Posts

Showing posts from August, 2011

Catatan 31 Ogos 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan itu bergema seluruh urat nadi dan alam sekitar rakyat dan bumi Malaysia walau pun pastinya ada dikalangan rakyat marhaen ketika itu masih terpinga-pinga betulkah kita ni dah merdeka??? Sebagaimana kini tetap ada kalangan masyarakat yang masih tertanya-tanya betulkah kita ni betul-betul merdeka??? Suara yang dilontarkan kepada alam Malaysia oleh Mohamad Sabu baru-baru ini adalah perwakilan suara sebenarnya dari kelompok masyarakat ini yang mahu negara mempunyai catatan sejarah yang sebenarnya.Di negara yang tidak `bebas bersuara' seperti Malaysia ini tak ramai yang seberani Mohamad Sabu untuk bersuara lantang meski pun sebenarnya ramai yang tahu hakikat sebenar apa yang berlaku di masa-masa silam semasa memproses kemerdekaan. Jika dalam bidang keugamaam wujud perkataan ` ulamak bisu ' mungkin di sini sesuai untuk diwujudkan pula perkataan ` sejarawan bisu ' Itu persoalan nasional dan aku tak nak mengulas panjang.Yang lebih penti

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H

Image
Di hari yang mulia dan penuh keberkatan ini (Insha Allah!) saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada anda-anda semua rakan/sahabat di alam maya ini dan alam nyata di luar sana.Semoga semuanya beroleh Aidil Fitri yang terbaik. Alhamdulillah,syukur! mak dan pak masih sihat walafiat dan dapat sama-sama menyambut Aidil Fitri 1432H ngan anak cucunya... Nota : prestasi sepanjang Ramadhan ini masih tidak memuaskan,semoga Allah SWT akan mengizinkan aku untuk bertemu lagi ngan Ramadhan 1433 nanti....Insha Allah!

Hidupkan Malam, Pagi Aidilfitri

Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya, menandakan berakhirnya bulan ini dan disusuli pula dengan kedatangan hari raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah ‘Idul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah yang suci seperti dilahirkan oleh sang ibu, atau fitrah manusia makan pada waktu siang. Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jemaah sama ada solat-solat fardu dan Tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi. Seolah-olah amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan anakanak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah di

Senarai Semak Sebelum Melangkah Keluar Dari Madrasah Ramadan

Beberapa hari saja lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Dan mahu tidak mahu kita harus melangkah keluar meninggalkan sekolah yang hebat ini. Sebelum melangkah keluar, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya kita tidak melangkah dengan tangan kosong. 1. Tujuan Allah Taala telah menetapkan bahawa tujuan madrasah ini dibuka adalah untuk melahirkan hamba yang bertakwa. “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”(Al-Baqarah:183) Oleh itu, ketika kita mula melangkah memasuki gerbang Ramadan, kita mesti benar-benar menyedari apa yang hendak kita capai sepanjang berada dalam bulan ini, iaitu takwa. Dan sebelum kita melangkah keluar, pastikan sama ada tujuan itu tercapai atau sebaliknya. 2. Makna takwa (taqwa) Taqwa dari segi bahasa bermakna, memelihara diri atau melindungi diri dengan sesuatu agar terselamat dari perkara yang tidak disukai seperti memakai baju unt

Rahsia Lailatul Qadar Menurut Ihya' 'Ulumiddin

Dan Malam Al-Qadar adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut. Dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Kami turunkan pada Malam Al-Qadar.” (Al-Qadr : 1) Barangsiapa menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan, maka dia terhijab daripada-Nya. Dan barangsiapa mengosongkan perutnya, maka yang demikian itu belum mencukupi untuk mengangkatkan hijab, sebelum kosong cita-citanya daripada selain Allah ‘Azza wa Jalla. Dan itulah urusan seluruhnya. Dan pangkal semuanya itu adalah dengan menyedikitkan makanan. Begitulah kata-kata Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’nya. HURAIAN Alam malakut secara ringkasnya ialah alam ghaib yang antara penghuninya ialah para malaikat. Alam ini terhijab daripada pandangan bangsa jin dan manusia, sebagaimana alam jin terhijab kepada pandangan manusia. Menurut Imam Al-Ghazali, sebahagian daripada alam malakut ini terbuka pada Malam Al-Qadar. Sabda baginda Rasulullah saw

....... bagaikan langit dan bumi!

Image
Ronda-ronda kat Google Search Image,jumpa photo-photo nih! Kemana arah mereka dan kemana hala tuju kita ???

Inilah Pemegang Kunci Kaabah

Image
MAKKAH - Boleh jadi posisi inilah yang diimpikan banyak umat Islam, yakni sebagai pemegang kuncu Ka’bah. Maklum saja, jabatan itu diberikan langsung oleh Nabi Muhammad setelah menguasai Makkah ketika itu. Setelah menghancurkan semuaberhala dalam Ka’bah dan bangunan itu dimandikan, Nabi Muhammad lantas menyerahkan kunci-kunci pintu Ka’bah kepada Usman bin Taha dan Shaibah, sepupu Usman. “Kunci ini akan tetap Anda pegang hingga hari kiamat,” kata Nabi. Saat ini, kunci Ka;bah itu dipegang oleh keturunan Shaibah, yakni Syekh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi (gambar) . Ia bertanggung jawab untuk membuka dan menutup pintu Ka;bah serta mencuci bangunan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim itu. “Kunci-kunci ini harus dipegang oleh anggota tertua keluarga, jadi bisa saja ke sepupu saya,” kata Syekh Abdul Qadir. Ia mengatakan Ka’bah dimandikan dua kali saban tahun, yakni pada 15 Muharam dan permulaan bulan Sya’abn. Acara ini biasanya dihadiri oleh raja Arab Saudi atau Emir Makkah Pangeran Khalid al-Fa

Pengurusan Masa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Image
Semua orang tahu dan tak menafikan bahawa penyataan bahawa masa itu emas adalah silap kerana masa adalah usia dan emas adalah nilaian yang ada turun naiknya sedangkan masa @ usia tak akan sentiasa menaik dan mustahil untuk turun. Begitulah bernilainya.Masa yang berlalu tak akan berulang kembali.Kelmarin dan semalam tak akan ada lagi.Esok pula belum pasti apakah kita akan milikinya atau pun tidak.Tepatnya apakah esok kita masih hidup atau pun sudah mati! Yang pasti ada adalah masa kini.Yang kita sedang berada kini.Yang sedang kita hembus tarik nafas kini.Hanya ini yang kita miliki kini.Lantas,masa inilah yang paling wajar untuk kita uruskan.Agar masa ini adalah masa yang terbaik sekali dalam hidup kita.Agar solat ini adalah solat kita yang terbaik.Agar puasa ini adalah puasa kita yang terbaik.Agar semua sekali apa saja yang kita lakukakan adalah yang terbaik sebagai ibadah kita kepada NYA. Apa yang nak kita buat sepanjang hari ni? Sudahkah kita susunatur agihan masanya? Apa kit

Siapa DIA di hati kita ???

Image
Image
Image
Image
Image

Di Sepanjang Jalan - Tak Seindah Wajah

Image
Image
Image

Selamat Berpuasa!

Image