Posts

Showing posts from April, 2009

2 cerita untuk renungan bersama

1. Dua orang penjual telah dihantar oleh syarikat tempat mereka bekerja ke sebuah negeri di Afrika untuk meneroka pasaran baru kasut-kasut yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.Si A yang sampai dahulu terkejut melihat masyarakat di situ tradisinya tidak memakai kasut.Lantas terfikir bagaimana nak jual kasut kerana mereka ini tradisinya tak pakai kasut.Jadi tak kan mereka nak beli kasut-kasut yang dijualnya.Pegawai Perancang Pemasaran kat pejabat kilang tu memang tak boleh diharap langsung.Baik balik jerr cari pasaran kat Malaysia. Si B yang sampai kemudian ke situ juga terkejut melihat tradisi masyarakat di situ yang tak memakai kasut.Rupanya masih ada lagi masyarakat yang terpinggir begini di dunia ni,bisik hatinya.Kalau aku bagi health education skit kat diorang ni pas tu suggest pakai kasut sure diorang mau kerana orang-orang yang dah maju semuanya pakai kasut.Pegawai Perancang Pemasaran tu memang bijak,aku sorang jerr yang akan jual kasut dan pembelinya beratus-ratus orang.Gerenti

Hari Anugerah Cemerlang SMKAK 2009

Image
Jam 8.30 pagi aku berada di dalam Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah kerana hadir memeriahkan Majlis Anugerah Cemerlang SMKAK 2009.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah meraih keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM 2008.Selain itu pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam setiap mata pelajaran dan ko kurikulum juga diberi anugerah penghargaan. Anak ketiga ku yang memperolehi 9A di dalam PMR 2008 turut menerima anugerah.Bagi diri ku,kehadiran dalam majlis sebegini adalah penting petanda bahawa sebagai ibubapa,kita menghargai penat lelah dan usaha anak-anak menelaah pelajaran bersungguh-sungguh sehingga meraik kejayaan yang cemerlang sebegitu.Hadir membuktikan sokongan moral dan pasti memberi kekuatan semangat kepada anak-anak untuk mencipta kejayaan yang seterusnya kelak.Bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yang turun dari pentas selepas menerima anugerah hanya keseorangan sahaja d

ke KL la plak!

Image
25 April lebih kurang jam 5.00 petang sampailah aku ke rumah.Balik dari kursus di Pulau Langkawi tu.Malamnya lebih kurang jam 9.00 bertolak ke Kuala Lumpur pula.Urusan keluarga.Anak yang ke 2,Muhammad Shafiq Ashraf telah tamat pengajian matrikulasinya di Universiti Teknologi Mara,Shah Alam.Oleh kerana banyak barang-barang yang terpaksa dibawa balik,adalah tak sesuai kalau nak menaiki bas.Jadinya aku dan isteri bersetuju untuk datang menjemputnya di Kolej Perindu. Perjalanan malam lebih dingin dan bergilir-gilir memandu.Taklah teruk sangat begitu.Aku maintain saja memandu 100 km/j dan isteri ku juga memandu begitu.Tak perlu tergesa-gesa kerana masih bayak lagi masa.Anak bongsu ku,Muhammad Nabil Farhaan awal-awal lagi dah pun berselimut litup tidur kat kusyen belakang.Kami plak berhenti beradu di R&R Tapah.Singgah mandi dan solat Subuh di R&R Jejantas Sungai Buluh sebelum bergerak memasuki Bandaraya Kuala Lumpur. Isteri ku dengan agenda kain batiknya sementara aku plak ke tempat

Ke Pulau Lagenda Lagi

Image
Tanggal 23 April 2009 aku berada di Pulau Lagenda Mahsuri lagi.Kali ketiga aku ke sini pada bulan ni.Menghadiri Kursus Penyediaan Bahan-Bahan Pendidikan Kesihatan di Hotel Eagle Bay sehingga 25 April,2009.Kursus Penyediaan Bahan-Bahan Pendidikan Kesihatan ini memperkenalkan aku kepada perisian Adobe Photoshop CS3 dan Adobe Illustrator CS3. Menarik sekali slot-slot kursus ini cuma jangkamasanya saja yang agak singkat berbanding dengan begitu banyak input yang hendak disampaikan oleh para fasilitator kursus.Walau bgaimana pun aku begitu berpuashati dengan sesi teori dan praktikal yang dijalankan terutamanya sesi Pengendalian Kamera Digital di GeoPark Sungai Kilim. Semoga dengan ilmu yang diperolehi ini akan turut membantu tugasan ku sebagai Webmaster http://pkdpendang.moh.gov.my Insha Allah! Pemandangan di dalam Gua Kelawar Di dalam bot menyusuri Sungai Kilim (sesi amali teknik teknik fotografi) Sangkar Peliharaan Ikan Cantik pemandangan di sepanjang Sungai Kilim Menyusur masuk ke

Langkawi Pulau Lagenda Mahsuri

Image
Minggu ni saja dua kali aku ke Pulau Langkawi.Tujuannya sama iaitu mengahdiri kursus cuma nama kursus dan tempat penginapan saja yang berbeza.Pada 7,8,9 April,2009 untuk Kursus Update iPortal di Hotel Grand Continental dan 10,11,12 April,2009 pula Kursus Kualiti Kesihatan Awam di Hotel Langkasuka .Jarak antara kedua-dua hotel itu pun cuma dipisahkan oleh satu blok bangunan perniagaan sahaja. Kursus yang pertama tu dihadiri atas kapasiti aku sebagai seorang Webmaster laman web rasmi jabatan dan kursus kedua atas kapasiti sebagai salah seorang ketua unit di Pejabat Kesihatan Daerah Pendang. Sememangnya zaman IT dimana dunia telah tiada sempadan di segi hebahan maklumat (betul ke ???) laman web menjadi satu wadah yang penting untuk menghubungkan antara pemberi perkhidmatan dan pelanggan iaitu orang awam.Dengan tambahan ilmu yang diperolehi dari kursus ini aku akan cuba memberikan presentation yang terbaik di paparan http://pkdpendang.moh.gov.my/ itu dan berharap lain-lain Ketua Unit dan