Posts

Showing posts from February, 2015

MUHASABAH DIRI BERSAMA AL FAJR

GIMANA ALAM BARZAH KU ???

DUST IS MY BED

BILAKAH AGAKNYA,

aku mampu menangis semasa membaca ayat-ayat suci AlQuran ???

SYAHDUNYA KEHIDUPAN INI

Masih Terasa Kehilangannya ....... AMIN!

Image

Nilailah Dengan Pandangan Mata & Hati ( N3 : 28.10.2011)

Image
"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...." Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu 5 Januari 2010. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah aku di dunia ini melainkan seperti seorang pengembara yang berteduh sementara di bawah bayang sebatang pokok, kemudian setelah berehat dia meninggalkan pokok tersebut..." - Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Turut dinukilkan di dalam Mustadrak oleh Imam Hakim Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, '..walau sedap dan mahal mana pun makanan yang kamu makan, kamu tidak boleh makan lebih dari hadnya. Yang akhirn

Pergi Yang Tak Akan Kembali Lagi

Image

Wasiat Seorang Murabbi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Image

Hilangnya Sebutir Mutiara Ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Image
Sayu hati ini menerima berita pemergian Murabbi tercinta.Semoga segala amal dan ilmu yang dicurahkan oleh TGNA didunia ini mendapat timbangan yang banyak di sisi Allah SWT. 1931 - 12.02.2015 (9.40 malam Jumaat 23 Rabiul Akhir 1436H) Senario akhir zaman ilmu akan diangkat dengan kembalinya ulama-ulama dan pengganti yang menyusul kemudian tidak akan sama dengan yang telah pergi mengadap Nya.

7 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Image
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:    Pertama:   Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.  Kedua:    Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.  Ketiga:   Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke

Wasiat Hikmah Imam As-Syafie RH

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ….  "Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta." (Imam AsSyafie) "Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." - (Imam asSyafi'e) "Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." - (Imam asSyafie) Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun. - (Imam asSyafie) Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang. - (Imam asSyafie) Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah. - (Imam asSyafie) Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu. - (Imam asSyafie) Barangsiapa yang menginginka

Umrah Felda Travel

Image

Jom Puasa Isnin Khamis

Keutamaan Puasa Sunat Hari Isnin & Khamis Dahsyatnya Puasa Isnin Khamis. Siapakah yang tidak ingin awet muda, bebas penyakit, sekaligus selamat dunia akhirat ? Kalau kita ingin mendapatkan semua itu, cobalah berpuasa Isnin-Khamis secara teratur. Kebanyakan dari kita tentunya pernah mendengar puasa Isnin Khamis sebagai puasa sunnah di dalam Islam. Namun, berapa yang benar-benar berusaha merutinkan puasa tersebut ? Sebenarnya tak banyak dari kita yang tahu benar hikmah puasa Senin Kamis dari segi spiritual, kesihatan dan keutamaannya di hadapan Allah. Alasan utama mengapa puasa Senin Kamis disunahkan dalam Islam ialah karena Rasulullah sering berpuasa di kedua hari tersebut. Tapi, apa keutamaannya Isnin dan Khamis ? 2 hadis dari Rasulullah SAW yang berkenaan dengan pemilihan hari Isnin dan Khamis. i) HR Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah SAW mengatakan bahwa semua amal dibentangkan di hari Isnin dan Khamis. Karena itu, sebagai orang beriman, sungguhlah baik bila pada saat malai

Kelebihan Solat Dhuha

Image
“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.” Kelebihan Solat Dhuha Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”                                            (Riwayat Ahmad) Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkar

Doa Semasa Duduk Antara 2 Sujud

Sejauh manakah penghayatan kita ???? Jom kita terjemahkan maknanya dan sama-sama kita hayati apa yang kita baca disetiap kali duduk antara 2 sujud semasa bersolat itu ??? Malunya jika kita selama ini memohon kepada Nya tetapi kita sendiri tak faham apa yang kita minta??? Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Warhamni (sayangi aku) Wajburnii (tutuplah aib-aibku) Warfa'nii (angkatlah darjatku) Warzuqnii (berilah aku rezeki) Wahdinii (berilah aku petunjuk) Wa'Aafinii (sihatkan aku) Wa'fuannii (maafkan aku) Syahdunya kalimat-kalimat ini tetapi ditahap manakah penghayatan kita semasa membacanya??? Ada yang membacanya dengan senafas sahaja! Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu... SubhanAllah...sungguh indah solat jika kita benar-benar memahaminya.

Jom Solat Di Awal Waktu

Image

Ustaz Azhar Idrus

Image

Amalan Ayat Seribu Dinar Untuk Anda Berjaya

Image
“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”  – (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3) Kebanyakan orang yang saya tanya memberitahu maksud amalan ayat seribu dinar ini adalah membacanya dan  selalu diulang-ulang sebagai zikir. Membacanya 3 kali sebelum tidur. Membacanya selepas solat 5 waktu. Membacanya setiap kali mahu keluar rumah. Begitulah maksud amalan ayat seribu dinar bagi kebanyakan orang yang memang tak dinafikan ianya berkesan dan memberikan impak yang menakjubkan pada mereka yang menjadikan amalan ayat seribu dinar ini satu zikir. Tetapi saya terbawa-bawa untuk memahami ayat keseluruhan dan bagi saya maksud amalan ayat seribu dinar tentulah bermaksud menjiwai apakah yang diperintahka

Jom Start Pratikkannya

Image