Posts

Showing posts from May, 2009

wabak chikungunya di Pendang

Sepanjang minggu ini kerja-kerja di pejabat lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam chikungunya.Bilik Gerakan telah dibuka dan semua kategori separa perubatan dan perubatan telah di utilise sepenuhnya untuk menangani keadaan ini,termasuklah aku.Biasalah tu! Berjalan dari rumah ke rumah di kampong-kampong yang dilapurkan berlaku kes memanglah memenatkan tetapi bila dianggap sebagai itu satu peluang untuk bersenam ianya kembali melegakan. Semuanya kecoh sejak berita ini keluar di TV3 kemudiannya diikuti oleh suratkhabar pula.Ada penduduk kampong yang memanggil wartawan TV3 untuk membuat lapuran.Di satu sudut yang lain aku merasakan tindakan penduduk tersebut adalah seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri atau membuka pekung di dada. Penyakit demam chikungunya ini dibawa oleh nyamuk aedes dan hanya akan berlaku di kawasan yang persekitarannya kotor iaitu banyak tempat-tempat air bertakung yang membolehkan nyamuk bertelur dan membiak.Tugas membe

cerita untuk hari pekerja 2009

Amat bekerja sebagai pemandu kepada YB Amin iaitu seorang ahli politik dan juga ahli perniagaan yang berjaya.Kerjaya politik YB Amin juga cemerlang sehinggalah beliau terpilih memegang jawatan dalam parti dan menjadi wakil rakyat. Satu hari dalam perjalanan untuk melawat kawasannya,jalan masuk hanyalah sebuah mini tar dan di kiri kanan jalan adalah sawah pagi yang sedang menguning masak.Amat terpaksa memperlahan kenderaan kerana kualiti jalan kurang elok.YB Amin hanya mendiamkan diri memandang keluar melihat pemandangan sawah padi yang saujana menguning tu. Tiba-tiba dia ternampak di tepi jalan tu,kelompok pokok-pokok padi tu bergoyang-goyang. "kau nampak tak Mat pokok padi yang bergoyang tu?" "Nampak Tuan" Mesti ada kambing kat dalam tu nak makan padi tu "Tak lah tuan,mesti ada burung kat situ tu" "Saya ni kan BOSS awak,saya tahulah.Mesti ada kambing tu ..... kalau tak puas hati gak.Awak pergi tengok sekarang juga.Stop kereta tu".Suara YB Amin d