Posts

Showing posts from December, 2010

Ceramah Tahun Baru Ustaz Kazim AlHafiz

Image
Malam tadi aku dan famili bersolah jemaah maghrib di Masjid ArRahmah,Taman Wira,Alor Setar,Kedah kerana selepas solat maghrib ada program ilmu iaitu ceramah sempena tahun baru masihi 2011.Penceramahnya tak asing lagi iaitu Ustaz Kazim Elias AlHafiz,Pengetua Pusat Pendidikan AlBarakah,Manjoi,Perak. Sedikit catatan untuk tatapan kita bersama; 1. Azam untuk berubah meninggalkan yang tidak baik kepada yang baik selagi masih bernyawa kerana sebelum mati kita tetap tidak akan terlambat untuk bertaubat. 2. Pentingnya perpaduan kerana umat Islam akan tertindas dan terhina apabila berlaku peperangan seperti mana yang dialami oleh dibeberapa negara Islam yang huru hara kini. 3. Umat Islam di Malaysia ini ramai tetapi tak ramai yang datang ke masjid tetapi dalam yang tak ramai datang ke masjid itu pun tak semuanya sekata sepakat. Bagaimanakah masjid akan diimarahkan jika perpaduan ini tidak terjalin erat. 4. Pentingnya kaedah yang berhemat,bijak mencuri hati,menarik hati,dan memikat hati umat Isl

Karnival Buku Hasani Bookstore

Seperti biasa musim cuti sekolah ini Hasani Bookstore mengadakan Karnival Buku dengan potongan harga yang cukup istimewa.Lokasi kedai-kedai buku Hasani terdapat di Sungai Petani,Gurun dan Kulim.Karnival ini bermula 10 Disember 2010 dan berakhir pada 17 Januari,2011. Istimewa bagi aku kerana kadar 25% diskaun adalah besar dan memberi peluang untuk aku membeli dan memiliki buku / kitab-kitab yang harga asalnya mahal.Bertambah lagi koleksi buku di mini library ku.Setakat ini pun jumlah harga buku-buku yang sedia ada tu pun dah hampir 5K. Masa kat Mekah dan Madinah hari tu pun aku membelanjakan hampir SR200 untuk membeli kitab dan bulan Disember ini pun dengan 3 kali bertandang ke Hasani Bookstore Sungai Petani tu dah hampir RM400 aku belanjakan untuk membeli bahan bacaan kat situ. Sibongsu ku,Muhammad Nabil Farhaan pernah bertanya - ni banyak buku abah beli bila nak baca? Bila ek nak baca? Semakin hari semakin tua - aku perlu lebihkan banyak masa lagi untuk membaca kerana jatah usia ku s

The Great 90/10 Principles vs Kun Fayakun

Image
tepuk dada tanyalah iman!

Hari Assyura - What to do ???

Image
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran . Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 11.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 12.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 13.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 14.H

Selamat Melayari Bahtera 1432H

Image
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda, mafhumnya: “Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka.” Walaubagaimanapun, pada penulis, untuk menjadi lebih hebat, tidak perlu menjadi orang lain, cukuplah untuk menjadi diri kita sendiri. Namun, orang lain juga merupakan pelengkap hidup yang akan membantu kita untuk menjadi hebat. Marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk terus melakukan penghijrahan! Hijrah merupakan perpindahan. Adakah kita mahu pindah rumah atau apa?huh. Hakikat, bukan itu semata apa yang dimaksudkan dengan berhijrah. Persoalkan diri anda tanpa anda terleka dibuai persoalan-persoalan tersebut. Siapakah kita? Apakah tujuan hidup kita? Apa yang harus kita lakukan? Apa yang harus kita laksanakan? Apa yang kita mahukan? Mengapa kita buat begini, b

Marhaban Ya 1432H

Image
Di ketika azan Maghrib 6 Disember,2010 bergema menerjah ruang angkasa,maka bermulalah detik baru,hari baru,bulan baru dan tahun yang baru.Hari Rabu,1 Muharram,Tahun Hijrah 1432. Ertinya telah 1432 tahun berlalu peristiwa HIJRAH Baginda Rasulullah SAW dari Tanah Haram Mekah ke Tanah Haram Madinah.Hijrah dilakukan bukan kerana melarikan diri tetapi kerana dihalau oleh kaum Baginda sendiri. Sebenarnya ada 2 peristiwa besar di dalam sejarah Islam yang diberi perhatian oleh Saidina Umar RA semasa memilih kriteria untuk penetapan permulaan tahun Hijrah iaitu peristiwa Isra' & Mikraj Rasulullah SAW dan peristiwa perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Setelah mempertimbangkan bahawa peristiwa Isra' Mikraj lebih merupakan mukjizat khusus untuk Baginda dan tak mungkin dapat dilakukan oleh manusia biasa sedangkan peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah lebih merupakan perjalanan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa lalu Saidina Umar RA pun memilih peristiwa perpindahan Rasul

Air Kencing Unta - Halal @ Haram ???

Image
Berita yang mengandung banyak kontroversi dari banyak kalangan. Berita ini adalah tentang Air Kencing Unta yang harganya jauh lebih mahal dari pada Susu Unta, bahkan warga Arab sekarang kebanyakan berburu Air Kecing Unta yang kisaran harganya mencapai Rp. 250.000 rupiah per 250ml. Sangat mahal Bukan.? Tetapi yang jadi masalah bukan dari mahal tidaknya dari Air Susu Unta, tetapi Halal atau tidaknya Air Kencing Unta ini. Air Kencing yang dianggap memberi banyak manfaat sebagai ubat ini memang banyak mengundang kontroversi dari banyak kalangan, apakah ini Halal atau Haram. Tetapi Menurut Hadits di bawah ini, Air Kencing Unta itu hukumnya Halal. “Beberapa orang dari kabilah ‘Ukel dan Urainah singgah di kota Madinah, tidak berapa lama perut mereka menjadi kembung dan bengkak karena tak tahan dengan cuaca Madinah. Menyaksikan tamunya mengalami hal itu, Rasululloh SAW memerintahkan mereka untuk mendatangi unta-unta milik Nabi yang digembalakan di luar kota Madinah, lalu minum dari air k

Bila Memandang Menggunakan Hati

......kita akan nampak sesuatu yang tidak kelihatan oleh orang lain! Sejarah tak akan menipu walau pun penulis sejarah memutar belitkan faktanya......

Perjalanan Ibadah 5

Image
Dijangka tiba di Kuala Lumpur International Airport jam 12.40 pagi