Posts

Showing posts from October, 2013

....... meniti senja menjelang malam!

Image

Akhirnya Tidak Ditemui Semula Kebenaran

Pagi itu cuaca agak mendung dan bapa harus ke klinik kerana ada temujanji dengan Pegawai Perubatan.Biasalah bagi seorang warga emas seusia bapa yang menjangkau usia lebih tujuh puluh tahun untuk berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi.Aku tetap bersyukur kerana cuma itu sahaja yang masalah bapa (bapa disahkan tidak punyai masalah diabetes).   Perancangan awal aku cuma menjemput bapa di rumah dan menghantarnya ke klinik.Selepas urusan pendaftaran bapa,aku akan kembali ke pejabat namun setelah memikirkan bapa juga kini semakin kurang deria pendengarannya,aku memutuskan untuk menemani bapa sehingga selesai berjumpa Pegawai Perubatan,mengambil ubat di Bahagian Farmasi dan seterusnya menghantar bapa pulang.   Ramai juga pesakit yang hadir ke klinik pagi itu.Rata-ratanya adalah di usia atas empat puluhan,maalomlah hari itu adalah khusus untuk pesakit diabetes dan darah tinggi.Teringat aku kata-kata Dale Carnagie (penulis buku-buku perihal kebahagian hidup yang terkenal) - ramai

Bengkel Penulisan Novel Islami

Image
Peserta bengkel Novelis Khairy Tajudin Editor Galeri Ilmu Media Group,Amir Abdul Hamid Move It ..... Move It ..... Zul Salleh

Ujian Kehidupan Manusia @ Aku!

Image
Hakikatnya kita adalah hamba.Merdeka.Bebas tapi terpimpin.Dikawal oleh syariat.Kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita buat.Samada baik atau buruk apa yang kita buat itu penilai penentunya adalah syariat. Syariat itu pula dibuat oleh pencipta kita dan hak ciptanya totally tetap terpelihara.Tidak ada dolak dalik untuk `subject to alteration'.Hitam putih yes or no nya adalah jelas.Begitu yang disampaikan kepada kita oleh utusan Nya,Rasulullah saw. CCTV Illahi ada dimana-mana.Pencatit rekod yang ditugaskannya berada bersama-sama kita ke mana-mana saja mencatat dengan amanahnya apa saja yang kita buat.Tidak ada yang miss type or miss write. 2 elemen pengawasan ini membuktikan kebebasan yang diberikan kepada kita ini dibarengi oleh kasih sayang Allah swt yang tidak mahu melihat kita terbabas dari landasan dan seterusnya mengundang kecelakaan kebinasaan yang selanjutnya menjurus kepada siksaan azab kubur dan azab neraka. Namun sejauhmana kita memertabatkan eleman pen

Bekalan Susu IgG-Plus Dah Sampai ....

Image
Tuu dia .... sampai dah .... Susu IgG-Plus Smart Naco Sdn.Bhd. Nak order ???    Silakan !!!   Call / Sms Hj. Zulkipeli Salleh  0195456516   Harga : RM98.00 / kotak

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Image
Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam takwim Hijrah dan merupakan diantara bulan-bulan haram yang dmuliakan oleh Allah SWT.(Lain-lain bulan haram ialah Zulkaedah,Muharram dan Rejab) .Sebagaimana bulan-bulan haram yang lain,bulan Zulhijjah seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW.   AlHafiz Ibnu Hajar alAsqolani menjelaskan sebab keutamaan 10 hari ini adalah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat induk seperti solat,puasa,sedekah dan haji yang dapat dilakukan serentak dan tidak sebegitu pada hari-hari yang lain.   Justeru hendaklah setiap umat Islam memperbanyakkan solat sunat terutama tahajjud,berzikir,berdoa,membaca AlQuran,melaksanakan ibadat korban dan haji bagi yang mampu.Usahakanlah untuk berpuasa pada 9 hari yang pertama ini.   9 Zulhijjah merupakan Hari Wukuf dan 10 Zulhijjah Aidil Adha. الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.