Posts

Showing posts from June, 2020

POKOK BUNGA GANDASULI DITAKUTI MAKHLUK HALUS

Image
Gandasuli Nama Botani: Hedychium coronarium Famili: Zingiberaceae Nama Lain: White Ginger atau Butterfly Lily Masyarakat desa zaman dulu gunakan ramuannya untuk menepung tawar, mandi bunga POKOK gandasuli mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang. Bagi masyarakat desa zaman dulu, gandasuli ditanam di sekitar rumah kerana baunya yang wangi. Bunga dan daunnya yang berbau wangi digunakan sebagai ramuan mandi bunga atau daun. Gandasuli adalah satu daripada tujuh jenis pokok yang digunakan dalam upacara menepung tawar termasuk upacara menghalau gangguan makhluk halus. Pokok gandasuli berasal dari India ini diperkenalkan oleh orang Hindu ke Jawa seterusnya ke Malaysia. Pokoknya adalah herba berumpun mempunyai rizom seakan-akan halia, berwarna kelabu asap. Dari rizom ini tumbuh batang semu setinggi antara 30 hingga 90 sentimeter (sm). Daunnya yang berbentuk oblong-lanseolat lebar, kira-kira 30 hingga 40 sm panjang, 8 hingga 10 sm lebar, tumbuh secara distik dengan petiolnya yang

7 JENIS TANAMAN INI SEBENARNYA BOLEH BERSIHKAN UDARA DALAM RUMAH KITA

Image
“Nak beli air purifier untuk bersihkan udara dalam rumah tu mahal pulak, tanam pokok jelah…” 7 TANAMAN BERSIHKAN UDARA DALAM RUMAH Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan. Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat! 1. SIRIH GADING Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain. 2. ALOE VERA Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara

SELAWAT KE ATAS NABI SAW: KELEBIHAN & LAFAZ YANG SAHIH

KELEBIHAN & LAFAZ YANG SAHIH. بسم الله، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد. Definisi – Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)‎), diambil dari perkataan solat (الصلاة‎) yang bererti doa atau pujian. Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW. Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398]. Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya: {Ù‡ُÙˆَ الَّØ°ِÙŠ ÙŠُصَÙ„ِّÙŠ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ…َلائِÙƒَتُÙ‡ُ Ù„ِÙŠُØ®ْرِجَÙƒُÙ…ْ Ù…ِÙ†َ الظُّÙ„ُÙ…َاتِ Ø¥ِÙ„َ

POKOK DRACO

Bunga Raya Putih Dan Khasiatnya

Image
POKOK BUNGA RAYA yang biasanya ditanam sebagai pokok hiasan ini juga merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.  Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak mempunyai bau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini juga digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. KHASIAT BUNGA RAYA PUTIH Pokok bunga raya ini banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih. Kajian dan penyelidikan telah dibuat dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik untuk kesihat

Medium Tanah Penting Untuk Kesuburan Tanaman

Tips tanam pokok dari abe sir... lupakan jap tentang periuk.. medium tanah top soil+sekam padi+sabut kelapa+pasir bagilah baja satu guni atau selori sekalipun kalau medium tanah tak sesuai pokok tetap tak akan subur..ngerti tu jangan dok percaya sangat petua tangan sejuk atau tangan panas..tanam tak ikut sop yang betul pokok pun hidup tak ikut sop. sebelum tanam bacalah doa ni.. سبْØ­َانَ الوَارِØ«ُ البَاعِØ«ُ “Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.” kalau korang tak tau nk baca apa paling kurang bacalah بِسْÙ…ِ ٱللَّٰÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ), Insha allah pokok anda akan subur Sumber :    Mohd Nasir Mohd Zain

JOM SIHAT @ BMI NORMAL

Image
MalaysiaTercinta.com (Klik Untuk Calculator BMI)

#Aku Dah Bermula,Insha Allah ....... BERJAYA!

Image

Info Pembajaan Pokok

BILA NOKTAH SEMAKIN HAMPIR - ASTAGHAFIRULLAH

Image

Jadikan Solat Dan Sabar Sebagai Penolong Mu

Image
Bismillahirrahmanirrahiim "Surat Cinta Tentang Shalat" ‪ ‪Bila engkau anggap shalat itu hanya sebagai penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya. ‪ Bila engkau anggap shalat hanya sebagai sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya. ‪ Anggaplah shalat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu. ‪ Anggaplah shalat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah SWT. ‪ Anggaplah shalat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah SWT. Anggaplah shalat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi. ‪Bayangkan ketika "adzan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya. ‪ Bayangkan ketika kau "takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu. ‪ Bayangkanlah ketika "rukuk," Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya. ‪ Bayangkan ketika "suju

Salam Sejahtera Salam IgG-Plus Smart Naco

Image
Masihkah anda ingat Susu IgG-Plus? Susu kolostrum awal lembu yang banyak khasiatnya tu! Mungkin anda pernah meminumnya suatu ketika dulu ta pi terhenti kerana sukar untuk mendapatkan bekalan. Kini anda tidak perlu risau lagi.Terhindar dari masalah dengan kenaikan harga petrol,cas tol dan kesukaran tempat letak kereta dan sebagainya kerana anda tidak perlu kemana-mana untuk mendapatkan Susu IgG-Plus. Pekerja Pos akan menghantarnya sehingga ke hadapan pintu rumah anda! Klik Kotak Susu ini  untuk keterangan lanjut. Terima Kasih.

Khasiat Pokok Lidah Ayam

Image
Pokok di atas ni tentu anda semua biasa tengok kan. Biasanya pokok ni selalu dijadikan tanaman hiasan dan landskap kerana daunnya yang cantik. Kalau di rujuk buku, nama pokok ni ada nama panggilan yang lain tetapi nama tempatan pokok ni orang panggil pokok lidah ayam. Pokok ini juga dikatakan air rebusannya mempunyai khasiat dapat merendahkan tekanan darah tinggi dan kencing manis. Sumber :  ‎ ‎ Ardi Tani ke   Berkebun D Rumah

#Starting Life With A New Dimension with Ma'alimul Abrar

Image
  MA'ALIMUL ABRAR : CIKGU SUKARNO BIN ABD. HAMID SUKARNO ABDUL HAMID (SETIAUSAHA PAKSI)(2020) : RM90.00

Manasik Haji Tahun 1924

Image
Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:- • Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya. • Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah) • Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji. • Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang • Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari. • Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman. • Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan