuan Rumah Yakin ini.Aku tidak dapat angle yang baik untuk ambik gambar dari depan Rumah Yakin ini kerana terdapat deretan kenderaan yang diparking di situ. di atas : ini adalah bangunan asrama anak-anak lelaki. di bawah : ini adalah bangunan asrama anak-anak perempuan Sambutan yang diberikan oleh 2 orang Penyelia

HAPPY NEW YEAR,2009

Image
Wishing a very happy new year! May your dreams turn into goals and may you Dare to... Ask For What You Want. Believe in Yourself. Change Your Mind. Do What You Love. Enjoy Each And Every Day. Follow Your Heart's Desire. Give More Than You Receive. Have a Sense of Humor. Insist On Being Yourself. Join In More. Keep Forgiving and Make up. Love and Be Loved. Make New Friends. Nurture Your Spirit. Overcome Adversity. Play More. Question Conformity. Reach for the Stars. Speak Your Truth. Take Personal Responsibility. Understand More, Judge Less. Volunteer Your Time. Walk Through Fear. X-perience The Moment. Yearn for Grace. Zoom Into the New Year with Courage and Confidence.