Posts

Showing posts from January, 2014

DO’A DI HARI ULANG TAHUN 53 KU

Image
Ya Allah, Kau ciptakan kami dari tiada, menjadi ada Kemudian Kau kembalikan kami kepada-Mu Kehidupan kami bejalan dan berputar sesuai dengan kehendak-Mu Ya Allah, Hari ini tiba juga aku di usia ini Hari di mana aku harus menjadi lebih bijaksana Hari di mana aku harus menjadi lebih dekat dengan-Mu Hari di mana aku harus bisa menjadi teladan bagi orang lain Ya Allah, Panjangkanlah usiaku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidup dengan penuh makna dalam kebesaran-Mu Panjangkanlah usiaku agar aku dapat membimbing keluargaku untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukur atas nikmat dan rizqi yang Engkau anugerahkan kepadaku Ya Allah, Jadikanlah aku menjadi hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’ dalam menerimah hikmah dan berkah-Mu Bertambah usia dalam hitunganku berkurang pula usiaku dalam hitungan-Mu Ya Allah, Terima kasih Engkau telah mengangkatku

Mee Segera sangat beracun lebih dari syabu

Image
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.. Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi. Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dal

SYAIR UNTUK SANTAPAN IMAN

Dikisahkan, ada seseorang yang mendatangi Al-Imam Ahmad dan bertanya kepada beliau, “Wahai Imam, bagaimana menurut anda mengenai sya’ir ini?“ Beliau menjawab, “Sya’ir apakah ini?” kemudian orang tersebut membaca sya’ir berikut: إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أَ مَا استَحْيَيْتَ تَعْصِيْنِي Jika Rabb-ku berkata kepadaku, “Apakah engkau tidak malu bermaksiat kepada-Ku?” وَتُخفِي الذَنبَ عَن خَلقِي وَ بِالعِصيَانِ تَأتِينِي Engkau menutupi dosamu dari makhluk-Ku tapi dengan kemaksiatan engkau mendatangi-Ku فَكَيفَ أُجِيبُ يَا وَيْحِيِ وَ مَن ذَا سَوفَ يَحمِينِي؟ Maka bagaimana aku akan menjawabnya? Aduhai, celakalah aku dan siapa yang mampu melindungiku? أُسَلِّي النَفْسَ بِالآمَالِ مِن حِينٍ إِلَى حِينِي Aku terus menghibur jiwaku dengan angan-angan dari waktu ke waktu وَ أَنْسَى مَا وَرَاءَ المَوْتِ مَاذَا بَعْدُ تَكْفِينِي Dan aku lalai terhadap apa yang akan datang setelah kematian dan apa yang akan datang setelah aku dikafani كَأَنِّي قَدْ ضّم