Posts

Showing posts from March, 2016

periksa aircond filter kereta anda

Utk semua...Sharing is caring󾌲󾌲󾌲󾌲󾌲󾮞󾮞󾮞󾮞Tips utk musim panas2 ni Posted by Puan Aida Roza on 29hb Mac 2016

kesultanan kedah

Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah Kesultanan KedahSumber penulisan tempatan yang terpenting yang menulis tentang sejarah Lembah Bujang adalah Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang pembukaan sebuah penempatan di kaki Gunung Jerai dan kemudiannya berkembang ke bahagian pendalaman negeri Kedah hingga ke pantai timur semenanjung Tanah Melayu khususnya ke kawasan Pattani di Selatan Thailand. Begitu juga dengan buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Muhamad Hassan 1968) yang menceritakan sejarah pembukaaan Negeri Kedah dan perkembangannya hingga zaman moden.Kajian mengenai penulisan ahli pelayaran dan catatan awal tentang lembah bujang telah dikaji secara meluas oleh Braddle (1958,1980) Coedes 1968) Wolters (1967), Nilankanta Sastri 1949, dan Wheatly (1961), dll. Pastinya catatan awal hanya merujuk kepada nama tempt dan hasil mahsul perdagangan dan juga keadaan masyarakat ketika itu. Langka suka adalah nama terawal bagi Kedah dan kemudiannya terhapus dan Kedah dikaitkan d

JOM FOLLOW WARDINA

Masyallah.. Lihatlah bagaimana kesungguhan Wardina mengajar alqu Masyallah..Lihatlah bagaimana kesungguhan Wardina mengajar alquran.. Posted by Bercinta Selepas Nikah on 21hb Mac 2014 'hidup saya baanyak berubah bukan sebab tudung, hidup saya baanyak berubah kerana saya kembali kepada Al-Quran,jadi marilah kita kembali kepada Al-Quran,bukak quran,kita budayakan Quran,kita baca Quran,kita fahami Quran,SubhanAllah!

KISAH IMAM SYAFIE MEMBERI TIPS KEPADA SEORANG LELAKI YANG MENGADU GAJI TAK CUKUP

Image
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya. Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan suruhan Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu. Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itu pun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan. Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hi

MENCARI KEBERKATAN REZEKI

Image
KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan. Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertamanya, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun,

TIP MENGULANG AL-QURAN UNTUK PARA ISTERI DAN JUGA IBU

TIP MENGULANG AL-QURAN UNTUK PARA ISTERI DAN JUGA IBU Kali pertama menggalas amanah sebagai seorang Hafizah Al-Quran,ia bukanlah suatu tiket untuk seorang wanita itu mendabik dada dengan mengatakan "aku sudah ingat 30 juz Al-Quran.'' Tidak,Bukan semudah itu! Al-Quran itu mukjizat yang agung.Fahamilah makna kalimah 'Hafizah Al-Quran'.Ia bermaksud 'Penjaga Al-Quran'.Sesiapa sahaja boleh bergelar Hafizah,tidak semestinya dia perlu memasuki gerbang Maahad Tahfiz Al-Quran terlebih dahulu.Pokoknya,ingin menjadi Hafizah Al-Quran atau sudahpun bergelar Hafizah,kedua-duanya perlu melalui fasa Usaha dan Mujahadah yang tinggi untuk memelihara Al-Quran. Guru saya di Darul Quran dulu selalu berpesan," Selangkah kamu memasuki bidang menghafaz Al-Quran ini,bermakna kamu telah mengikat janji untuk terus menjaga Al-Quran sepanjang hayat kamu.Al-Quran tidak boleh sewenang-wenangnya dilupakan." Kata-kata inilah yang menjadi pegangan saya selama ini.Al-Qur
TIP MENGULANG AL-QURAN UNTUK PARA ISTERI DAN JUGA IBU Kali pertama menggalas amanah sebagai seorang Hafizah Al-Quran,ia bukanlah suatu tiket untuk seorang wanita itu mendabik dada dengan mengatakan "aku sudah ingat 30 juz Al-Quran.'' Tidak,Bukan semudah itu! Al-Quran itu mukjizat yang agung.Fahamilah makna kalimah 'Hafizah Al-Quran'.Ia bermaksud 'Penjaga Al-Quran'.Sesiapa sahaja boleh bergelar Hafizah,tidak semestinya dia perlu memasuki gerbang Maahad Tahfiz Al-Quran terlebih dahulu.Pokoknya,ingin menjadi Hafizah Al-Quran atau sudahpun bergelar Hafizah,kedua-duanya perlu melalui fasa Usaha dan Mujahadah yang tinggi untuk memelihara Al-Quran. Guru saya di Darul Quran dulu selalu berpesan," Selangkah kamu memasuki bidang menghafaz Al-Quran ini,bermakna kamu telah mengikat janji untuk terus menjaga Al-Quran sepanjang hayat kamu.Al-Quran tidak boleh sewenang-wenangnya dilupakan." Kata-kata inilah yang menjadi pegangan saya selama ini.Al-Quran sang

