Posts

Showing posts from March, 2012

Bertemu Teman Sebilik Duyafur Rahman

Image
Petang tadi semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pendang aku bertekad untuk singgah di Batu Gajah,Perak untuk menziarahi teman sebilik semasa mengerjakan ibadah haji tahun 2010 lalu. Dorongan kuat untuk bertemu beliau ialah kerana telah beberapa kali menalipon tetapi tidak diangkat (rupanya beliau menghadapi masalah kecurian kabel talipon) dan faktor kesihatannya yang semasa mengerjakan ibadah haji dulu pun telah mengidap Parkinson. Meski telah melencong arah perjalanan yang agak jauh kerana tersesat dan setelah beberapa kali berhenti bertanya arah (kerana alamat yang ada kurang lengkap) akhirnya aku dan isteri sampai juga ke rumah beliau yang jaraknya hanya selang beberapa buah rumah sahaja dengan KIlang Kicap Tamin. Alhamdulillah beliau sihat (selain dari penyakit Parkinsonnya) namun usia yang semakin lanjut memelukan bantuan tongkat sebagai penyokong apabila berjalan.Isteri beliau,Hajjah Rofeah (teman sebilik isteri ku) tetap seperti dulu semasa di sana.Sihat ceria d

Rindu ku membara semula ....

Image
Sepanjang hari ini sejak pulang dari menghantar kedua mertua ku yang akan bertolak keTanah Suci Mekah dan Madinah untuk ibadah umrah - fikiran dan ingatan lantas menggamit rindu ku membara semula kepada kedua-dua lokasi ibadah yang amat barokah itu. Terbayang kembali bagaimana hari-hari yang telah ku lalui disepanjang 43 hari aku berada disana pada tahun 2010 lalu.Telah hampir 470 hari aku meninggalkan tanah suci itu dan aku amat bercita-cita untuk ke sana lagi. Ya Allah Ya Tuhan ku - aku ingin menjadi Duyafur Rahman lagi ..... Masih ada tekad,azam dan janji pada diri yang ku lakukan semasa di sana dahulu yang masih berantakan tidak terlaksana dengan jayanya ..... Kau Maha Mengetahui Ya Allah kelemahan dan kejahilan ku,berikanlah aku kekuatan dan ilmu agama Mu,agar aku dapat berdiri dan gagah sebagai hamba Mu yang bertakwa. Sisa-sisa usia ku yang masih ada dengan keizinan Mu ini,lapangkanlah dan permudahkanlah perjalanan hidup ku agar mampu untuk aku menggalas dan melaksanakan amanah

Mertua ku Duyafur Rahman

Image
Bertolak dari rumah lebihkurang jam 2.00 petang selepas menunaikan solat sunat musafir menaiki innova hitam ku ke Masjid Rafeah Taman Uda,Alor Setar.Jam 3.30 petang bas bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.Pesawat dijangka berlepas jam 9.00 malam dan akan singgah di Dubai sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah.Semoga kedua mertua dan juga lain-lain jemaah akan beroleh umrah yang mabrur,Amin!

di mana aku ???

Image

Antara Nilai Ujian & Kasih Sayang NYA

Image
Setiap kita pasti akan diuji di dalam kehidupan ini namun Allah SWT membataskan ujian Nya itu tak akan melebihi kemampuan kita yang menerima ujian itu untuk menanggungnya! Itulah hakikat yang menjadi janji Nya kepada kita namun di mana pula nilai diri kita ini andainya ujian yang hanya sekitar nilai RM10 namun kita merintih meraung seolah-olah nilainya hampir ratusan atau ribuan ringgit. Tanyalah .... di mana JATI diri kita .... dimanakah IMAN & TAKWA kita ???

Antara Pintu Masuk & Pintu Keluar

Petang tadi sewaktu perjalanan pulang dari Alor Setar aku mendengar satu ceramah @ tazkirah kat Radio IKIM.Terlupa plak slot apa dan siapa penceramah tersebut namun petikan antara kata-katanya yang menyentuh perasaan ku ialah : "Hidup ini adalah perjalanan masa dari antara 2 pintu iaitu Pintu Masuk semasa kita dilahirkan dan Pintu Keluar semasa kita dimatikan.Semasa kita melewati Pintu Masuk,kita menangis dan orang-orang di sekeliling tersenyum melihat tangisan kita.Lakukan sesuatu yang terbaik semasa dalam perjalanan hidup ini agar semasa kita melewati Pintu Keluar nanti kita akan tersenyum dan orang-orang disekeliling kita pula akan menangis melihat senyuman kita" Dalam maknanya tu dan menuntut usaha gigih untuk menggapainya - HUSNUL KHATIMAH tapi bukanlah suatu yang mustahil untuk meraihnya kerana kita ada Allah swt yang dijamin sentiasa akan membantu kita dengan rahmat Nya seperti mana firman Nya `Aku adalah seperti mana sangkaan hamba Ku' (lebihkurang camtu la mafhum

Apa yang haram kita tengok,haram dijual !!!

Image