Posts

Showing posts from July, 2009

Festival Kedah Sejahtera 2009

Image
Petang ini sampai juga aku,isteri dan Farhaan ke Festival Kedah Sejahtera 2009 di Bandar Laguna Merbuk yang telah bermula pada 22 Julai dan akan berakhir pada 28 Julai 2009.Kesempatan yang ada kerana hari cuti hujung minggu. Sambutan dari orang ramai begitu menggalakkan sekali.Khemah-khemah yang didirikan untuk menampung agensi-agensi mempamerkan aktiviti mereka berhawa dingin menjadikan suasana lebih selesa untuk pengunjung-pengunjung.Berbanding dengan expo-expo yang hampir sama matlamatnya yang selalunya diadakan di Seberang Jaya Pulau Pinang,aku merasakan set up dan landskap festival ini lebih memuaskan dan ucapan tahniah kepada penganjurnya. Ramainya oghang mai warisan Negeri Kedah nih .... Jabatan Kesihatan negeri Kedah Darul Aman besaqnya lembu ni ..... mai la tengok oiiii

Hebatnya Uhud dan Allah Matlamat Kita

Image
Oleh Ustaz Halim Ketika menziarahi tapak Perang Uhud, Bukit Uhud, Bukit Pemanah dan Tanah Perkuburan Uhud, hakikat bahawa Dakwah ini tidak menerima dunia bertahta dihati sangat kuat berlegar difikiran saya. Ini ditambah lagi dengan pemerhatian terhadap ramai para Duat (pendakwah) yang kecundang dek dunia dan kemewahan, belum lagi diduga dengan kesakitan, kepayahan dan nyawa melayang. Bukit Pemanah (Jabal Rumaah), bukit kecil di depan (banjaran) Bukit Uhud. Godaan dunia terhadap sebahagian kecil tentera Islam mengalahkan keseluruhan tentera Islam di Perang Uhud, setelah mereka menang di Pusingan Pertamanya. Tidakkah ia cukup memberi pengajaran? Kisah ringkasnya, dalam Perang Uhud, Rasulullah saw meletakkan posisi sebahagian tentera pemanah di Bukit Pemanah (Jabal Rumaah) dengan arahan jangan turun dari bukit tersebut samada dikala tentera Islam menang atau kalah. Apabila tentera Islam menang, dan tentera di bawah bukit sibuk mengutip harta-harta rampasan perang yang ditinggalkan Qurais

Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak terbakar 17.07.2009

Image
Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar pada jam 10.00 pagi tadi. Kebakaran melibatkan bangunan yang menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan, dan dua buah bilik darjah.Keseluruhan bangunan musnah. Turut musnah ialah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit dan mesin potostate yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dna kaunter serta beberapa buah almari dan 65 unit meja dan kerusi murid. sebanyak 1 jentera bomba dari Guar Chempedak dan 14 jentera bomba sukarela termasuk dari bomba sukarela Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran. Kebakaran dapat dikawal dengan baik dan bangunan surau dan asrama pelajar yang berada disebelah bangunan tersebut dapat diselamatkan. Pihak bomba menganggarkan kerugian sebanyak RM550 ribu. Ketika kejadian Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Lembaga Tadbir sedang berada dalam pejabat melakukan ker

rejab syaaban ramadhan

Image
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah,kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya" (Surah As Saff,ayat 2-3) Hanya berbaki 6 hari saja lagi Rejab akan pergi meninggalkan kita.Ertinya bila senja berlabuh,azan maghrib berkumandang di hari yang ke tujuh nanti,telah bermulalah bulan Syaaban 1430.Berangkat pergilah Rejab 1430 buat selama-lamanya.Tak akan kembali lagi. Perginya bersama sejarah kehidupan kita yang merakamkan segala kebaikan dan keburukan kerja buat kita selama sebulan lalu.Nantinya akan berlalu pula Rejab dan akan disusuli dengan Syaaban dan kemudiannya Ramadhan al Mubarak. Aduhai ... pantasnya masa bergerak datang dan berlalu pergi.Menjengah dan meninggalkan aku yang masih terkapa-kapa di dalam membelek neraca mentafsir nilaian masa.Esok menjadi hari ini menjadi semalam dan kelmarin.Berdesup-desup masa mencantas usia sedangkan aku masih `pi mai pi mai dok tang tu juga&

kisah kijang dan anak-anaknya

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki telah lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu

istiqamah seorang imam tua

Selesai solat tahiyyatul masjid dan niat iktikaf aku melayangkan pandangan di sekitar dalam Masjid Al-Lutpi.Jemaah mula ramai yang datang mengisi ruang kosong barisan hadapan ruang solat.Waktu ketika itu sudah menghampiri jam 1.00 petang. Di sudut kiri pintu masuk aku nampak sesusuk tubuh tua sedang mendaki anak tangga masjid.Agak kepayahan dan seorang jemaah yang berdekatan kelihatan bangun dan memimpinnya naik dan beliau terus mengerjakan solat sunatnya. Susuk tubuh yang ku kenali itu kelihatan uzur dan agak `sukar' untuk satu persatu melakukan pergerakan dalam solatnya.Pastinya kesan dari usia tua dan ditokok pula kesan kemalangan jalanraya yang dialaminya sehingga terpaksa tulangnya diganti dengan besi. Terbetik dalam hati kecil ini - suatu ketika nanti ketika aku juga mencecah usia itu dalam keuzuran dan keterbatasan upaya sebegitu - mampukah aku seistiqamah seperti beliau dalam beribadah dan husnuzon terhadap ketentuan Illahi.Sedangkan bezaan ilmu dan iman antara aku dan beli