MENGGAMIT JIWA YANG TENANG DI USIA 55

suara yang MENGGETARKAN HATI apabila mendengarnya !!!!!ini antara sheikh kesukaan ambe dalam bacaan Al Quran...renungkan ayat Allah..... Posted by Video Islamik on 20hb Disember 2015

MENGIRA ZAKAT PERNIAGAAN

Image
Sumber : FB  Friends of BN - Barisan Nasional Anda nak order susu ini ?  silakan tel / sms / wassup : 019 5456516

MASA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG AJAIB

MASA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG AJAIB Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. Masa adalah satu makhluk Allah yang ajaib. Ia tidak perlu menonjolkan dirinya bagi membuktikan kewujudannya di alam ini. Apabila jam berdetik, “masa” dinamakan saat. Apabila matahari jatuh di ufuk Barat, “masa” dinamakan pula hari. Apabila kitaran bumi sudah lengkap mengelilingi matahari dalam kiraan 365 hari, “masa” bertukar nama menjadi tahun. Itulah kejaiban “masa”, geraknya semakin hari semakin berganda. Tiada siapa yang mampu lepas dari cengkamannya. Manusia yang dulunya muda belia menjadi tua lemah apabila diselubungi “masa.” Masa juga mampu mematangkan manusia dengan himpunan pengalaman. Pun begitu, “masa” kadangkala boleh dikalahkan dengan ilmu. Manusia yang mempunyai ilmu mampu mengubah kuasa “masa” dengan kenderaan berkelajuan tinggi yang mereka miliki. Perjalanan dengan kapal terbang berbeza dengan memandu kereta. Prinsip isu ini disebut Allah ketika menceritakan mukjizat nabi Sulayman yang berke

NIKMATNYA HIDUP DI BAWAH NAUNGAN AL-QURANi (Khutbah Jumaat)

إن الحمد لله وحده, نحمده و نستعينه و نستغفره ونتوب اليه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فهو المهتد ومن يضلله فلن تجد له وليا مرشدا, أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله بلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح للأمة وتركنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها الا هلك, اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته الى يوم الدين. أما بعد, فيا عباد الله اوصيكم ونفسي الخاطئة المذنبة بتقوى الله وطاعته لعلكم تفلحون.  وقال الله تعالى في محكم التنزيل بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (ال عمران : 102) Kaum muslimin rahimakumullah… Pertama-tama, marilah kita tingkatkan kualitas taqwa kita pada Allah dengan berupaya maksimal melaksanakan apa saja perintah-Nya yang termaktub dalam Al-Qur’an dan juga Sunnah Rasul saw. Pada waktu yang sama kita dituntut pula untuk meninggalkan apa saja larangan Allah yang termaktub dalam A